Tuesday, February 07, 2006

itu,

Saya sebenarnya ingin memerangkap kamu dengan ayat "bayangkan kamu tidak beragama" .Saya ingin melihat berapa ramai yang sanggup berangan-angan hidup dengan tidak beragama,tetapi nampaknya saya yang terperangkap. Jadi saya menarik balik ayat tersebut.

Harap maklum.

25 comments:

Korakora said...

saya teragak-agak untuk menulis yang ini. kerana seorang yang suka riyak, jangan disimbah dengan puji-pujian. kelak bertambah riyaknya. sekiranya bertambah riyaknya, nanti bertambah besar nikmat yang diperolehnya. sehingga nanti riyak itu bertambah2 lagi dan lagi. apabila sudah terlalu banyak riyaknya sehingga tak mungkin riyak itu akan masuk. kelak kekufuran mula membesar.

bukankah itu asal-usul kemuncak kekufuran firaun yg bermula kerana takjub dirinya tak dihinggap sakit?

tapi saya harus tetap menulis, tindakan abdullah jones menarik balik kenyataan yang tersasul, harus dicontohi penulis blog yang lain. kerana permulaan sifat merendah diri pada seorang pemimpin ialah tidak malu menarik balik barang yang silap.

abdullah jones, adakah riyak anda bertambah dengan pujian saya ini?

saya harap tidak. kerana saya tidak mahu menyaksikan sejarah yang itu berulang.

abdullahjones said...

terima kasih bukunota. dan kamu adalah Nazmi Yaakub? wah! WAHHH!

Sayuti said...

IMHO, tiada sebab yang kukuh utk anda menarik balik ayat berkenaan, en jones. tapi, jika anda rasa ia perlu ditarik balik, terpulanglah... kerana ini blog anda.

kata pepatah melayu, ular menyusur akar tak hilang bisanya.

mungkin kerana tak mahu serangan ke atas blog seperti mana serangan ke atas bangunan konsulat denmark di lubnan?

Korakora said...

sayuti, perbandingan anda dengan serangan ke atas bangunan konsulat adalah melalut.

abdullahjones said...

sayuti, terima kasih dan tolong jangan gunakkan ayat "kerana ini blog anda" kerana saya ada kenangan pahit dengan ayat yang seakan-akan ayat tersebut. hahaha.

jiGOMorrison said...

:)

Sejuk perut ibu yang mengandungkan AJ.

mba2u said...

AJ;

"kerana ini blog anda" seolah2 AJ masih belum memaafkan sahabat kita di esastera :-(

abdullahjones said...
This comment has been removed by a blog administrator.
abdullahjones said...

Oh! bukan itu maksud saya mba.saya katakan kenangan pahit kerana saya tidak mahu perkara itu berulang. kami memang berkawan mba.seperti kita.

Sayuti said...

ah. maaf. saya budak baru. tumpang lalu...

bukunota, a ah... memang melalut pon. sila abaikan ayat berkenaan.

Ku Keng said...

Eh teringat aku akan laungan "tajam batu, tajam batu".

mba2u said...

Alhamdulillah AJ.

dith said...

AJ- di atas sebab yang samalah saya mengambil stand tidak memberi komen untuk entri tersebut, sbb saya tidak mahu membayangkan keadaan sebegitu! Nauzubillah min zalik!

cenderawasih said...

tak sangka saudara AJ ada blog yang lain dari esastera. Hmm... saya akan rajin berkunjung ke sini. InsyaAllah.

Dan kalau saya berkenan dgn blog ini, saya akan link ke blog saya. itu pun dgn persetujuan tuan punya blog.

Pegawai Khalwat said...

Aisehmen,

Akibat tuntutan tugas, aku dah terlepas debat perdana terhebat awal tahun ni.

Ada siaran ulangan?

Sayuti said...

saya masih tidak faham kenapa teruk sangat membayangkan diri sendiri tidak beragama? BUKANNYA kita mengakui diri kita tidak beragama.

bukankah empati itu definisi mudahnya 'to put yourself inside somebody else's shoe' atau membayangkan diri anda di dalam situasi orang yang satu lagi? macam mana kita mahu membantu mereka yang tidak beragama sekiranya kita tiada empati terhadap mereka? bukankah salah satu ciri paling penting yang perlu ada pada seorang doktor atau jururawat itu ialah perasaan empati yg tinggi.

mungkin ini agaknya sebab pesakit2 anda tidak mahu mendengar nasihat anda spt yang dinyatakan dalam 'about me'...?

p/s: jgn tersinggung, saya bukan cuba menyerang peribadi anda. skadar mengagak. maaf...

jiGOMorrison said...

Ingat ni sampai mati. Mereka yang berbintang Taurus susah nak mengaku kalah. Kebanyakan mereka akan terus menanduk, menanduk dan menanduk :)

Hei! Bintang di langitkah yang mengawal tingkah laku kita?

