"sepatutnya kamu tulis 'cuba jawab soalan diatas dari perspektif seorang yang tidak beragama', bukannya 'bayangkan kamu tidak beragama'" kata Anisah semasa kami berehat di sofa semalam. Kepalanya di dada saya. Rambut perangnya mencuri-curi mengorek hidung mancung saya. Cemburu agaknya. Hidung si rambut perang itu sendiri tidak semancung hidung Pantai Timur saya.
Kami berbincang mengenai tulisan di blog saya yang membawa sedikit perdebatan baik antara Sayuti Dan Nazmi.
Ismail, anak lelaki 23 tahun kami sedang leka menghantar TEXT kepada entah siapa. Saya cuma diam. Mungkin kerana perut yang di isi dengan kaki kambing dan kentang bakar yang di sediakan oleh Anisah untuk makan malam tadi mula minta kepala membawanya ke katil.
"bila kita akan ke Malaya lagi Pa?" tanya Ismail tiba-tiba. Dia memang suka kesana. Suka bertemu neneknya. Barangkali juga kerana di sana dia sering menjadi tumpuan. Seperti bapanya, dia juga sangat kacak. Mujur benar dia tidak mewarisi wajah Inggeris ibunya.
"insyallah hujung tahun ini" kata Anisah menjawab bagi pihak saya.
"aik? bila pulak saya kata kita akan ke Malaya hujung tahun ni?" tanya saya meminta kepastian.
"kamu tak kata, saya yang kata" jawab Anisah. Seperti Ismail, dia juga sangat gemar ke Malaya. Sama seperti saya gemar tinggal disini.
"tolong ambilkan tembakau saya di dapur" saya memberi arahan kepada Anisah. Dengan sedikit malas dia bangun. Seperti semua perempuan, dia juga tidak senang dengan ketagihan saya itu. Cuma tidak seperti perempuan-perempuan lain (yang tidak suka kekasih merokok tetapi redha suami merokok), dia benar-benar tidak suka kerana saya pernah dirawat di hospital disebabkan masalah tembakau.
"saya pewaris insuran nyawa kamu bukan?" tanya Anisah. Itulah ayat yang selalu ditanya bila kami "berbincang" tentang kesihatan saya dan tembakau. Psaikologi terbalik. Kononnya.
"Pa, rakyat Malaya tidak di kenakan cukai?" tanya Ismail.
"ada" jawab saya ringkas.
"habis kenapa jarang saya dengar rakyat Malaya mempersoalkan kemana wang itu di belanjakan. Tidak seperti di sini". Tambahnya lagi.
Betul juga apa yang di katakan oleh Ismail itu. Disini setiap sen wang hasil dari cukai di ambil tahu oleh rakyat. Mereka mahu tahu apa yang kerajaan British lakukan dengan hasil cukai yang berjumlah jutaan pound setiap tahun. Mungkin kerana cukai adalah salah satu hasil terbesar kerajaan British dan rakyat di kenakan kadar cukai yang sangat tinggi. Baik untuk pendapatan atau lain-lain cukai. Cukai pintu misalnya adalah amat tinggi. Tetapi dengan cukai yang tinggi (cukai pintu) rakyat mendapat perkhidmatan yang sangat baik.
Sebagai contoh, beberapa peratus dari cukai pintu adalah untuk perkhidmatan Polis. Jika kamu membuat panggilan bantuan ke balai Polis, dalam masa tidak sampai 5 minit akan berdiri beberapa orang anggota Polis di muka pintu rumah kamu. Dan mereka akan menyelesaikan apa juga ke musykilan kamu. Kecurian atau pun kucing hilang. Semua akan mendapat perhatian yang membuatkan kamu menghargai diri kamu sebagai pembayar cukai.
"entah, mungkin mereka sangat kaya atau sangat bodoh" jawab saya mencuba sedikit provokasi.
"jadi rakyat Malaya tidak perduli dengan apa yang dilakukan kerajaan mereka terhadap wang hasil dari cukai?" tanya Ismail lagi.
"mereka sibuk agaknya. Kamu bukan tak tau, orang Melayu tidak punya banyak masa lapang. pagi hingga petang mereka perlu berkerja. Malamnya mereka berehat sambil memberi sokongan kepada produksi hiburan tempatan. Hujung minggu pula mereka perlu berlipur melepas lelah seminggu berkerja. Jadi urusan wang cukai mereka serahkan kepada kerajaan. Mereka yakin kerajaan melakukan yang terbaik untuk mereka kerana kerajaan mereka katakan begitu." jawab saya.
