Lama dulu. Zaman belanja sekolah duapuluh sen sehari. Di hadapan sekolah saya ada sebuah gerai berbasikal kepunyaan seorang lelaki cina. Dia menjual air tahu, tahu cucuk dan sesuatu yang pada masa itu saya anggap sebagai bubur babi.
Saya gemar membeli tahu cucuk dan air tahu. Walau pun saya sering terliur untuk merasa bubur babi, walau pun akal saya mengatakan yang bubur babi itu amat lazat dan entah dari akal sebelah mana, ianya sangat manis, saya menahan diri saya dari membelinya.
Berzaman-zaman kemudian saya melihat bubur babi itu di jual oleh ahli kumpulan al-Arqam. Walaupun masih yakin ianya adalah bubur babi, saya memberanikan diri membelinya hanya kerana abang yang menjual bubur babi itu berjubah, bercelak, berserban dan kelihatan sangat baik. Dan juga kerana di waktu itu ramai sepupu-sepupu saya yang menganggotai kumpulan al-Arqam.
Telahan saya berzaman dulu memang tepat! Ianya amat lazat dan amat manis. Saya di ketawakan oleh abang al-Arqam tadi apabila saya menceritakan kisah diatas kepadanya.
Apa yang saya sangkakan bubur babi sebenarnya adalah taufu-fa.
Saya tercari-cari sebab mengapa saya menggangap taufu-fa sebagai bubur babi. Saya rasa mungkin kerana waktu itu taufu-fa di jual di dalam mangkuk. Cina + mangkuk= cina makan babi.
(jika ada kawan-kawan cina yang membaca, saya tidak berniat curang dengan ayat diatas)
p/s: dr in the house, tekaan anda silap. puan doktor pernah lihat siri House? jika saya menjadi doktor, saya akan menjadi seperti dr. House.
-makluman: cerita Kak Jah ada enam siri semuanya. semuanya akan di siarkan setiap Jumaat insyaallah.
-ada sesiapa tahu apa yang terjadi kepada kawan saya, uipts?
Wednesday, November 30, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
AJ- hehehe--anda sengaja menukarnya kerana tidak sanggup melihat saya senyum kepuasan!
Saya tidak lihat siri itu sbb ianya siri di Astro dan saya tidak langgan Astro di atas sbb2 tertentu, :)
Saya jugak tertanya2 apa dah jadi pada UIPTS...samada dia berhenti blog 100% atau dia tukar kulit jadi org lain koot?
Hahahaa kijamnya kesian uncle tu suci2 je menjual taufufa dan anda mengganggap dia bubur babi. Nasib baik uncle tu tak kecik hati hehe.
Saya juga menanyakan tentang uipts?
Tiba2 lepas raya blognya hilang?
Excellent, love it! Panther basketball Nature cure review acne treatment van floor mats December 1999 alarm fire arlington texas apartment complex slipcover furniture Ice dancing pics
Post a Comment