Sunday, January 29, 2006

ini

Oleh kerana terlalu banyak benar puji-pujian (yang semuanya adalah benar belaka) yang tersebar merata-rata mengenai saya sekarang ini, dengan berat hati saya terpaksa menulis sajak luka di bawah sebagai tanda yang saya adalah insan biasa yang bisa rindu dan bisa terluka. (dua kali bisa bermakna sangat bisa)


khabar (dari) angin

air yang jatuh
dari birai mata
aku biarkan.

biarkan ia bergolek
kepipi dan hapus
diresap angin.

nanti angin akan
khabarkan kepada alam
yang aku
sedang rindu.


p/s: selamat tahun baru semua.
sajak di atas di tujukan khas kepada Keng dan DitH.
terima kasih Pn. Ainon. Moga Gila-Gila keluaran khas
tersebut betul-betul jadi.

9 comments:

Unta@Jitra said...

3 jam 12 minit untuk aku abiskan membaca blog ko dr 17/06/05 sampai semlm 28/01/06... thanx for making my life happier with ur writings... keep up the good work... blog ni diintroduced oleh kwn aku... katenye lawak-intelektual-tahap tinggi whatever he means...

Teruskan... teruskan... tulisan ko mampu mengubah tulisan aku yg kebanyakannya merepek xtentu hala

dueng said...

sekali tgk macam lirik lagu...lagu lama (aku masih kecil, psl tu aku cakap lagu lama). some very familiar tp bila dan dimana kali terakhir aku mendengarnya?

atau...adakah sekadar ilusi. entahlah..

zizie ali said...

saya sangat gembira bila dapat tahu yang AJ adalah insan biasa. bisa rindu dan bisa terluka. saya sangat bimbang kalau AJ hanya tahu ketawa tapi tak tahu menangis.
dueng-mangifera: ko mungkin teringat lagu: "tanya sama pokok apa sebab goyang...nanti jawab pokok angin yang goncang...nanti kata angin..."

Ku Keng said...

AJ, ini bukan mantra santau angin ya?

Ku Keng said...

Aiik, terlupa pulak. Terima kasih kerana menerima dedikasi sajak sempena hijrah 1427. Pasti Puan DiTH seronok dan dia akan berikan anda rawatan perubatan percuma lain kali.

dith said...

Terima kasih kerana mendedikasikan sajak yang ringkas tetapi dalam dan sedap didengar dan mudah difahami.

Keng, saya lihat awak yang begitu teruja dgn dedikasi kali ini tetapi telah membuat telaan bahawa saya yang terlalu seronok sehingga akan memberi rawatan percuma kepada AJ, :))

Selamat Tahun Baru Hijrah kepada AJ dan Keng. Semoga tahun 1427 melihat kita sebagai muslim yg meningkat dalam segala perkara berkaitan hablumminallah dan hablumminannas! Ameen

tuan tanah said...

Selamat tahun baru AJ.

Siapa yang buat AJ terluka?

(atau ini hanya metafora AJ semata? Sumpah, saya tidak tahu)

Puan Ainon Mohd. said...

Sdr Abdullahjones,
Saya sudah terima kiriman episod terbaru dan episod pembetulan. Sungguh menarik episod-episod itu.

Hari ini saya ke Johor, biasalah pengedar besar PTS di kawasan selatan kahwinkan anak, kenalah pergi. Balik hari. Nanti apabila aya sudah hilang penat travel jauh saya akan baca dan beri feedback karya saudara itu.

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it » »