Tuesday, December 01, 2009

tahi bintang

yang kuimpikan itu bintang

yang kuimpikan itu bintang
yang tak mungkin jatuh keribaanku
yang pasti jatuh dan tersungkur
hanyalah aku

azam/dis2009

Malang bagi kamu,ketagihan untuk mengulas datang lagi.Dan kali ini saya pilih sajak si azam. Entah siapa dia dan saya tidak peduli.

Sajak ini memang layak dijadikan tema dan maksud hidup bangsa melayu malaya. Sajak ini mengumpul semua lagu melayu dari tahun 30an sehingga 100 tahun dari hari ini.

Sajak ini amat baik untuk menjimatkan masa. Dengan membaca sajak ini,kamu otomatis telah membaca kebanyakkan buku fiksi melayu malaya.

Sajak ini juga merangkumi semua wayang melayu malaya. Cuma sedikit malang,sajak ini hanya memperkatakan tentang filim-filim yang diterbitkan setelah filim Azura. Filim sebelumnya langsung tidak disentuh.

Mari saya terangkan mengapa.

Semua melayu malaya cita-citanya adalah 'mencapai bintang'. Frasa mula dalam jalan mencapai impian tersebut,mereka adalah gambaran kekuatan.

yang kuimpikan itu bintang

Lihat betapa gahnya impian si azam. mahu bintang. Kamu tahu bintang? Ya,yang dilangit sana. Yang kadang lebih besar dari bulan dan kadang lebih besar dari bumi. Maka impian ini adalah sesuatu yang amat mengagumkan. Kita patut jaki kepada si azam yang mempunyai impian yang sangat tinggi. (bintang duduknya dilangit,maka impian itu digambarkan tinggi,faham?)

Perlambangan tingginya cita-cita diwakili oleh bintang adalah lamputinggi dalam karya ini. Saya suka.

Kamu jika mengenali si azam layak berbangga setelah membaca rangkap ini. Jika kamu berhenti membaca sajak ini disini, maka halal bagi kamu untuk mengadakan kenduri kendara meraikan impian agung si azam ini.

Kemudian dari itu, dia mampus. Seperti banyak melayu malaya.

Baru pasang angan-angan sudah menyerah kalah. Seperti kote yang keras sebelum ... err.. yang itu. Apabila ini berlaku, menyerah sejurus bercita-cita,kamu bukan sahaja melukankan hati kamu sendiri bahkan segala makhluk sekeliling akan menerima padahnya.

Jika kamu bergerak sedikit, maka keadaan keliling kamu akan berubah. Walau jika impian kamu tidak terlaksana walau setelah berkerja, maka layak amat kamu untuk kecewa. Walau bagaimana pun,meraikan kekecewaan adalah kebodohan mutlak.

Gerak untuk mencapai impian kamu walau selangkah telah merubah banyak perkara. Paling kurang selipar yang kamu pakai akan makin haus dan akan mengakibatkan kemungkinan pengeluaran selipar dunia akan bertambah satu pasang. Disini kamu telah menambah rezeki sekurang-kurangnya satu orang.

Malangnya, serangkap azam memasang cita-cita,tiga rangkap selangjutnya adalah perilaku ahli neraka paling bawah.Bahkah lebih dari itu kerana katanya ahli neraka paling bawah sekalipun masih berharap masuk ke sorga.

Merintih,menyerah dan berputus asa. Kerana itu saya katakan sajak ini layak menjadi katagiat seluruh umat melayu malaya. Tampal di dahi jika perlu.

yang tak mungkin jatuh keribaanku
yang pasti jatuh dan tersungkur
hanyalah aku


"yang tak mungkin,yang pasti .." belum buat lagi,tetapi sudah tahu keputusan. Samada siazam ini wali keramat ataupun bomoh sesat kerana tahu perkara yang belum berlaku. Wali keramat pun rasanya tidak tahu maka layaklah kita merumuskan yang azam adalah bomoh sesat.

Timbul keinginan dalam diri saya yang anti melayu malaya ini untuk menyarankan agar si azam ini membunuh diri bagi mengembirakan hati saya.

Bercita-cita dan bercerita mengenai cita-cita adalah bagus. Berusaha menrealisasikannya pula adalah terlebih bagus. Melainkan jika kamu dilahirkan di Kuala Lipis, ibu kamu bekas sarjan Polis. Kamu kesekolah tumpang jiran sebelah dan bercerita bila dewasa yang kamu sejak dari kecil memang bercita-cita mahukan PRADA sebagai tas tangan. Tak lojik sangat tu.Ke Kuantan tidur Hotel Tong Nam Ah,Prada.. Tapi,ialah...orang Kuala Lipis...

Kemudian merajuk bila dimarah kerana datang lambat untuk minum-minum,seperti dR. ali. Eh! dR. ali orang Raub! kamu kata. Alah,Raub,Lipis apa bezanya.Darat,kata saya.

Oh! Saya akan ke Johor Bahru Khamis ini kerana orang JB rupanya amat pandai menilai hasil seni. (uhuk!)

Sunday, November 29, 2009

dulu,siapa pun pernah muda




(musing...)

Sepatutnya,apabila engkau telah sedikit berusia,engkau adalah gambaran ketenangan. Tiada apa lagi yang mahu dikejar. Dan senyum.

Jika diusia yang semakin banyak engkau masih belum gembira,belum tenang,masih sibuk mencari itu ini,masih mahu itu ini,masih sibuk mencari dosa orang dan masih orang, bukan diri sendiri,bila?

Aduhai diri,jangan engkau menjadi malang.

Wednesday, November 25, 2009


semoga saya dan kamu di rahmati.

Tuesday, November 24, 2009

curi! curi!


siapa bikin ini lagu? tanya the goodfather.

Monday, November 16, 2009

kaya.kaya


dadah itu berbahaya. lihat kesannya pada lelaki berbaju biru itu yang memakan nasi ganja di Ipoh tempohari.


*gambar oleh muggo ise.

Friday, November 13, 2009

against the fury of dR ali


Ini dR Ali 2121,dia marah kerana saya batalkan pogram ke Ulu Dong bersama beliau untuk ke pogram dibawah.

Jika saya yang beriman ini sanggup di marah ,apa alasan kamu untuk tidak ke sana? Bisul celah kangkang?

Saturday, November 07, 2009

DiA


Ini rumah Doreen Chia


Ini lukisan saya yang mencantik-kan lagi rumah itu

Ini pereka luar dan dalam rumah Doreen Chia

Pergi kesini untuk melihat kerja DiA.
Oh! ini bukan iklan. Ini cerita tentang kawan-kawan.

Wednesday, November 04, 2009

aci menang awards dan mahu pergi cannes.ketepi tok rimau!

fadz tonton filim

Aci Baca Sajak (stdr: Abdullah Jones)

Ini adalah pilihan filem paling “standout” buat aku pada malam itu, benar-benar mengejutkan aku dari kiri dan kanan. Satu rakaman dibuat, dan penjual jalanan dan orang lalu-lalang diminta untuk membaca sebuah “prosa pendek” yang berjiwa lucah. Menggelikan, kerana mereka membacanya dengan penuh tekun dan serius (ini mungkin diminta). Abdullah mengenakan segala yang berkait dengan keselesaan dan konvensi. Persoalan aksi seks itu satu-satu hal yang terbahagi daripada agama Islam, dan bagaimana pula dengan sastera terhadapnya dikupas dalam filem ini, dengan imej-imej yang amat mempesona. Satunya, seorang lelaki membaca tekun tentang kekuatan batin, di belakangnya tersedia sacet dan iklan Kopi Janda. Seorang lelaki berkopiah membaca “nafsu seks” di belakang kubah masjid. Persoalan yang terbuka dan tertutup dalam budaya Melayu dan Islam dijajakan, turut hipokrisi yang berlaku di dalamnya (seorang pak lebai mungkin kenal akan seks yang baik, dan bercerita di warung kopi tentangnya, tetapi menyatakannya di media perdana adalah satu hal yang mungkar dan kononnya membawa maksiat). Sebuah filem yang penting dan pilihan peribadi aku buat malam itu.