Korakora said...

sayuti,

saya boleh memahami maksud saranan abdullah jones. saranan adalah sinikal tapi ia mempunyai konotasi yg luas dan tak terkawal.

pandangan anda benar mengenai empati dan kasut itu tapi apa kata saranan abdullah benar-benar diikuti secara literal oleh pembaca blog dengan menulis apa yg mereka terfikir.

apapun, saya tidak terfikir bahawa untuk membantu mereka yg tidak beragama atau menganut agama yg tidak benar, harus seorang daie itu "menjadi" (sila perhatikan saya letak quote) kufur.

malah tidak pernah berlaku dalam sirah atau sejarah yg membabitkan tokoh daie dalam islam, terlebih dulu membayangkan mereka tidak beriman hanya untuk menarik mereka.

kerana islam itu terlalu unggul yang tidak mungkin penganutnya keluar dari keunggulan itu untuk membantu orang lain memahami keunggulannya.

Unknown said...

dolah,

sahabat yang sejati akan berani menegur kesilapan kita, walau ia mungkin `menikam dalam ke jiwa'.

Sayuti said...

bukunota: mungkin tafsiran saya tentang ayat AJ berlainan dari orang lain lalu menyebabkan saya tersinggung dengan persoalan "murtad bila membayangkan diri tak beragama". saya hormati pandangan kamu.

saya cuma teringat perdebatan dengan teman sebilik ketika di universiti dulu. katanya; "kalau kita (merujuk 'Muslim') tak dapat tengok dari perspektif diorang (merujuk 'non-Muslim', camne diorang nak tengok dari perspektif kita?". Itu lah pandangan saya sebenarnya.

tujuh86: bintang di langit bukan pengawal kita. tapi, mungkin menjadi faktor mempengaruhi perlakuan kita. saya tidak percaya dengan horoskop, tapi saya tidak menafikan kesan pengaruh bintang terhadap perlakuan. Tuhan suruh kita tengok langit, berfikir dan mengkaji. Dan di langit ada bintang.

Kebetulankah saya memang Taurus. Saya memang suka menanduk, dan terus menanduk sebab usaha itu tangga kejayaan. Cuma, saya takkan menanduk benda yang keras atau lebih keras dari kepala saya.

jiwarasa: jiwa siapa yang tertikam? jiwa si penegur atau yang ditegur.

saya akhiri komen ini dgn pantun Melayu yang ada buah cempedak dan pagar.

p/s: maaf AJ, tempat komen anda telah menjadi medan perbahasan.

sinaganaga said...

Jones,
:)

...
...
...

Mula2 aku nak senyum je. Tapi, tak boleh tahan. Aku ketawa jugalah.

Ha ha.

Anonymous said...

baguslah kalau dah sedar...:D

tuan tanah said...

otak saya terlalu penat untuk memikirkan komen.
jadi saya komen lain kalilah AJ :)

1 said...

Untuk menjawab soalan itu, saya fikir ada jawapan yang menarik dalam buku Catatan Harian Ahmad Wahib. Ada ayat provokasi (atau 'provokasi') yang lebih menarik, "Tuhan bukanlah daerah terlarang bagi pemikiran." dan "Tuhan tidak takut pada pikiran yang diciptakannya sendiri." Ini bukan kata saya, ini kata Ahmad Wahib, bukan Abdul Wahib abangnya Abdul Wahub dalam cerita P. Ramlee Tiga Abdul.

Dan dalam falsafah, banyak filsuf memilih bermula dengan bebas nilai.

dueng said...

assalamualaikum...

baru beberapa hari tak melawat, sudah panas ya disini.

pada pandangan saya, encik jones tidak meminta kita menjadi kufur, cuma memahami bagaimana si kufur ini berfikir. bukan mahu kamu menidakkan Ke-esaan Allah tp sekadar melihat dunia Islam ini dari sudut mereka yang jahil dan kufur.

saya terpaksa setuju dgn sayuti, ibarat ini membolehkan kita melihat 'big picture' of every problem. menganalisa masalah dari setiap sudut, maka tidaklah kita menyesal di kemudian hari kerana tidak berjumpa jalan keluar bagi masalah kita sendiri.

ianya seperti kamu melihat satu gambar dan kamu zoom in kan. rasakan bagaimana melihat tempat yang sama dari titik penglihatan yang berlainan.

mungkin apabila kita mampu memahami kenapa mereka bersikap sedemikian, barulah kita faham, dimanakah tempat yang tidak lagi kita datangi, daerah mana tidak lagi kita jelajahi. juga menggalakkan bersifat kreatif.

(apa guna dalam satu perdebatan jika semua orang hanya mahu memilih sebelah pihak saja...jadikan perdebatan suatu yang sihat..)