Saturday, October 08, 2005

roboh synagogue

Abdullah Jones @ Tareht @ OsmanTikus berasal dari Malaya. Mungkin beliau menggunakan komputer yang bersambung dengan mesin masa melalui pacuan USB bagi membolehkan rakyat Malaysia membaca tulisannya. Sekarang beliau merantau di negeri penjajah. Pada masa lapangnya dia melukis kartun yang hodoh tapi sarat dengan makna dan nasihat. Biasanya nasihat ini disampaikan oleh hidupan asing dari Planet Marikh.

Demikianlah bunyi pengenalan saya (saya mensyaki Tok Rimau yang menulis pengenalan ini) di dalam buku Jiwa Kacau. Selain dari ayat diatas yang mengatakan saya seorang lelaki yang sangat kacak, saya langsung tidak bersetuju dengan pengenalan yang di tulis di dalam buku berkenaan.

Saya bersetuju dengan sinaganaga yang kulit buku itu sangat cantik.

Perlukah kamu membeli buku ini? Perlu jika kamu mempunyai banyak masa untuk membaca kata pengantar buku ini dengan menggunakan kanta pembesar dan juga rela di advancerkan oleh perbagai macam stail penulisan.

Adakah harga buku tersebut berpatutan? Sangat patut jika selama ini kamu memperuntuk jumlah yang sama untuk membeli karya-karya agung mama Juwie dan rakan-rakan.

Adakah susunatur buku ini menarik? Tidak.

Adakah siri kedua Jiwa kacau perlu di terbitkan segera? Tidak.

Adakah buku ini perlu dimiliki hanya kerana ianya di tulis oleh orang-orang yang kamu kenali (rapat)? Ya jika kamu memang mengamalkan kronism.

Dimanakah boleh kamu mendapatkan buku ini? Baca blog Tok Rimau atau googlekan perkataan Jiwa Kacau.

Terima Kasih Basri kerana segera menghantar buku ini kepada saya.

4 comments:

ayobkelubi said...

tapi

synagogue tu apa?

perlu carik dlm kamus mana dolah?

Tok Rimau said...

Oleh kerana penyelenggara tidak dapat Biografiti tuan, maka saya dipertanggungjawabkan.

Maka itulah Abdullah Jones yang saya kenal. :-)

Saya tidak bersetuju dengan saudara. Saya yakin 50% dari buku itu bernilai RM20. Lain dari yang lain lagi refreshing. Seronok membacanya. Santai.

50% lagi? Anggaplah itu FREE GIFT. Kah kah.

Kami (kita?) banyak belajar dalam projek Jiwa Kacau. Saya tidak sabar untuk projek Jiwa Kacau 2.

sinaganaga said...

Oit2 Jones,
Tidakkah kau berkira2 mahu menulis/melukis children's picture book? Aku suka work kau.

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. small tits tranny masterbation Cheap solar refrigerators Indian hidden cam sex hardcore Acura legend hood Transexuals website testimonies Bare big breasts grey headphone pontiac health http://www.bulkemailhosting.info/_keyword_keywords_bulk_email_marketing.html sport medicine Nissan accent transexual cock suckers Risorsa web marketing