Kalau saya cakap kamu kata eksyen. Hah!
Dan Fadz,tidak ada siapa yang diminta melakukan apa-apa kecuali membaca "prosa pendek" itu dan ya, mereka semua membacanya dengan tekun dan serius!
dan kamu sangat comel malam itu,nyam! nyam!

Tuesday, November 03, 2009

Sunday, November 01, 2009

Projek TAF



Pada Sabtu,14/11/09 ini,Rumah YKP di Ipoh sana akan mengadakan suatu acara mengutip bantuan untuk pelukis Amirul Fakir. Baca sini untuk keterangan lanjut.

Sementara jika kamu tidak dapat menghadirkan diri dan masih mahu membantu, cuba beli buku yang diiklankan diatas sana.Sedikit keterangan mengenai buku berkenaan ada di sisi kanan blog ini atau pergi ke sini untuk keterangan lanjut.

Pelukis atau sesiapa yang datang meminta-minta tanpa usaha dan hanya tahu memohon simpati adalah sesuatu yang saya paling tidak suka,kita adalah apa yang kita usahakan.Buat sendiri apa yang kita mahu jadi.Namun Amirul Fakir berada dalam kes yang istimewa. Apa yang berlaku kepada beliau adalah diluar kawalan dirinya. Berdoalah kebaikkan untuk beliau dan berdoa juga supaya kita tidak ditimpa kemalangan yang jatuh keatas beliau.

Salut buat semua yang terlibat dalam usaha baik ini.

Friday, October 30, 2009



my feeling exactly...

Monday, October 26, 2009

tenaga batin


"saya mahu tipu cina,encik beli,encik-lah yang kena"
-sidin atong,kampong adek-beradek,tasik banding-

"diorang dah pandai sekarang,tak macam dulu"
-tok ggawo aziman,chukai,kemaman-

1930.Satu resolusi telah diputuskan semasa mesyuarat agung cemas tok-tok batin orang asli pada tahun berkenaan.Ketika itu masyarakat orang asli seluruh Malaya mendapati keperluan wang sebagai perantara mendapatkan bekalan makanan adalah amat penting.

Oleh itu,telah diputuskan bahawa genarasi waktu itu harus berlagak bodoh supaya segala hasil hutan mereka dapat dijual mudah. Dengan harga yang murah dan lagak bodoh-bodoh alang,hasil hutan mereka mendapat tempat dikalangan semua golongan.

Tidak sedikit antara kita yang lalu-lalang di tepi lebuhraya suatu masa dahulu mencari-cari akan gerai jualan mereka. Burung dan sarang. Pokok hutan. Anak kera. Babi tunggal. Dan segala macam kerana harga mereka waktu itu jauh lebih murah dari harga pasaran.


2009. Hari ini semua orang pun merungut kerana harga yang dikenakan oleh masyarakat orang asli dikatakan melebihi harga tahun-tahun yang lepas. Seperti banyak perkara, murah dan orang asli kini hanya menjadi kenangan.

Walhal,ini adalah apa yang telah dimaktubkan dalam keputusan mesyuarat agung cemas pada 23/10/1930.Dan masyarakat orang asli tekun melaksanakannya. Perlaksanaan penuh,yakni, masyarakat orang asli akan mula masuk ke pasar-pasar dan pasaraya-pasaraya pula akan bermula pada tahun 2011.

Kita takjub apabila membaca tentang rancangan penaklukan dunia kaum Yahudi,tetapi kita tidak sedar akan rancangan perniagaan kaum asli kita sendiri.



Semua kaum didunia ada rancangan sendiri bagi memajukan diri. Hatta,bangsa bodoh Melayu juga ada rancangannya sendiri. Namun, rancangan bangsa melayu itu terkandas pada perkataan "bodoh" . Mereka rancang,dan laksanakan.Kemudian jual atau biar terbegkalai. Lihat keliling kamu, berapa banyak rancangan yang akhirnya menjadi angan-angan dan kemudian menjadi mimpi ngeri.Buku Hijau, FELDA,MARA,ASPA,MENTIGA dan seribu macam rancangan yang akhirnya hanya menjadi baju kertas Pak Kaduk. Koyak rabak.

Orang Pahang pula duduk dalam senarai paling atas manusia melayu paling bodoh di Malaya. Kemudian kamu lantik mereka menjadi ketua negara kamu. Tiba-tiba Orang Pahang menjadi sedikit cerdik dari kamu.



Sedikit tambahan. Orang Lipis Pahang sedikit lain. Semasa muda mereka adalah rebel. DIY sana,DIY sini. Punk,zine dan segala macam. Sedikit tua,mereka masuk amnu. Tidak ke gila namanya,masuk amnu bila tua. Macam tak mahu masuk sorga lagaknya mereka ini.

Wednesday, October 21, 2009

aci dan filim-filim selingan


seperti selalu,mereka selamanya mahu menumpang kepopularan saya.sigh...

Monday, October 19, 2009

dua nota kecil dari seorang orang besar

-kempen islamisasi yang dilakukan oleh ketua pemerintah yang lepas nampaknya mula memberikan kesan. contohnya; banyak bayi mula dihantar kemasjid-masjid untuk diperlihara bagi menjamin kesenambungan islamnya. sangkut dipagar,tinggal di tandas adalah tanda betapa segeranya mereka mahu bayi tersebut diberi ajaran islam yang sebenarnya (mengikut kacamata pemerintah)-rujuk berita akhbar-

kita tunggu keputusan ujian DNA bagi mengetahui keturunan mereka bagi membuktikan keberkesanan kempen satumalaya ketua pemerintah yang ini.

-kajian sains mendapati kebanyakkan lelaki (melayu) malaya berkote pendek.(rujuk kajian sains) buktinya; ketika memandu,mereka gemar mengekori kenderaan hadapan dengan sangat dekat. dalilnya; manusia berkote pendek perlu lebih mengsua-suakan kotenya.

kita tunggu keputusan kajian sains mengenai panjangpendeknya kote para pemerintah kerana mereka agak istimewa. tidak memandu sendiri dan sentiasa diiringi polis trafik.

pendapat peribadi saya adalah,mereka tidak berkote.

Saturday, October 17, 2009

basri datang kuantan

Keluar dari rehat sebentar.

Jika kamu rajin,sila ke blog ini.Atau jika kamu tidak rajin, yakni,seperti mana kamu selalu-selalu,maka,mari saya khabarkan.

Samada kamu memang pelukis atau minat melukis atau memang tidak pandai langsung melukis dan bengong terus pasal hasil seni,kamu masih berpeluang untuk menyertai pertandingan SENI UNTUK AIDS.

Mengapa kamu tanya? Saya tidak menyalahkan kamu bertanya soalan sebodoh itu.Memang resmi kamu begitu.

Jawapannya adalah kerana ini adalah satu pertandingan melukis yang paling mudah didunia. Kamu hanya perlu lukis apa sahaja yang kamu suka atau tidak. menggunakan apa sahaja media.Hatta,gambar kote kamu juga boleh kerana seperti ilmu pengetahuan am kamu yang cetek itu akan sentiasa mengisbatkan benda alah itu dengan penyakit aids.Imbas atau fotokan dan hantar ke alamat email yang tertera di blos yang dirujuk dan tunggu keputusan diumumkan.