Saya suka berbual dengan Ismail. Bukan kerana dia anak saya tetapi kerana dia memang berminat mengetahui tentang tanah tumpah darah bapanya. Darah yang mengalir didalam tubuhnya.
"mana pulak mak kamu ni?" saya bersuara.
"Ma!" Ismail memanggil ibunya.
Diam.
"Ma!" panggil Ismail lagi sambil berjalan menuju ke dapur.
"Pa! Pa! cepat Pa!" saya dengar suara Ismail dari dapur.
Cemas.
ishhh..terrel jugak ya saya berangan.
Thursday, February 09, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
30 comments:
Kelmarin saya tertanya-tanya kenapa watak-watak yang berlakon dalam 'Puteri Gunung Ledang', tidak bermeh Melayu. Terlalu asing. Walhal Gunung Ledang tu letaknya di hulu kampung. Ha, jawapannya dalam blog ini. Pengarahnya pun kuat berangan-angan. Serupa.
HEBAT .... hebat!.
Jom kita minum dulu!.
aku hampir gembira membaca entri ini. entri yg cuba menggambarkan jones melalui zaman kesuraman hansemnya. segala kehenseman telah habis diwariskan kpd ismailnya.
dan aku masih berangan-angan bahawa entri ini memang realiti, bukan angan-angan!
Aku bayar cukai jalan saja.
Sebab aku tahu kerajaan buat jalan dan repair jalan rosak macam MRR2 dan jalan kat kampung aku.
Selain daripada tu, aku bayar zakat. Zakat fitrah saja sebab aku tak ada tanaman, ternakan, simpanan, atau emas tempawan.
Err..... duit zakat tu ke mana ye?
angan2 rupanya... tapi, kewujudan anisah dan ismail serta situasi sebelum kecemasan tu benar atau tidak? saya dah confuse.
"jadi rakyat Malaya tidak perduli dengan apa yang dilakukan kerajaan mereka terhadap wang hasil dari cukai?"
"tidak juga. cuma mereka akan kecoh kalau ada councillor pergi trip free atau ada serbuan terhadap konsert black metal yang dihadiri golongan profesional"
feudal dengan wajah baru. kerajaan adalah penguasa. rakyat adalah orang bawahan. kamu pilih kami lima tahun sekali, sekarang diam dan serahkan segala2nya pada kami. duit cukai? tu tengok jalan, bangunan dan papan tanda, "satu lagi projek blah blah blah blah!"
jones, katakan pada ku, apakah di united kingdom ada papan tanda "satu lagi projek parti buruh" atau di amerika syarikat "satu lagi projek republican"?
Kita mewarisi sistem pemerintahan yang baik yang ditinggalkan oleh penjajah British. Tapi sistem yang baik akan hancur juga jika sikap dan pemikiran modal insan nya tidak seiring dengan sistem.
cheh..angan-angan rupanya, ku fikir sungguh2.
Skrg ni di slip gaji saya tertulis potongan zakat begitu juga dgn kakitangan Islam yg lain, saya usahakan potongan zakat bulanan dan bukan cukai pendapatan. Sebagai org pentadbiran/kewangan/ hr saya rasa itu t/jawab saya. Skrg tpt saya kerja adalah antara pembayar zakat bulanan terbaik.
Tapi terfikir juga ke mana pergi wang zakat disalurkan? dan adakah kerana saya tidak membayar cukai pendapatan kecuali cukai pintu, tanah dan jalan maka saya tidak layak menerima kemudahan kerajaan? emmmmm...........
Jones,
Anisah semai benih timun di dapurkah?
Aku agak, Anisah tu hisap tembakau yang kau suruh ambil tadi. Kemudian dia pengsan akibat batuk kokol yang kronik.
OK juga anganan aku ni.
Erk! Apa yang kau anak beranak repekkan pasal cukai tadi?!
encik abdullah,
cukai bukanlah hak kita untuk kita persoalkan kerana tatkala kita mempersoalkannya, ketika itu juga mereka akan mempersoalkan tentang subsidi, kemudahan, pinjaman, yuran anak-anak sekolah dsb. bertalu-talu kepada kita sehingga...
kita lupa apa kita persoalkan awal-awal tadi.
sekian adanya.
bak kata sammy Vellu
"saya tahu apa yang say abuat.. jalan itu bapak awak yang punya ke"
ni jawapan yg diberikan oleh orang kampung saya bila LDP dibina. sampai begitu biadap gaya dia bercakap. tak macam menteri. budak sekolah yang baru masuk darjah 6 pun tahu bertutur dengan lebih sopan.
di malaysia bila kita mula bertanya tentang mana pergi duit kerajaan jadi defensive
seolah ditanya
" are you gay? "
seolah salah bila kita bertanya hak kita. saya setuju dengan branding " feudal alaf baru ". let them do what they want without an iota of question. ntah la. mungkin kerana itu saya tidak mengundi walau dah cukup umur. tiada choice mungkin!
