Wednesday, October 05, 2005

di Tebing Gaza

Extra-unggu:Bukan Cinta Biasa

Danial Ezry Iskandar Hakim cemas. Sudah banyak kali peristiwa begini berlaku kepadanya. Dan biasanya berita yang sampai kepadanya pada hari pertama Ramadhan adalah berita buruk.

Dia menerima panggilan talipon dari kekasihnya ( Erra Emilia Emeralda Sophia Nathasa) kira-kira jam sembilan pagi tadi. Gadis yang bertubuh luarbiasa gemuknya itu kedengaran seperti hampir menangis apabila mengesa Danial Ezry Iskandar Halim supaya segera datang kerumahnya.

Ramai yang mempertikaikan pilihanya ketika dia mula-mula merapati Erra Emilia Emeralda Sophia Nathasa dulu. Mereka, terutama teman-teman se esekutifnya membantah. Mereka tidak faham mengapa Danial Ezry Iskandar Hakim memilih gadis yang walau agak manis tetapi mempunyai tubuh yang amat luarbiasa gemuknya. Danial Ezry Iskandar Hakim cuba tersenyum setiap kali teman-temannya cuba mempengaruhinya untuk meninggalkan Erra Emilia Emeralda Sophia Nathasa. Dia tahu mereka semua tidak faham erti sebenar cinta.

Danial Ezry Iskandar Hakim mempercepatkan laju Prtoton Wajanya. Dia semakin cemas, lebih-lebih lagi bila teringatkan nada suara Erra Emilia Emeralda Sophia Nathasa. Dia dapat merasakan pasti ada berita buruk yang akan di sampaikan oleh Erra Emeralda Sophia Nathasa. Seperti berita buruk yang di sampaikan oleh ibunya, Datin Manja Maria Mulia Dato Abu Mansur.

Dia masih ingat pagi itu. Pagi yang seperti ini juga, Ramadhan yang pertama. Masih terngiang-ngiang suara ibunya, Datin Manja Maria Mulia Dato Abu Mansur di hujung talipon menyuruh dia pulang segera kerana bapanya, Dato Addul Manaf Bin Amran di timpa kemalangan. Setiba dia di rumah, Danial Ezry Iskandar Hakim di beritahu yang bapanya telah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bermain golf.

Begitu juga pagi Ramadhan dua musim lepas. Dia menerima berita pemergian adiknya yang sedang menuntut di Australia akibat kemalangan jalanraya.

Semua kesedihan ini berlaku di hari pertama Ramadhan. Dia amat gelisah. Kenderan di jalanraya hari ini seperti berpakat untuk memperlahankan lajunya. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Pemandu-pemandu kenderaan yang lain seperti sedang mentertawakan dirinya.

Akhirnya setelah setengah jam memandu, dia sampai ke kaki apartment tempat tinggal Erra Emilia Emeralda Sophia Nathasa. Bergegas dia berlari ke block Anggerik setelah meletaknya Proton Waja warna peraknya di tempat letak kereta. Sampai di pintu norbor 1403 dia segera mengeluarkan kunci pendua dan membukanya.

Di sofa kelihatan Erra Emilia Emeralda Sophia Nathasa sedang menangis teresak-esak. Jam dingding menunjukkan pukul 9:30 pagi. Dia merapati kekasihnya dan bertanya:

'mengapa Erra Emilia Emeralda Sophia Nathasa? Apakah gerangannya yang berlaku?'

Demi terlihatkan Danial Ezry Iskandar Hakim, tangisan Erra Emeralda Sophia Nathasa seperti tidak dapat di bendung lagi. Dia (Erra Emeralda Sophia Natshasa) menangis.

Danial Ezry Iskandar Hakim mengusap rambut kekasihnya itu dengan penuh kasih sayang. Dia sebak melihatkan kekasihnya dalam kesedihan. Dia mengulangi soalan tadi:

'mengapa Erra Emilia Emeralda Sophia Natshasa? Apakah gerangannya yang berlaku?'

Erra Emilia Emeralda Sophia Nathasa mengangkat kepalanya dan memandang tepat kemuka Danial Ezry Iskandar Hakim, dengan bibir yang terketar-ketar dia seperti cuba untuk memberitahu sesuatu. Danial Ezry Iskandar Hakim makin cemas. Seribu persoalan menerpa ke kepalanya.

Erra Emilia Emeralda Sophia Nathasa mengagahkan diri dan menelan liur melalui tekaknya yang terasa amat kering itu. Dengan suara yang hampir tidak kedengaran dia berkata: 'i...i... i lapar.'

10 comments:

Mat Jan said...

:)

el-Maaniq said...

haha.

sinaganaga said...

Jones,
Aku pun lapar!!!

mmp said...

kelas

dr in the house said...

Anak saya semasa di kedai buku baru2ni, telah dengan sengaja menyelak2 novel2 melayu di atas rak dan telah membaca nama2 karektor dalam novel2 yg ada dalam jualan sekarang, bunyinya lebih kurang samalah dgn Erra Emillia Emeralda Sophia Natasha...nama melayu kah semua ini???!!!

auntylela said...

Kalu aku ada bersama di waktu itu, mau ku ketuk kapla si Erra Emillia Emeralda Sophia Natasha dengan senduk kayu!
Sabar 1 ramadhan!

This entry has successfully worked me up, congrats!

Jannah said...

Habis tu nak buat lagu mana? Haruskah si hero membelikan MacDonalds kat drive through untuk puteri impian hati?

Atau hanya dengan, "Sabarlah sayang, memang bulan puasa akan lapar, tapi ganjaran kelaparan masa ini, nikmatnya berlipat-ganda di syurga kelak." si hero bisa menundukkan si gadis?

Tok Rimau said...

Kalau mereka membatalkan puasa sebelum maghrib, mereka kena bayar fidyah.

loppiess said...

Erra Emilia Emeralda Sophia Nathasa ( tergeliat jari aku ketika menaip ) adalah sepupu kepada Eryanti Ermanita Laksoda Arialana Nanthakumaran.

basridugongayu said...

kah kah kah