Hantar apa sahaja. Tidak ada yuran dan kamu mungkin akan menang hadiah kedua,ketiga atau 10 hadiah saguhati. Maaf,hadiah pertama adalah milik saya kerana saya amat seni dan amat pandai melukis. Tiada yuran dikenakan dan kamu tidak perlu mengangkat punggung kemana-mana. Ya,saya tahu kamu pemalas.

Apakah saya mendapat sebarang bayaran untuk iklan ini selain dari menang tempat pertama? Tanya bodoh kamu lagi.

Tidak,jawab saya dengan amat bernas. Jadi mengapa kamu lakukan? Tanya kamu lagi. Dengan cerdik dan panas hati saya menjawab,kerana seni adalah milik setiap insan.

Tuesday, October 13, 2009

kawan yang baik adalah setanggi

"kehidupan dunia tidak lain hanya senda-gurau dan main-main.." lebih kurang maksud kata Tuhan.

Saya letih. Bermacam perkara.

Saya rehat.

Friday, October 09, 2009

snipet dan poster filim terbaik MASKARA SHORTIES



membasuh dan merawat luka akibat tohmahan

"you tau,tadikan, i keluar dengan marsli n.no! kita orang makan nasi lemak. (gambar nasi lemak disini) dia makan nasi lemak kerang dengan telur rebus. i makan nasi lemak kerang dengan kepak ayam. sampai habis kami makan. (gambar pinggan nasi lemak dan tulang kepak ayam disini).

kami bual pasal satera.pasal kencing manis. pasal terbit buku sendiri. pendek kata kami tidak buat apa-apa selain berbual. syok you!

Kalau you all nak tau,marsli n.o pakai proton saga baru! (gambar proton saga baru disini) tak sangka kan?!kaya dia kan?!

tapikan,masa tengah-tengah makan,ada kucing datang,terus i teringkat yang i belum bagi makan makanan kucing jenama mahal kat kucing i. (gambar kucing sedang makan makanan kucing jenama mahal disini)

kesian kucing i.(gambar kucing tidur disini)

satu lagi,sampai dua kali kami order minuman! tak sangka kan?!(gambar empat gelas kosong disini)

walau pun marsli n.o dah warning i supaya jangan tulis berkenaan pertemuan kami,tapi i tak kira,i nak tulis jugak!

oh! oh! lupa nak cerita. hari ini kan, i kencing tiga kali! tak sangka kan?!

hepikan bila ada blog. boleh cerita karat kat kangkang i. tak sangka kan?!esok i cerita karat kangkang you pulak.


ps: water lily,tulis sajak baru.emailkan kepada saya. insya allah saya ulas. tulis sajak umum. jangan buka kain didepan khalayak.

Tuesday, October 06, 2009

sajak paling seksi dalam dunia





sekali kamu datang runtuh bentuk kota batu.dua kali kamu hampir punah-ranah impian manusia.tiga kali kamu pergi jadi bahagia senyuman si anjing.



sekali mimpi
sekali sepi
sekali pergi
sekali rugi

dua kali bimbang
dua kali serang
dua kali girang
dua kali terang

tiga kali hitam
tiga kali pitam
tiga kali hentam
tiga kali terkam.

danielle corleone
salun eksotikata

Kembali mengulas saya. Dan kali ini saya merasa amat bangga melakukannya. Tidak pernah dalam hidup ini saya merasakan begini. Ini adalah contoh sajak yang patut dibaca oleh semua orang.Mereka yang pandai menghargai karya seni atau kamu yang bodoh-bodoh alang. Pengiat sastera nusantara atau kamu marhain yang tercengang-cengang.

Sajak ini membawa tema Satu Malaya dalam ertikata sebenar. Sesuai dengan apa yang dimahukan oleh pemerintah. Ini adalah satu lonjakkan dalam karya seni sastera negara. Bait yang digunakan adalah sesuatu yang teramat luarbiasa. Tidak menghairan jika ada usaha yang benar dan dengan rasuah yang paling minima dalam sejarah manusia, sajak ini wajip pasti jika diajukan kepada badan anugerah Nobel,tanpa sebarang syak,ianya akan mengondol semua katagori hadiah berprestige tersebut. Baik katagori kejuruteraan,sians dan apatah lagi katagori sastera.

Semua terkandung dalam sajak ini. Rangka ayatnya jika kamu mahu melihat adalah carabagaimana membina struktur bangunan tinggi. Tanda dan titik setiap huruf pula adalah helah bagaimana untuk mengembalikan muda perempuan-perempuan yang telah terhenti pengaliran darah kotornya dan ianya cukup lengkap dengan ritma-ritma yang jika kamu punya hati yang rapuh, akan mengalirkan airmata tanpa henti sehingga buta!



Jika gelaran Tun dirizabkan hanya kepada pemimpin negara,maka dengan tertulisnya sajak ini, roboh sudah jurang elitis politik dan para hamba yang payah mencari makan.

Lihat saja bait-bait dari perenggan pertama;

sekali mimpi/sekali sepi/sekali pergi/sekali rugi*

Jika ini bukan membawa erti perpaduan semua kaum dalam Malaya, maka saya rela dilucutkan kewarganegaraan. Sungguh indah bait-bait yang menceritakan betapa setiap pagi,selesai menggsok gigi, kaum melayu,cina,india,serani,kadazan,murut,jakun (sekadar menyebut beberapa kaum) akan segera keluar dari rumah untuk mencari jiran berbangsa lain untuk dicium pipinya. Selesai dicium pipi,maka mereka bepimpin tangan terus ke kedai kopi untuk bersarapan. Si melayu akan segera memesan yee sang. Si cina pula sibuk meminta bubur lambuk dan si india pula memesan ulat sagu.

Apakah yang lebih Malaya dari ini? Dibumi mana boleh kamu dapati keharmonian hidup yang begini?

Syabbas kepada penulis sajak ini. Beliau dapat mengambarkan betapa keharmonian sejati,tanpa pura-pura,seluruh rakyat Malaya. Jika ini bukan cinta maka saya rela berbapa tiri dan diperkosa dia.

Jika perenggan pertama tadi membuatkan saya magang,maka perenggan kedua terus membawa saya kepuncak syahwat. Cuba baca dan katakan kepada saya kamu tidak setuju bila saya katakan ini adalah bait puisi yang membuatkan bulu tengkuk kamu meremang. Tekak kamu berasa kering dan seluruh tubuh kamu mengelitik kepuasan.

dua kali bimbang/dua kali serang/dua kali girang/dua kali terang

Disini penulis menulis dengan penuh ikhlas tentang betapa pemimpin yang ada hari ini,tanpa mengira partai, adalah manusia paling istimewa yang dilahirkan kepada manusia dan ini adalah fakta. Bukan hasil dari khayalan,rekaan atau cubaan membelai jiwa pemimpin.

Pemerhatian penulis sajak ini dikuatkan lagi dengan laporan segala media di negara murah rezeki ini. Betul,merendah diri adalah bagus, namun apakah yang dapat menghalang dari kebenaran yang nyata dari timbul dalam keharmonian hidup berbagai rupa dan warna kulit negara terang budi ini?

Lupakan gagasan yang mahu dicapai oleh Obama,kita disini adalah contoh,suri teladan yang seharusnya diikuti seluruh penduduk dunia.

