Tuesday, October 25, 2005

semuanya

Semua manusia mempunyai keyakinan yang mereka adalah istimewa. Ada yang duduk diam dengan keyakinan itu dan tidak kurang pula yang berkongsi dengan manusia lain.

Dari sifat keyakinan tentang istimewanya diri inilah lahirnya manusia-manusia seperti Ayah Pin, Sir Prof. Al-Haj Al Hafez Mohd. Arief dan juga err..penulis blog. Ramai juga manusia yang memikirkan yang mereka adalah anugerah kepada kemanusiaan, lalu mereka bersusah payah membuat perbagai dosa untuk menjadi ahli politik (yang korap).

Istimewakah setiap individu? Saya merasakan tidak tetapi apa yang berlaku sebenarnya adalah setiap manusia mempunyai identiti tersendiri. Masing-masing mempunyai keunikan yang memisahkan satu manusia dengan manusia yang lain


Saya kehabisan modal, cuma saya mulakan tulisan ini setelah membaca mengenai bomoh yang mengaku mendapat perbagai gelaran. Bukan susah untuk mengesahkan samada gelaran-gelaran itu benar atau tidak. Sebagai contoh jika beliau mengaku sebagai al-hafez, suruh saja beliau membaca beberapa surah dari al-quran. Atau minta saja alamat sekolah dimana beliau mendakwa mendapat gelaran Sir Prof. dan hubungi sekolah berkenaan untuk membuat pengesahan.

Sebenarnya yang paling malang adalah mereka-mereka yang sibuk mencari bomoh untuk apa juga tujuan. Saya rasa mereka memang layak di tipu.

Laki kawin lain, jumpa bomoh. Bomoh suruh kangkang, dia kangkang. Lambat kawin, jumpa bomoh. Bomoh suruh tonggeng, dia tonggeng. Ketiak tumbuh ketuat, jumpa bomoh. Bomoh ajak main , no problem. Janji dapat balik laki. Janji dapat laki. Janji ketuat hilang.

Tahukah anda yang kebanyakan ahli politik (yang korap) adalah pelanggan tetap para bomoh?
Dan tahukah anda yang Sir Prof. itu sebelum mendapat ilmu sakti adalah penjual roti bermotosikal?

mengarut sungguh tulisan ini.

8 comments:

bergen said...

People who got duped, they need to be duped real bad. They want it and so the bomoh just obliged. Neat business transaction. And as for politicians, they are a lucrative market for bomoh.

ayobkelubi said...

itu lah.

dari zaman hang tuah lagik dah ader bomoh nie.

kalau tak camner hang tuah nak kuat?

dr in the house said...

Laa...ketiak tumbuh ketuat buat apa jumpa bomoh, jumpa saya cukup, insyallah! :)

Jannah said...

bomoh? apa tu? generasi kami tak main bomoh, kami main orang yang jumpa kat chatting, kawan blogging.. hahahaa

But seriously though. these people tak pernah dengar ke something called Venerial Desease and AIDS?

auntylela said...

dah tulis serious2 mengaku pula tulisan sendiri mengarut!
Inilah keunikan AJ!
Serious and mengarut, serious but mengarut, serious then mengarut!
Dont take too seriously, i just mengarut!

mmp said...

oklah halela

Tifani Teh said...

ni masalah double-barrel!
banyak sangat isu yang cuba dibincangkan dalam satu entry.

pening sangat ker otak tu?

Anonymous said...

Keep up the good work Peoria il raid data recovery Jet cartridges ink printer color cart Black lab watches