AJ- entry ini mengingatkan saya kepada entry awak yg mula2 saya baca dulu tentang kegembiraan awak semasa menari di khalayak ramai persis mardi gras...hehe
BTW- kirim salam kat Anisah...saya suka nama itu!
haha tujuh86.
menarik ending tersebut. tapi aku rasa dia nak buat seprais kat AJ agaknya. setibanya di dapur, Ismail berkata dgn penuh takjub:
"lihat. ibu sedang memasak cempedak goreng"
ismail ada kakak? atau adik perempuan?
aku jadi menantu kau ya pak?
salam ziarah daripada anjang..
salam ma'al hijrah 1427..
semoga terus tekal dalam menulis..
aja..aja..fighting!
fighting!..aja..aja..
anjang... anjang... fighting! (gaya awek full house berkenaan)
kom se maria... (dan menghabiskan lagu the bears termasuk gaya tariannya sekali)
terima kasih tgk blog saya nanti ..saya pun akan go through ur blog also!!
apa kabar, aj? belum sempat nak baca tulisan aj lagi. Nanti bila dah settle betul2, saya baca...yours will be the first in the list.
wah...terrel nye...
saya dah jumpa blog Anisah. Ismail belum.
nbb: AJ mmg terrel.
mmp: hari ni AJ tak update. saya bosan.
Sayut the bot: saya juga bosan tanpa update encik Jones! tak ada bahan sinis dan kelakar untuk buat saya tersedak ketika meminum coke melalui hidung kanan!
bercakap pasal feudal moden.. maybe kita masik berpegang pada motto
"pantang melayu lawan sultan"
sultan dah dimetamorfosi menjadi kerajaan!
mungkinkah?
Err...
saya tak pernah terpikir ke mana duit cukai di Malaya hilang, tapi saya hairan kenapa cukai di Ireland pun Ya Rabbi tingginya!
Semua nak dicukai, hatta nak buang sampah pun kena ada bin tax, bayangkan!
Wow, En Jones. Sudah glamer gitu. Masih kah kau ingat masa kita mula-mula ketemu dulu? Masa itu aku rasakan kau milikku seorang. Amatlah possesive. Sekarang kena share dengan orang lain. Takpala. Aku redha saja.
Pasal cukai. Untuk pengetahuan umum, sebahagian daripada cukai di Malaya digunakan untuk membiayai pembelajaran ku di UUM melalui skim biasiswa kementerian pendidikan malaya. Sekian.
betul obefiend. staff saya dah ingat saya gila sebab stress byk kerja. gelak sorang2 depan pc.
jannah: the best thing are to be shared, kecuali bini. suami boleh.
p/s: mari tambahkan saham riyak AJ.
erk...mmg la jannah oi kerajaan malaya belanja utk biasiswa, tp takkanlah habis semua sekali. kalau nak kira, kerajaan nyer income pun byk jgk apa. cukai import lagi, berganda2 byknya.
bukanlah nak mempersoalkan sgt tp tahap service kakitangan kerajaan pun kadang2 meragukan. melayukah mereka ni? cakap cam nak bergaduh, kalau kita buat salah sikit, mukanya macam mahu dimakannya kita. kecik hati rakyat yang tak reti nak complaint ni, especially yang buta huruf dan buta teknologi ni.
mungkin kita patut remove sistem sultan melayu...apa kata anda? (flame2..kasi terbakar...). feudalism is dead. no more monarchy. bila lagi kan? sultan melayu pun apa sgtlah fungsinya, sekadar sentimental value rakyat melayu. memerintah negara? KERAJAAN yang buat semua sekali. silakan komen....
dueng: tak nak komen. nanti kena tulah.
nota: terdouble pos komen sebelum ini sbb internet slow. skian
Where did you find it? Interesting read malpractice insurance for laser hair removal New treatment for severe atopic eczema 2006 Legal malpractice lawyers port charlotte Zithromax on pregnancy Electro e-pen hair remover Laser hair removal clinic new york
Very nice site! »
Post a Comment