Perenggan ketiga pula membuatkan kita seperti setengaqh gila. Dalam maksud yang baik.Betapa bertuah rakyat negara cinta ini digarap dengan baik oleh penulis menerusi bait-bait;

tiga kali hitam/tiga kali pitam/tiga kali hentam/tiga kali pitam

Nikmat angin yang kita hirup hari ini adalah akibat perihatinnya pemimpin negara terhadap kesihatan akal dan fikir,jasad dan roh hamba rakyat negara. Ibarat singa yang garang kepada semua kecuali anak-anaknya. Dan ianya diberikan percuma! Tiada caj tersorok. Semua pun bebas menghirupnya tanpa sekatan bangsa.

Jika ini buka haksamarata,maka saya rela menikah dengan nenek yang paling tua dalam Malaya.

Rakyat dilindung dari apa juga kemusnahan. Lihat betapa negara lain dirundung malang akibat jahatnta pemimpin mereka. Kita adalah bukti pimpinan yang syumul. Yang walaupun belum sampai,namun amat dekat dengan apa yang diperintah Tuhan.

Ini adalah kenikmatan peringkat paling tinggi. Ini adalah aras paling atas dibangunan paling tinggi. Dan siapa yang dapat menafikan doa-doa yang dipanjatkan dimenara paling hampir dengan awan?

Syabbas sekali lagi kepada penulis sajak ini dan saya tanpa ragu-ragu mencadangkan bait-bait sajak ini dijadikan lirik lagu kebangsaan kita yang baru.

Bambu renchong? bah! itu hanya cukngkil gigi kami!


*penulis sajak menyebut semua bangsa yang ada dalam Malaya di perenggan ini.


Saturday, October 03, 2009

umbutnyu

Sekarang ini musim rumah terbuka dan kenduri nikah kahwin dan entah dimana silapnya,kamu jadi ada otoriti dalam hal-ehwal jemput menjemput tetamu lalu kamu tahu antara menu yang akan dihidangkan termasuk gulai lemak umbut kelapa dan/atau acar umbut kelapa,maka sayugia-lah kamu menjemput saya kerana saya amat sudi untuk hadir tanpa mengira diceruk mana jamuan itu bakal diadakan,termasuk kamu yang berada di Borneo sana.

Sunday, September 27, 2009

shalom

Assalaumaikoum jawabnya wa alai kumus salam. Apa Khabar jawabnya khabar baik. Salam satu Malaya mahu jawab apa?

Tuesday, September 22, 2009

balik raya

Friday, September 18, 2009

kad tanpa setem






ps;
-maaf zahir batin.
-baca ini untuk menambah kelazatan rendang raya kamu.

Thursday, September 17, 2009

the exhibitionist

Starting today, three of my works i.e 1. A Chance Meeting With Awang Damit At Losong Museum,2. The Rahmat Haron Exprience and 3. Kuala Lumpur Revisited will be displayed at RA Fine Art Gallery till the 6th of October 2009.

All are invited.


ps: bring money.

Wednesday, September 16, 2009

officially stupid

It's official! Lotus is back in Formula 1,with backing from Malaysia.

Remember the Lotus F1 Team entry that tried to make it into next year’s Formula 1 gird? Well, we have news that the FIA has given the green light to the entry, since there is a vacant spot as BMW announced its departure. However, the team will carry a different name:
1Malaysia F1 Team, since the team will be backed by the Malaysian Government and a group of Malaysian investors. For the record, Lotus is owned by Malaysian auto maker, Proton. However, some reports indicate that the team will be called Lotus F1 Team.

- http://www.icars.sg/-

It's official!The government really do think that we are the stupid-est bunch of people on the planet.Hurrah for Rakyat Didahulukan! @!#%!!

Sunday, September 13, 2009

kampong kubang buaya

Bukir menyorok dibawah tangga rumah saya. Api sedang ralit mengigit atap nipah rumah Ann. Mok sudah bising menyuruh orang ramai kerumah kami. Menyambung getah kepaip. Dua tiga lelaki gagah sedang berupaya menaikkan air dari perigi.

Rumah Ann berjiran dengan rumah kami. Rumah kami ada air paip besi. Telaga terletak agak jauh dari tempat kejadian.Selain rumah kami,rumah Haji Jilah juga ada air paip besi. Rumah lain masih mengunakan air dari telaga kerajaan. Sebelah telaga,ada jamban kerajaan.Apek mengangkat najis dari jamban kerajaan tidak kelihatan. Memang patut pun dia tidak kelihatan kerana kejadian berlaku awal malam. Dia biasanya memulakan tugas diawal pagi.Rumah Igi dan Pa sebelah jamban kerajaan.

Kadang saya terserempak dengan dia ketika mahu keluar dari rumah untuk kesekolah. Apek mengangkat najis.Bukan Pa dan Igi.

Sebelah rumah Ann,rumah Man MMK. Kelab musik teruna telajak. Man MMK pakar arkodian. Amran main gitar. Gege ketuk meja. Jantan Tiup saksefon. Saya budak-budak lagi jadi saya goncang kotak mancis. Macam marakas.

"mana Bukir? mana Bukir?" jerit Bah Salim. Matanya sudah merah. Dalam kampung kami tidak ada budak yang tidak pernah ditempeleng oleh beliau. Dia imam surau kami. Garang teramat. Bukir anak dia yang entah keberapa saya lupa. Anak Bah Salim enambelas orang semuanya. Jadi ada sedikit masalah bagi kami untuk meletakkan yang itu nombor berapa,yang ini nombor berapa.

Sayup-sayup kedengaran siren bomba. Van minyak Afiat yang jurujualnya menumpang tidur dirumah Man MMK sudah dialihkan jauh. Bimbang terbakar sama dengan rumah Ann.

Selepas tarawih tadi, Bukir,Rae dan Burhan galak bermain bunga api bertangkai besi. Zaman itu,bunga api yang banyak asap seperti sekarang belum dijual di Malaya. Bukir membaling bunga api kepada Rae. Sebelum bunga api jatuh ketanah,Burhan menyepak dengan kaki ayamnya. Dia ketawa sakit. Bunga api jatuh ke atap rumah Ann dan marak.

Rae dan Burhan lari entah kemana. Bukir tergamam. Panik. Saya yang dari tadi asyik memerhati,menjerit menyuruh Bukir lari. Dia masih tergamam. Saya seret dia dan membawa dia ketangga. Hajatnya ingin menyorok dia didalam rumah. Tapi dia kembali sedar dan terus melepaskan tangan saya dan lari kebawah tangga.

Bomba datang hanya untuk menyelamatkan rumah saya dan rumah Man MMK. Basah kuyup rumah kami. Rumah Ann hangus. Tinggal arang. Kak Som isteri Ann cuma diam. Ann juga diam. Entah redha entah terpidana. Waktu itu Kak Som dan Ann hanya ada Yazid,anak lelakinya yang apabila dewasa sempat menukar agama dan setelah dipujuk,kembali Islam. Alhamdulillah.

Malik dan Aisyah belum dilahirkan. Aisyah ada kembarnya. Saya lupa nama kembar Aisyah. Dia dijaga oleh kakak siAnn,Ainon Tan,ratu hindustan kampung kami.

Kak Som dan Ann orang susah. Kak Som kerja mengambil upah mencuci pakai dirumah orang. Ann waktu itu hanya mengambil upah mencucuk sate. Lima sen untuk seratus cucuk. Nge jadi tokehnya. Satenya dijual di Hotel Planet. Cukup terkenal waktu itu.

Rumah Keling Panjang sebelah pondok membuat sate Nge.

