Sunday, October 02, 2005

adalah ingkar

Amat mudah untuk membuat bubur kacang. Ambil kacang hijau, santan kelapa, gula merah dan air.Tambahkan daun pandan untuk aroma. Ringkas dan amat lazat. Boleh makan begitu sahaja atau di cicah dengan roti. (pun intended)

Tetapi di sebabkan kita ini diresapi cara hidup yang korap, bubur kacang hari ini di campur dengan bermacam-macam bendasing. Ada yang tambah jagung, kacang merah, biji selasih, telur katak dan juga kacang bendi. Ini kononnya apa yang di panggil menambah nilai.

Saya amat benci apabila makanan saya di tambah nilai. Apabila saya mahukan bubur kacang, saya mahukan bubur kacang yang betul. Kamu tidak perlu membeli jiwa saya dengan bubur kacang yang di tambah nilai. Saya hanya mahu deria rasa saya di hiburkan dengan kacang hijau, santan kelapa dan gula merah. Saya tidak mahu deria rasa saya di tipu oleh kacang merah,jagung,biji selasih, telur katak dan lebih-lebih lagi kacang bendi.

Budak-budak yang berumur di bawah duapuluh lima tahun tentu akan terkejut apabila mengetahui yang datuk-nenek-pakcik-makcik-mak-bapak mereka memakan bubur kacang yang tidak di tambah nilai. Bagi mereka ini adalah cara yang salah untuk menyediakan bubur kacang.Bagi mereka memberi rasuah adalah wajip. Membayar saman adalah haram. Kepala mereka sudah menghalalkan bubur kacang di tambah nilai.

Mereka juga dengan senang hati memakan nasi lemak dengan kang kong goreng seperti mana mereka merasa selesa memakai kemeja t yang di perbuat dari bahan plastik di tengah panas matahari tanah Malaya.

Dan kari ayam yang di campur daun limau purut. bah! Mahu saja saya lemparkan mangkuk kari ayam limau purut ke muka mereka.


p/s: siapa mat jan? kamu telah melakukan satu dosa yang tidak terampun kepada lagenda hidup dunia blog. pergi ke alamat ini dan minta ampun kepada mat jan: http://www.kroni.biz/jj/

Selamat berpuasa semua. Jangan habiskan puasa kamu di pasar Ramadhan. Dan kepada peniaga pasar Ramadhan, kamu tidak perlu menghantar baki jualan kamu ke masjid-masjid kerana kami bukan rakyat kelas dua.

Sama pemikiran dengan Dato Rais Yatim? umno-s46-umno. Tak apalah. Lain kalilah.
Dan ya, Dato Rais memang membaca blog saya. Begitu juga dengan Dato K, Dato S. Apabila tidak sibuk, Dato Sri Abdullah Badawi juga selalu kemari.

10 comments:

el-Maaniq said...

Selera orang lain-lain. Tentu saja boleh diubahsuaikan bahan masakan itu asalkan kita yang memakannya berselera.

Tapi kadang-kadang, yang klasik itu class!

Leyla Shuri said...

kari ayam yang di campur daun limau purut. bah! Mahu saja saya lemparkan mangkuk kari ayam limau purut ke muka mereka.

kamu telah melakukan satu dosa yang tidak terampun kepada lagenda hidup dunia blog.

You never fail to make me laugh!
No, I am not laughing because you are funny-funny ha, ha, ha gitu!

But I still laugh anyway!

jamrihusen said...

suka makan nasi tanpa kuah dan kuah tanpa nasi. kuah akan merosakkan rasa nasi sebenar dan nasi akan merosakkan rasa kuah sebenar.

ayobkelubi said...

dolah.

ko kejam tak bagik aninomos buat komen.kesian peminat ko yg takde akaun blog.

hehehe.

selamat pose

Tok Rimau said...

Sajak tuan bertajuk Misteri Nusantara dalam buku Jiwa Kacau amat memberi kresan kepada saya. Selamat berterawih.

Unknown said...

Pak Dolah,

Makan rasuah tu sedap. Macam makan bubur kacang ditambah nilai..

Selamat berpuasa..

Anonymous said...

Mr Jones...

Sedap atau tidak semangkuk bubur kacang tidak kira tidak ditambah nilai atau ditambah nilai masih memberi rasa kepada pengemar bubur kacang...tapi tidak kepada mereka yang tidak menggemari lansung bubur kacang.....semua orang yg cukup sifat mempunyai deria rasa...dan rasa mereka akan menentukan mana yang sedap mana yang tidak.....tapi yang untung perut tetap akan merasa kesannya.

Leyla Shuri said...

alahai...entry ini dah jadi macam resipi memasak pulak...apasal boleh tersengget ke situ ek?

sinaganaga said...

Aku cuma nak sambal udang kecil-kecil buang kulit buang kepala...

Jannah said...

Add a little spice in your life.

Dance to the samba on the streets.

Live a little.

Maybe daun kari dalam gulai kuning bisa tambah umph dalam kehidupan?