Friday, September 30, 2005

perintah Tuhan.

ain nombor empatpuluh lapan

aku
adalah daun
yang paling akhir
di pohon
yang paling kering
di musim
yang paling luruh.


engkau
adalah tanah
yang enggan
di airi.

oh ain.


Di esastera.com kami sedang dalam err...pembuatan sajak-sajak ain. Kami bercadang untuk mencukupkan siri sajak ain kepada jumlah seribu. Ain nombor empat puluh lapan ini adalah sumbangan saya yang entah yang keberapa.

Ianya juga merupakan cara saya menarik ahli-ahli esastera untuk datang membaca blog saya ini. Kepada ahli esastera yang membaca tulisan ini, sila iklankan kepada semua ahli esastera untuk kemari.

Saya juga menjemput siapa sahaja yang bukan ahli esastera untuk kesana (esastera) dan menyumbangkan seberapa banyak sajak dengan judul ain supaya saya dan esastera menjadi lebih terkenal.


p/s: malu saya dengan keberanian para penulis buku Wilayah Kutu. Saya seperti budak yang baru belajar mencarut jika di bandingkan dengan para penulis buku itu. (dari apa yang saya baca di blog Mat Jan) . Saya hormati keberanian mereka. Cuma saya nak tanya sikit, mak kamu tak marah ke kamu tulis macam tu?

9 comments:

Jannah said...

Maybe mok dia tak heran kut?

Dak pun dia tak cerita kat mok dia pasal buku nun.

Tak pun mok dia tak reti bahasa Melayu?

litar pintas said...

harus saya akui, ain yang ini sangat menarik, dan terkesan. seperti juga yang lepas-lepas, dari aj. tahniah jones!

eh, jangan lupa send sama ke esastera.com

auntylela said...

Mat jan tu sapa dan apa ada tertulis di buku wilayah kutu?

Saya mula kenal AJ masa terbaca wawancara AJ dgn cikgu hasimah.
Soalan dan jawapan di wawancara itu, membuat saya mencari blog AJ.

mba said...

Tahniah AJ,
kamu jangan berani
tapi keberanian tidak kemana.

Aku respek AJ
bukan kerana keberaniannya
tapi keunikannya.

AJ,
Kamu boleh jadi lebih terkenal
jika kau cantumkan
di blog ini:-
- tulisan kamu (yg hebat itu)
- puisi engkau yag padat itu
- lukisan kartun engkau yg menawan itu

salam dari sahabat.

mba said...

AJ;

aku dah tersilap taip
"engkau jangan berani"
sepatutnya
"engkau memang berani"

Amir Mukhriz said...

sedare ku aj,

link esastera yang sedare bagi tu salah, mungkin sedare boleh betulkan.

lalalalal....semua wanita sedare, maka, jagalah dare kamu yang se itu...lalallalala....

Jiwa Rasa said...

Pak Dolah,

Baru dapat Wilayah Kutu yg dipesan, dan baca komen Mat Jan. Tiba-tiba je rasa seram..

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP Waterbed distributors online tramadol Ge microwave grill ovens

Anonymous said...

best regards, nice info ass worship porn United kingdom best price mortgages pain from cellulitis Credit free illinois report