Nge hobinya memikat burung tekukur. Kawan rapatnya adah Teoh,cina yang sering masuk kampung kami menaiki motorbasikal. Letih berkayuh,dia berinjin. Malas berinjin,dia berkayuh.
Dia menyimpan motorbasikalnya dirumah Nge dan kehutan dengan kereta Datsun Nge untuk mencari burung.

Amran anak Nge selain Rohana dan Rahimah. Rohana adalah satu-satunya budak perempuan kampung kami yang belajar ke luar negara. Ke Amerika.Jadi Cikgu sekarang ini. Rahimah berjual di pasar-pasar malam.

Kereta Datsun Nge adalah bas sekolah awal kanak-kanak kampung kami. Rumah beliau adalah rumah pertama mempunyai televisyen. Panggung wayang pertama kampung kami. Tiketnya duapuluh sen sekali masuk. Beranda rumahnya tempat orang bermain terup. Bawah rumahnya adalah stadium congkak budak-budak perempuan dan budak-budak lelaki yang mula mengatal.

Aini dan Maziah gadis paling cepat dewasa dikampung kami. Darjah empat,mereka mula bercerita tentang teman lelaki.

Gege sepupu Amran. Dengar khabar Gege adalah imam masjid di kampung Padang,jalan Sungai Lembing.Jantan ipar Nge. Dia jadi tidak berapa betul setelah vespanya dilanggar orang. Dia menunggang vespa itu masa kejadian.Hari ini jika bercerita,dia adalah tokeh Pasaraya Tunas Manja,pasaraya rangkaian termaju dibandar Kuantan,bandar yang terkenal dengan bunga ke'embong ini.

Man MMK orang Serandu. Tidak berkerja waktu itu. MMk maksudnya Man Malas kerja. Hari ini Man MMK sudah lama pencen tukang kebun sekolah. Ann Pencen tukang kebun Polis dan menjadi tukang urut. Kak Som menjaga cucunya, anak arwah Malik. Malik meninggal kemalangan jalanraya bersama isterinya.

Sehari sebelum kemalangan,saya bertemu dia disebuah kedai makan. Dia gembira,saya pun sama. Lama benar kami tidak bertemu. Dia berkeras mahu membayar. Dia juga orang susah seperti ibubapanya. Saya tidak sampai hati untuk menerima namun dia terus juga mahu membayar dan saya biarkan.

Macam Lan,gitaris kugiran Massa yang terkenal dengan lagu "patahnya sayap malam", yang meninggal kemalangan jalanraya setelah sebulan meminta kopiah yang saya pakai waktu itu."aku jadi rajin sembahyang lepas pakai kopiah tu" kata dia seminggu sebelum dilanggar orang.

Sedikit peringatan,jangan minta kopiah,atau sekarang topi dan jangan berkeras mahu membayar minum saya jika tidak mahu mati awal.

Burhan dan Rae adik kepada Bukir. Bah Salim meninggal setelah pencen askar. Bukir berhenti kerja dengan Bank Islam untuk menjadi kontraktor. Burhan dan Rae tokeh balak hari ini.

Haji Jilah meninggal lama dulu. Dia tidak ada anak lelaki.Keling Panjang entah dimana. Saya menjadi pelanggan tetap kedai gunting STYLE CUT Keling Panjang sehingga tingkatan lima.

Kampung kami hari ini adalah himpunan rumah usang dicelah-celah perumahan berharga berjuta ringgit. Tanah keluarga saya masih dimiliki keluarga saya. Satu lagi tanah yang masih kekal milik adalah tanah Haji Lohri,satu-satunya penoreh getah dikampung kami. Entah dimana getah yang ditorehnya tidak pula saya ketahui tapi dihadapan rumahnya memang ada rumah asap. Tempat dia melayur getah setiap hari.

Disekeliling kampung kami memang ada kebun getah,namun semua milik cina. Dihujung kebun getah dikampung kami,tinggal keluarga Machiku, polis cina yang dua anaknya,Ah Boon dan satu lagi saya lupa nama masuk melayu. Jika kamu mendengar mereka sekeluarga berbahasa melayu tanpa melihat siapa yang bercakap,nescaya kamu tanpa prajudis menyangka mereka melayu benar. Mok Lan adalah gadis yang membuahkan cita-cita saya untuk menikah dengan perempuan cina.Alas...

Igi bertugas di Jabatan Hasil Dalam Negeri. Pa entah kemana. Nama sering disebut,orangnya hilang begitu saja. Aini membuka warung di kampung kami hari ini. Warungnya terkenal dengan sate. Sepatutnya kerana emaknya,Wak Jenon adalah pengaul rempah sate jualan Nge. Jika kamu dalam perjalanan ke Telok Chempedak,sampai disimpang Kampong Selamat yang ada pasaraya Pantai Selamat,sila singgah ke warung Aini yang terletak dihadapan pasaraya tersebut.Disebelah kedai runcit cina di Jalan Kubang Buaya. Barangkali Datin Huda tahu tempatnya. Aini sudah gemok sekarang.Maziah entah kemana.

Mok pula jika tidak asyik dengan pokok bunga disekeliling rumah akan berehat dirumah Rose,adik saya yang tinggi tak tentu hala.

Disekolah,Timothy Kumar menulis dibukunya yang saya adalah kawan rapatnya. Woon Chee Meng pula mengajar saya supaya melukis dengan lebih baik. Albert Lim mahu menjadi Little John. Edward Lim pula mahu menjadi Leftenan Hanley. Saya senyap-senyap mahu menjadi Kirby.

Kesian Albert,kukunya dipotong oleh Cikgu Heng Gee Nam walhal waktu itu dia belajar gitar klasik.

Aikkk!! Jadi cerita SatuMalaya pulak dah cerita ni..Kuat benar berkesannya kempen kerajaan Malaya!

Selamat Hari Raya semua. Maaf zahir dan bathin.

Saturday, September 12, 2009

ini budaya kita



Jadi,apa yang kita pelajari dari gambar-gambar diatas? Sudah barang tentu ianya adalah;
1. Dengan berjuta rakyat,Indonesia tidak mempunyai skuad FRU.
2. Gas Pemedih Mata tidak ada dalam perbendaharan kata penguasa Indonesia.
3. Tunjuk perasan (aman) adalah budaya Indonesia.

Maka,sayugia disarankan kerajaan Malaya mendaftarkan skuad FRU dan Gas Pemedih Mata sebagai hak mutlak budaya dan kesenian orang Malaya dengan seberapa segera yang boleh agar tidak timbul konflik dikemudian hari.

Mujur kerajaan Malaya pantas bertindak dengan mengatakan apa juga acara luahan hati rakyat bukan budaya kita. Maafkan ketelanjuran saya dalam tulisan lepas yang mengatakan kerajaan Malaya adalah bodoh.

Thursday, September 10, 2009

Tuesday, September 08, 2009

membenarkan kebodohan

1.

Melayu bodoh.Cina bodoh.India bodoh.Sikh bodoh. Jakun,senoi,negrito bodoh.Kadazan,melanau,dusun bodoh.

Rakyat Malaya ini semuanya bodoh.Maka dengan sebab itu mereka adalah bingai yang rela dibodohkan.

Jika semalam mereka marah harga apa juga melonjak naik,hari ini mereka jadi aman dengan apa juga penjelasan pihak berwajip.

Asal perayaan mendatang,kepala babi dan ekor lembu pun naik harga. Kata pemerintah kerana permintaan tinggi. Mereka angguk dan taat membeli kepala babi dan ekor lembu.

Bagi apa juga alasan kepada mereka. Katakan apa sahaja,mereka akan terima.

Mereka tidak ada kepandaian untuk berpakat.Mereka jadi seperti kerbau yang dengan rela memberi tumpang lintah yang sedikit demi sedikit menghisap darah dikelopak mata.

