Sunday, September 25, 2005

sakit

Sudah lama saya teringin untuk menari di khalayak ramai.Bukan di disko atau rumah menari yang khas, tetapi menari di tepi-tepi jalan seperti yang selalu saya lihat dilakukan di kebanyakan negara-negara Afrika.

Mungkin kerana terhidu bau ganja yang ber..er..selerakkan atau mungkin kerana terlalu ingin untuk memalukan diri sendiri, semasa pesta African-Caribbean tempoh hari, saya menari bersama-sama penari-penari yang berarak dengan pakaian yang sangat minimal. (bayangkan pesta Mardi Gras yang sering kamu lihat di televisyen dan bayangkan saya ditengah-tengah perempuan separa bogel).

Hasilnya amat memeranjatkan! Saya benar-benar terhibur! Tahulah saya kini mengapa ramai bangsa di dunia ini yang berhibur dengan menari. (walau bagaimana pun, saya yakin bau ganja memainkan peranan yang lebih penting dalam mengembirakan saya)


Saya cuma berhenti menari apabila salah seorang perempuan yang tidak memakai baju luar yang sama menari dengan saya tiba-tiba cuba mengeselkan tubuhnya kepada anggota aurat saya. Saya tidak biasa anggota aurat saya digesel oleh perempuan yang belum menjadi isteri saya.

Cuba bangun dan menari, seorang diri atau bersama isteri atau bersama anak-anak, saya percaya kamu semua akan bersetuju.

p/s: arigato halela. unsunghero, saya suka bila kamu bersuara. dan saya terlupa untuk berterima kasih kepada ustad ramy yang mengirimkan cd halim yazid kepada saya. terima kasih ustad. dr in the house, jika saya memakan french fries adakah saya akan menjadi french atau fries?

12 comments:

Abu Irfan said...

Di Malaysia kami tidak boleh menari beramai2 begitu. Kerana ini negara Islam contoh. Cuma, jika mahu juga menari, kami boleh ke kelab2 malam di ibu kota, menarilah kami sepuas2nya dengan arak, syabu, dan perempuan2 jalang. Kerana ketika menceritakan perihal betapa Islamnya Malaysia, tempat2 seperti ini akan ditiadakan di dalam peta. Sekian, terima kasih.

Leyla Shuri said...

Sunday morning, I got up and read from you, "dr in the house, jika saya memakan french fries adakah saya akan menjadi french atau fries?"
I laugh guling-guling and tumpah some hot milk tea on my lap!

dith said...

Saya yakin, bila kita menari, ada sejenis hormone bernama pheromone dikelaurkan dgn banyak dan hormone inilah yang memberi rasa 'high' itu. Contohnya selepas senam aerobic saya mesti rasa happy and satisfied plus elated. So itu adalah cara Allah reward badan kita setelah penat exercise.

AJ, kalau you makan French Fries persistently in large sinful amount, you'll neither be French nor Fried but you'll end up all 'puffed' up just like Idaho Potatoes and worst still, with clogged up coronary arteries...you are definitely what you eat!!!:))

Jannah said...

Tuan Doctor, hormon itu bernama Endorphins. Boleh dikeluarkan dengan bersenam, tak pun melalui hubungan seks yang hebat.

Pheromone ialah sejenis bau badan yang dirembeskan untuk memikat members of the opposite sex. Tu pasal pompuan separuh bogel tu duk bergesel dengan Abang AJ saya.

Kamu tu AJ seronok, seronok jugak, jangan lupa anak bini kat rumah sudah la yek?

dith said...

Masyallah, silap term pulak. Thank you Jannah for pointing out. Hari ni otak jam sikit.:))

Jannah said...

Takde problem Doc, lagipun dah terjadi habit betulkan terms ni. Saya bila besar nak jadi cikgu :)

jamrihusen said...

tulisan tuan telah menyebabkan saya menulis satu puisi.

Unsunghero said...

...kau sungguh hebat AJ. dalam akhbar tempatan hari ini dr. rais yatim mengesyorkan para suami isteri berjoget untuk membebaskan diri daripada sebarang bentuk ketegangan harian. Kebetulan barangkali, tetapi memang tulisan kau mengenai menari diterbitkan tepat pada masanya seolah-olah menyokong saranan tuan menteri kita. sama ada dr rais mengemukakan idea itu selepas membaca blog kau atau sememangnya kau manusia yang mendahului pemikiran orang lain ;)

sinaganaga said...

Lain kali. Kalau menari. Dengan perempuan-perempuan. Separuh bogel. - AJAK AKU SEKALI!!!!

Anonymous said...

Best regards from NY!
» » »

Anonymous said...

Excellent, love it! » »

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! Organize and deleted unnecessary files Choice gambling marketing site Bextra 20 mg umaxppc Free dvd players for nt4 Privacy spyware protection