Thursday, October 27, 2005

ayam

Maafkan saya kerana semakin rajin menulis. Kali ini sebenarnya saya terpaksa menulis kerana dada saya sebak setelah membaca berita bagaimana beberapa orang kanak-kanak yang menangis apabila mengetahui yang mereka adalah anak hasil dari hubungan haram 'ibu-bapa' mereka.

Bapa mereka telah mengumpulkan dua adik beradik perempuan menjadi isterinya dalam satu masa.( dia bernikah dengan salah satu dari adik beradik itu dan dalam masa yang sama bantai free yang seorang lagi) Dalam bahasa sekarang ini di panggil sumbang mahram.

Bayangkan perasaan anak-anak ini. Dapatkah kita merasakan kesedihan mereka? Cuba bayangkan kita berada di tempat mereka. Cuba bayangkan jika hari ini ada bukti yang mengatakan yang kita ini adalah anak hasil hubungan haram.

Kita boleh memujuk diri dengan mengatakan anak-anak ini tidak berdosa, tetapi dapatkah kata-kata ini membebaskan anak-anak ini dari kesedihan yang pada saya melebihi kebanyakkan kesedihan yang kita alami. (ie: tidak sempat bersalam dengan mawi, kekalahan Liverpool semalam, atau kesedihan kad raya yang kita hantar kepada nasya aziz tidak di balas).

Saranan saya kepada sesiapa saya yang mahu berzina ialah pastikan kamu tidak melahirkan anak. Bantai lah siapa saja yang kamu mahu jika memang kamu jenis yang suka berzina. Lupakan balasan Tuhan, tetapi tolonglah pastikan yang dosa kamu itu tidak akan membawa kesedihan kepada ibu kamu. Pastikan juga yang dosa kamu itu nanti tidak akan membawa kesedihan kepada anak-anak haram hasil kerasnya kote kamu.

Tergamak sungguh lelaki itu kekal di dalam dosa untuk jangka masa begitu lama.

Saya juga banyak berdosa dan saya berdoa semoga Tuhan segera kembalikan saya kepada kebaikan setiap kali saya berbuat dosa.

nb: berita baik untuk para penzina yang mahu memastikan mereka boleh bantai ikut lubang mana sekalipun tanpa perlu risau mengenai melahirkan anak haram. kini telah ada satu suntikan yang dijamin akan memastikan tidak berlaku kehamilan yang tidak diingini untuk jangka masa tiga tahun (sekurang-kurangnya). hubungi saya jika berminat.

13 comments:

Unsunghero said...

AJ...aku juga teramat sedih/marah membaca berita berkenaan. aku juga sedih/marah/malu membaca tulisan kau kali ini kerana bahasa yang kau gunakan agak kasar bunyinya. bayangkan kalau anak-anakmu atau waris-warismu nanti membaca catatanmu ini?

auntylela said...

Bulan ramadhan lah AJ!!!

dr in the house said...

Woiitts...ni dah kira xxx rated !!

dijah said...

sedikit penambahan dari emel
hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia.
Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand,
sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia -
Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia - Wabak Pembunuh di Syurga
Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar
nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan
Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini
mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi
di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan:
California Teenage Pregnancy Statistics

Mat Jan said...

secara personal, aku suka "catatan dakwah" jenis AJ ni, berbanding catatan jenis teks khutbah Jumaat.

antara tulisan AJ yg aku suka:

"Bagi orang Melayu malam Jumaat hanya untuk dua perkara. Baca Yasin dan ulit kote. Itu saja. Malam lain Yasin tak boleh baca tapi kote masih boleh diulit."

lagi satu, yg "kira bulu ari2 tu".

lagi satu, siri "Islam dan Hotak Kita" di blog AJ yang lama.

lagi satu, sajak "kekasih sekarang adalah pelacur yg dibayar dgn cinta..."

dan banyak lagi la yg aku suka.

catatan2 begini lebih mengesankan. bila baca rasa pedih2, dan bila habis baca rasa sedikit insaf.

daripada bercakap lemah-lembut tapi org tak sedar, lebih baik bercakap kasar2 dan org sedar. pada aku la.

lagipun, buat apa nak bercakap lembut2 dgn penzina mahram yg berzina sampai dapat2 anak!

ayobkelubi said...

spt tajuk mu AJ.

mungkin dia pikir dia ialah ayam jantan yang perlu menjaga ayam-ayam betinanya sbb tu dia sondol jek kesemuanya.

mmp said...

AJ, aku juga tidak setuju dengan beberapa perkataan2 dan ayat2 yang engkau gunakan. Pada aku byk perkataan & ayat2 lain yang masih dapat sampaikan mesej engkau.
Cuma aku tahu engkau ada hujah tersendiri.

Cuma aku teringat kepada ada seorang yg telah tua di kg aku, budak2 panggil dia moyang, rajin menggunakan beberapa perkataan yang engkau pakai itu.
Mungkin engkau berguru dgn moyang itu, aku tak tahu.
Cuma aku pasti engkau bukan moyang itu.

MJ: Aku hormati hujah MJ, berkias2 mungkin orang tidak tahu, tapi pada aku itulah indah & kuatnya bahasa orang Melayu, kiasannya menyengat.
Aku juga tidak setuju dengan memberi makna negatif pada perkataan khutbah.
Khutbah itu istilah murni, ia istilah yang kita pakai pada aktiviti dlm sembahyang.

Mungkin kerana ketika khatib berkhutbah makmum tidak boleh bercakap dan kene dengar (kalau tidak pahala jumaat tak ada) maka ramai sangat orang menggunakan istilah khutbah pada makna yang negatif.

Pada aku istilah itu diberi imej positif.

Aku cadangkan gunakan perkataan 'kempen' atau 'ceramah' atau istilah2 lain.

sinaganaga said...

Jones,
Maaf kerana aku masih belum menjawab soalanmu (tentang buku bergambar utk kanak2) itu. Ingatkan aku selalu (kerana aku mudah lupa).

Berhubung terus!

Salam aidilfitri.

tujuh86 said...

Aku cadangkan penggunaan istilah 'Kuliah Umum' atau ringkasnya KULUM.

Hah!

Tifani Teh said...

para penzina perlu ilmu zuriat.

thoyol said...

ntah aper yang hendak disuntik. Haha.

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read film editing schools

Anonymous said...

Enjoyed a lot! » » »