Lintah setelah kenyang bergolek jatuh sambil ketawa menunggu lapar datang lagi.

Lalu boleh benar kamu samakan rakyat Malaya ini sebagai buah kepada kote. Terhayun-hayun mengikut alunan batang kote.Hanya menjadi tempat menyimpan mani yang kemudiannya dimuntahkan oleh kote.Menjadi benih dan menzuriatkan baka bodoh selanjutnya.

Malaya..harkhhhh! ptuiii!!

2.

Pelakon dan penyanyi,bila tua,sakit dan miskin mula meminta derma. Minta simpati. Sekarang,beritahu saya mana budi mereka yang melayakkan mereka datang merayu. Apa istimewa mereka sehingga kita perlu mengorek poket membantu mereka selain kerana kemanusiaan?

Semasa muda terkinja-kinja.Terkangkang-kangkang. Sesudah tua mohon simpati?

Pergi kawin datuk-la. Bodoh!

Sumbangan kepada seni? harkkk!! ptuiii!!

Sunday, September 06, 2009

belum ada judul


-kadang-kadang datang fikiran jahat yang mahukan semua wakil-wakil rakyat meninggal dunia sekaligus supaya diadakan semula pemilihan.

-hanya kerajaan yang dungu menganggap semua pengkritik adalah pembangkang.

-kerajaan malaya adalah kerajaan dungu.

-ini hanya luahan seorang yang bosan dengan politik otak lembu bumi malaya, jangan kamu ambil peduli.

Wednesday, September 02, 2009

poja



dalam kepala lembu
ada otak kamu

Saturday, August 29, 2009

lorong haji abdul rahman

Blog ini menguatkan lagi alasan supaya saya malas berblog.Dan,eh! kata orang kartun saya masuk Harakah! Kamu ada gambarnya?

Wednesday, August 26, 2009

apolitical me



-akibat jimadie tulis disini, gambar ini glamour dimana-mana.
- dan Jonos kata;,kalau nak beli boleh hubungi 03-2272 4045 atau emel gedungkartun@gmail.com. sangat terhad.

Monday, August 24, 2009

tun tengok kote




-masih kacak seperti dulu kamu,kata tun kepada saya setelah melihat kote pak kaduk.kami kawan lama.




Friday, August 21, 2009

membeli cerdik



kamu tentu lebih rela menghabiskan banyak wang membeli kerusi meja kayu jati dan menambah pintu dan tingkap dan pagar rumah dari membeli lukisan saya.Kamu kedekut yang tidak bijak berbelanja.kamu tidak menghargai intelektualiti tempatan (uhuk)jika ianya berharga lebih empat ringgit.yusuf taiyop.

maka hari ini mereka keluarkan sebuah karya yang sedikit lebih cerdik dari kamu dan dijual dengan harga yang setara dengan persetujuan minda kamu untuk membeli pelajaran.yusuf taiyop.

ada dua lukisan saya didalam nya. empat ringgit untuk dua lukisan abdullahjones? melampau benar kebodohan kamu semua.yusof taiyop.

Sunday, August 16, 2009

berita kilat

Sebelum pecah cerita, sebelum heboh satu negara,bukan kerana mohon simpati,bukan pula kerana mahu menagih rasa belas kamu semua,ianya hanya sebagai satu makluman,maka saya dengan ini mengumumkan yang saya sebenarnya menderitai penyakit Parkison.

Lalu sebagai seorang yang menderita sakit, saya amat kecewa apabila ditertawakan.Dan mereka mengugut untuk menghebahkan penderitaan saya di youtube dalam masa dua-tiga hari ini. sigh...


senyumku tak seghairah
gerak gaya tidak selincah
mataku tak seayu
kicau burung pun tak semerdu

namun ku punya hati
juga gayaku perasaan
hidupku yang begini
kadar waktu diizin Tuhan

tidak ku minta
lahir ke dunia
tidak kuduga
cacat begini

bukan kuminta
kasih dan manja
bukan ku rayu bantu simpati

maafkan wahai teman
ku menumpang di sudut dunia
mencari ketenangan
sampai masa ku pergi jua


baca disini dan sini untuk cerita lanjut.

Sunday, August 09, 2009

taman paramount

1.'kami pijak kepala bapak kamu,kalau berani pijak-lah kepala bapak kami' cabar amnujoho kepada politikus yang anu-anu.

2. 'jadi bodoh begini politikus malaya' kata saya.

3. buku Sajak Sajak Suci sudah tiada dalam pasaran.jika kamu mahu buat salinan foto,beri percuma atau jual, silakan.

4.jangan minta saya buat salinan foto untuk kamu. kamu semua adalah hina.

5. jika kamu cetak kembali buku itu dan beri percuma atau jual,saya pijak kepala bapak kamu.

6.mula kumpul duit. buku kedua saya sangat mahal.

Friday, August 07, 2009

pulang sudah si burung merak




sajak pertemuan mahasiswa

matahari terbit pagi ini
mencium bau kencing orok di kaki langit
melihat kali coklat menjalar ke lautan
dan mendengar dengung di dalam hutan

lalu kini ia dua penggalah tingginya
dan ia menjadi saksi kita berkumpul disini
memeriksa keadaan

kita bertanya :
kenapa maksud baik tidak selalu berguna
kenapa maksud baik dan maksud baik bisa berlaga
orang berkata : "kami ada maksud baik"
dan kita bertanya : "maksud baik untuk siapa ?"

ya !
ada yang jaya, ada yang terhina
ada yang bersenjata, ada yang terluka
ada yang duduk, ada yang diduduki
ada yang berlimpah, ada yang terkuras
dan kita disini bertanya :
"maksud baik saudara untuk siapa ?
saudara berdiri di pihak yang mana ?"

kenapa maksud baik dilakukan
tetapi makin banyak petani kehilangan tanahnya
tanah - tanah di gunung telah dimiliki orang - orang kota
perkebunan yang luas
hanya menguntungkan segolongan kecil saja
alat - alat kemajuan yang diimpor
tidak cocok untuk petani yang sempit tanahnya

tentu, kita bertanya :
"lantas maksud baik saudara untuk siapa ?"
sekarang matahari semakin tinggi
lalu akan bertahta juga di atas puncak kepala
dan di dalam udara yang panas kita juga bertanya :
kita ini dididik untuk memihak yang mana ?
ilmu - ilmu diajarkan disini
akan menjadi alat pembebasan
ataukah alat penindasan ?

sebentar lagi matahari akan tenggelam
malam akan tiba
cicak - cicak berbunyi di tembok
dan rembulan berlayar
tetapi pertanyaan kita tidak akan mereda
akan hidup di dalam mimpi
akan tumbuh di kebon belakang

dan esok hari
matahari akan terbit kembali
sementara hari baru menjelma
pertanyaan - pertanyaan kita menjadi hutan
atau masuk ke sungai
menjadi ombak di samodra

di bawah matahari ini kita bertanya :
ada yang menangis, ada yang mendera
ada yang habis, ada yang mengikis
dan maksud baik kita
berdiri di pihak yang mana !

(jakarta, 1 desember 1977)

rendra 1935-2009




terima kasih om.

Wednesday, August 05, 2009

politikus marsli n.o




'Marsli patut dihukum bunuh...' tulis saya dulu mengenai kulit bukunya. Maka dengan itu,saya telah melibatkan diri dengan buku beliau.

Dengan gatal mulutnya saya menawarkan diri semasa beliau berkunjung ke studio untuk membuatkan kulit buku yang baru untuk beliau dan beliau terima.

