Friday, September 23, 2005

benar

Didalam dunia ini, hanya dua jenis manusia yang tidak di benarkan memakan daging babi, Islam dan Yahudi. Mengapa? Siapa tahu sebab sebenar larangan memakan daging babi kepada umat Islam?

Jika di lihat dari mulanya, larangan memakan babi ini ada kena mengena dengan peristiwa yang berlaku di atas bahtera Nabi Noh. Semua binatang yang ada di dalam bahtera tersebut di larang dari melakukan hubungan jenis. Larangan ini tidak di endahkan oleh sang babi dan juga sang anjing. Adakah ini punca larangan tersebut?

Semua orang tahu tentang bagaimana daging babi di penuhi oleh kuman-kuman yang walau di masak selama mana sekali pun tidak akan mati. Tetapi apakah musibah yang di bawa oleh kuman-kuman ini? Mengapa tidak ada keputusan tentang penyakit yang di akibatkan oleh kuman-kuman yang terdapat di dalam daging babi?

Apakah larangan memakan daging babi ini hanya sebagai penanda ketaatan? Mungkin benar kata mereka-mereka yang melantak daging babi iaitu ianya adalah daging yang paling lazat di dunia. Kita di larang dari memakannya hanya kerana Tuhan mahu menguji kita.

Ustad-ustad selalu bercerita tentang bagaiman nanti di sorga kita di bolehkan meminum arak setelah di larang berbuat demikian di dunia ini, pernah dengar ustad-ustad bercerita tentang jamuan babi panggang di sorga nanti?

Dan akhir sekali mengapa orang (yang mengaku) Islam yang meminum arak merasa amat jijik untuk memakan babi?

babi oh babi,
mengapa engkau babi?

5 comments:

Leyla Shuri said...

AJ,

Ini lelahiro, saya ada nampak AJ sekali-sekala masuk laman haiku. Jadi AJ dah kenal dengan lelahiro.

Saya selalu baca entry AJ.
Your entries are very controversial, inspiring, emotional, debatable.
I admire your daringness, your upfrontness, your bravity in writing such controversial issues.

I relate deeply to some of the issues but I cannot make any comments because I have not guts, I am afraid of what people think of me, I am want to show people the kind of nice person I am not.
I have no guts like you.
Dengan iklas, you are good brader.
Respek tabik spring...hait, hait, hait!

dith said...

You are what you eat. Kalau tengok perangai babi memang tidak senonoh. Jalan tidak hiraukan orang pakai langar saja dan sondol. Babi memang haiwan yang kotor. Sebab tu kalau bilik kita kotor, orang akan samakan dgn pig's sty. Kalau kita perhatikan manusia sekeliling terutama yang makan babi, perangainya lebih kurang: couldnt be bothered attitude, samseng jalanraya. tak hormat orang lain....you are definitely what you eat!

Leyla Shuri said...

sori, ah...ada dua salah grammer kat komen tu, tulis tak check...terus klik send.

Angah said...

jaman aku belajar kat negeri omputih dulu, aku ada sorang kawan yg disoal pasal islam dan makan babi.. sebab dia ni lebih kurang macam aku berpahaman cetek tentang islam, hanya tau mengikut tapi tak tau kenapa, maka tiadalah dia jawapan kenapa muslims tak boleh makan babi. last2 sekali dia jawab, muslims hanya boleh makan binatang yg disembelih and since babi takde leher, hence tak boleh disembelih, hence tak boleh dimakan muslims.

ok tak jawapan kawan aku tu? hahaha.. aku kagum dgn kau nina!!

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. Notary classes online Longaberger bentley United kingdom refinancing home mortgage3826 Kylie lingerie ad dental insurance procedure codes Birds and flowers http://www.filipino-bikini-girls.info discount contact lenses Trojan batteries Signs of vicodin addiction