Nah! itulah hasilnya. Kulit buku pertama saya. Dibuat dengan bantuan grafik Abdullah 'acai' Hamdan,seorang pelukis yang jika serius,boleh jadi amat terkenal.

Oh! Marsli sendiri belum melihat gubahan ini. Entah suka entah tidak.

Apa macam? Kamu rasa Sinaga-naga akan bunuh dirikah? Dan.ya! Puan Ainon PTS,saya juga menerima tempahan untuk gubahan kulit buku. Harga boleh dibincangkan.


ps: untuk membeli buku Marsli,sila klik iklan disebelah.
dan terlupa saya mahu memberi tahu yang hanimomo mengajar saya bagaimana menukar file adobe ke jpeg. terima kasih hanimomo.

dan lagi baca tentang hebatnya javidnamah,namah ye,bukan niamah disini.

Wednesday, July 29, 2009

belangsungkawan

Walaupun tahu akan dianugerahkan gelaran TUN sesudah mati, namun ada juga keinginan untuk tahu apa agaknya kata kamu setelah saya tiada lagi.

Cuba kamu bayangkan yang saya mati semalam dan tuliskan kata-kata manis yang biasa kamu tulis sempena kematian penulis,pelukis dan bakal (uhuk) pengarah filim pendek terbaik abad ini.

Bukan apa,bimbang kamu tidak sempat menulisnya kerana manusia tidak berguna kepada agama,bangsa dan negara seperti kamu tentu tidak hidup lama. Membazir tanpa sebarang sumbangan baik dimatikan.

Dan jika kamu adalah dr.ali atau abu yusof,kamu tentu ada banyak kebaikkan yang mahu diceritakan mengenai saya. haha.

Lalu saya terbayang 'kegembiraan' bonda siti zainon ismail apabila diperkenalkan kepada saya.Mungkin kegembiraan itu sebenarnya milik saya.

Monday, July 27, 2009

min yang lagi satu

walaupun banyak yang saya tidak setuju dengan beliau,saya menghormati kelainan yang beliau tonjolkan.seorang idealist yang mencuba. salut.

selamat pulang yasmin.

Friday, July 24, 2009

kalau tuan ke copenhagen


Dua tiga minggu ni aku sebenarnya sibuk dengan persediaan pameran di Denmark. Amir Zainorin melalui kolektif JAMBATAN yang baru dibinanya telah mengundang aku sebagai kurator. Pameran diberi nama UN-CUT:Malaysian Paintings ini diadakan sempena Malaysian Arts Festival UN-CUT09, sebuah acara seni budaya yang dicetuskan Amir. Selain pameran lukisan, putaran video seni koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (Kamal Sabran, Sharon Chin, Hayati Mokhtar, Vincent Leong, Masnoor Ramli, Wong Hoy Cheong dll) serta beberapa short-film (Kamal Ariffin, Fadly Sabran dll) akan dijalankan. Kegiatan lain yang bakal diisi adalah persembahan wayang kulit oleh tok dalang Rahimidin Zahari, gerakteater fizikal Aida Redza, persembahan muzik Fathullah Luqman dan kegiatan bengkel seni. Tabik spring kepada Amir yang mempunyai semangat begitu tinggi walaupun dalam keadaan terbatas, demi untuk memperkenalkan seni dan budaya Malaysia ke Denmark! Harapan kami agar acara ini akan menjadi wahana yang menjambatani kedua negara. Terimakasih juga kepada Balai Seni Lukis Negara yang menaja penerbangan tiga pelukis yang mengambil bahagian iaitu Fathullah(Nyala Art), Ruzekki Harris(Studio Sebijipadi) dan Zulkiflee (Dikalajingga). Harapan kami agar projek seni kontemporari yang dirancang lebih besar pada tahun hadapan akan dapat melibatkan lebih banyak pihak dan penaja.(Yang ini baru acah-acah aje.. hehe)

Antara pelukis lain yang mengisi pameran UN-CUT: Malaysian Paintings adalah seperti Samsudin aka Buden, Suddin Lappo, A.Samad Said, Melissa Lin, Haslin Ismail, Nurazmal Yussof, Khairina Khairuddin, Rahmat Haron dan Abdullah Jones. Acara perasmian di Galeri Shambala, Copenhagen akan disempurnakan pada 7 Ogos 2009 oleh Duta Malaysia ke Sweden, HE Dato' Kamarudin Mustafa. Insyaallah. Wish us all luck!

*ini tulisan yang dicuplik dari blog hanim.


mengada-gada/cetakan digital/3.5'x3.5'

*ini karya yang dipamerkan disana.

Tuesday, July 14, 2009

union garden

Ada kawan datang. Katanya dia tahu rahsia tarikh lahir. Selepas dicampur ditolak dibahagi lalu ditambah kuasa dua,dia dapat nombor sembilan.Dengan wajah yang sangat terperanjat dan seakan-akan mahu tunduk menyembah, mengatakan saya ini seorang yang sangat hebat. Saya tahan dia dari kufur dan angguk bosan. Ini rahsia umum, semua orang pun tahu.

Sebenarnya,saya sendiri ada pelbagai kepandaian yang sebegitu dan salah satu kepandaian majis saya adalah membaca peri dan tingkahlaku manusia dan kadang-kadang haiwan.Atau hari ini disebut sebagai psaikologi tingkah manusia.Sebelum itu,izinkan saya menyimpang sedikit.

Lama dulu, saya ada mempelajari satu ilmu bilamana melihat bayi,maka akan tahulah saya apa posisi dan adegan kegemaran ibubapa mereka dalam usaha mereka mendapatkan bayi tersebut. Ilmu ini saya tinggalkan setelah ramai sahabat yang menjauhkan bayi mereka dari saya.Maklumlah,saya sukakan kanak-kanak dan menjadi amat sedih apabila bayi yang comel itu dianjak jauh.

Namun kadang-kala,ada juga masa datang lintasan apabila terlihat bayi yang dikendong sesiapa. Jadi jika kamu berbayi,maka sayugialah kamu jauhkan dari saya. Bimbang saya terbahak-bahak sendiri dan dianggap kurang limabelas sen oleh kamu yang senantiasa menuduh-melulu akan saya ini.

Berdoalah agar kamu tidak dibebankan dengan perbagai kepandaian,seperti saya.Hidup kamu akan menjadi aman. Kamu hanya perlu makan,berkelamin dan meneka-neka siapa juara pertangingan rupa berseli nyanyian di televisyen.Cukup bulan maka beraraklah kamu membayar bil televisyen kabel yang hari ini kamu anggap wajip ada.Jatuh nombor dua setelah ubat tegang kamu dan ubat ketat isteri-isteri kamu agak saya.

Balik kepada perihal majisnya saya.

Disini ingin saya kongsikan ilmu tersebut,yakni,ilmu membaca peri dan tingkahlaku manusia dan kadang-kadang haiwan.Apalah ertinya berilmu jika tidak dikongsi bersama.Kita tidak mahu menjadi salur air yang tersumbat. Tidak memberi manafaat kepada sesiapa.

Ia amat mudah sebenarnya. Hanya dengan melihat tindakkan dalam kehidupan harian seseorang, kamu akan mengetahui jenis apakah mereka-mereka disekeliling kamu.

Baca betul-betul baris demi baris ayat dibawah kerana ianya mengandungi mesej tersirat yang amat sarat dengan nasihat dan panduan menjadi manusia. Dan setelah saya mati nanti,maka hebahkan tulisan ini sebagai magnum opus saya.Tulisan ini juga saya tujukan khusus kepada dr. ali yang katanya rajin membaca tulisan disini. Kepada beliau saya katakan, kamu memang bijak membuat pilihan. Syabbas!

Mari kita mulakan;

Jika kamu menunggang motosikal atau kereta dan terus memandu walau lampu isyarat adalah merah,maka kamu adalah babi.Jika kamu bermotosikal dan berlumba dijalan awam,maka kamu adalah babi.Jika kamu adalah pemakan rasuah,maka kamu adalah babi. Jika kamu taukeh atau pelayan restoran dan tidak senyum melayan pelanggan,maka kamu adalah babi.Jika kamu pemimpin negara atau negeri dan kamu menipu rakyat,maka kamu adalah babi.Jika kamu merogol anak sendiri atau anak orang lain,maka kamu adalah babi.Jika kamu berzina,maka kamu adalah babi.Jika kamu meragut samaada menyebabkan kematian atau tidak,maka kamu adalah babi.

Jika kamu melakukan aksi lucah dan merakamkannya lalu disebar disegala media, maka kamu adalah babi. Jika kamu menangkap orang bermaksiat dan merakamkannya lalu kamu sebarkan ke merata media,maka kamu adalah babi.Jika kamu tangkap dan pukul suspek apa juga dan belum dibuktikan kesalahannya, maka kamu adalah babi.


Jika kamu kerjanya berurusan dengan manusia dan sering mengelak dari melakukan tanggungjawab ,maka kamu adalah babi.Jika kamu bertudung litup dan memakai baju dan seluar yang menampakkan segala rangka dan benjol, maka kamu adalah babi.Jika kamu membina mahligai sama dengan tunai atau pinjaman ditengah-tengah kekalutan hidup manusia yang pada kamu adalah sampah dan menjadi bualan walau pun agaknya kamu memang dipihak yang benar, maka kamu adalah babi.Jika kamu masuk ketandas awam dan tidak membersihkan betul-betul untuk kegunaan orang kemudian,maka kamu adalah babi.

Jika kamu menganggap semua yang mengkritik adalah pembangkang,maka kamu adalah babi.Dan akhir sekali,jika kamu mahu membeli lukisan,maka belilah dari gerup rajawali.

Friday, July 10, 2009

hati perempuan birah

tali satin halus.parfum jasmin dan anggur peram.kikis embun lelangit malam.empat dinding gelap.empat kaki tilam dan lampu rosak. sedut setiap zahir daki di kaki kotor. menjalari tindik pusat.
cium bibir fakir. berkongsi air liur hingga ke terowong halkum. melabuhkan titinada I Love You. visa untuk memunggah pintu kesucian.
gundik cinta... sentiasa dipincang harga.


titinada,I Love You/taf teh/dua lauk/2009

Seperti yang dijanjikan, saya mengulas sajak lagi.

Apa kamu faham apabila membaca tulisan diatas? Ops! maafkan saya. Saya lupa yang kamu semua buta seni. Pengetahuan seni kamu semuanya kamu letakkan diotak merpati.Dan merpati itu telah lama mati.

Biar saya saja-lah yang menerangkan gelap hati kamu kerana memang tujuan kejadian saya adalah untuk mencerdikkan kamu semua.

Jika kamu tidak kenal akan Taf Teh dan membaca tulisannya,maka tidak salah bagi kamu untuk menuduh Taf sebagai perempuan birah.Menulis dengan imbasan berahi tanpa ada batasan.Hingga ke satu tahap, saya akan bersetuju dengan kamu semua. Lagipun, untuk memenangi hati kamu semua,kadang-kala saya perlu menjatuhkan taraf bijaksana saya.

Saya suka bait pertama.Sungguh seksi. Namun di bait kedua, Taf nyata mahu pop dan mem-perfum-kan minyak wangi.Terlalu lama duduk dibawah Sufian Abas barangkali. (duduk secara kiasan,bukan secara literal,faham?) Mungkin beliau tidak mendengar berita betapa pemerintah telah megumumkan untuk kembali bertaubat. Berbaloi-lah agaknya penulis blog-yang-mahu menjadi-penyair-tapi-akhirnya-menjadi -penulis porno-itu -menelan asap pemedih mata tempoh hari. Kamu tahu siapa kamu.

Namun saya suka kata 'anggur peram'. Saya menganggap 'anggur peram'sebagai lamputinggi puisi ini.

kikis embun lelangit malam

Disini nyata dan terserlah biangnya penulis puisi ini. Mungkin,ops! maafkan kekhilafan kali kedua saya. Kamu memang tidak tahu maksud sebenar bait ini. Maka izinkan saya menerangkannya.

Untuk gagah,maksud saya,hmm.. payah sebenarnya untuk saya menerangkan perkara ini. Saya tidak senang dan merasa berdosa menulis patah-patah perkataan yang berbau lucah.

Namun demi nusa dan bangsa,terpaksa juga.

Gagah yang saya maksudkan adalah 'gagah lelaki'. Amalan mengambil 'embun lelangit' paling awal. Ishhh... payah benar bagi saya untuk menulis perkaraq-perkara berkait dengan kelucahan melampau. Saya malu.

Tapi demi kebangkitan semula partai amnu,saya terpaksa lakukan juga.

Begini, amalan mengambil air liur basi dilangit-langit (mulut) dan disapukan ke err..topi keledar diawal pagi setiap hari akan menghasilkan 'ketahanan' bilamasa 'amuk kecil' dimalam apa juga. Jumaat kah,khamis kah.

Maka apabila amalan ini di madahkan oleh seorang perempuan,maka tidak dapat tidak,kita akan (bila bertemu penulisnya) tersenyum sambil memandang seluruh tubuh beliau dan menjilat bibir.Atau juka kamu penulis blog-bertukar-penyair porno itu,kamu akan menjelir-jelirkan lidah. Keatas dan kebawah. Keatas dan kebawah.

Bait empat hingga sepuluh amat sesuai di perpanjangkan sambil diberi judul baru. Saya mencadangkan 'kisah perhubungan jenis seorang perempuan birah' sebagai judul. Cetak dalam saiz kecil dan jual bisik-bisik. Nescaya Tah Teh akan menjadi jutawan.

Penulis cuba menyembunyikan kebiangan beliau dengan menutup puisi diatas dengan satu penyataan konon beliau menulis kisah umum walhal kita semua tahu ini adalah kisah peribadi beliau. Beliau mungkin terpengaruh dengan tindakan sama pembuat wayang haram zadah mengenai mangkuk sia dan para babi. Yakni mengada-adakan kebaikkan setelah mempromosi kejahatan.

Tuesday, July 07, 2009

singgang ikan aya

Apabila kamu telah berusia,kamu akan berfalsafah macam-macam.Kamu akan nampak buruk orang. Kamu akan merasa sangat pandai.Yakin diri kamu akan menjadi sangat tinggi. Kamu akan jadi seperti saya.




ps; terima kasih wikunila ms.

Friday, July 03, 2009

kampong anak air

rupanya sudah empat tahun menulis disini.terima kasih semua.

Tuesday, June 30, 2009

no 6 jalan damai




Kata orang,sekeping gambar membawa seribu makna. Apa pula kata orang agaknya mengenai dua keping gambar ini?

Tuesday, June 23, 2009

pantai sepat


selamat hari bapa,ayoh.
maaf, seperti kamu,
aku juga sering terlewat.










siapa tahu sajak siapa dan siapa pembacanya,beritahu.

kemaskini: sajak 'jadilah awang' adalah hasil tulisan en. Ibrahim dari Kumpulan Kesenian Uraong Ulu ( http://keulu.blogspot.com/ )

Monday, June 22, 2009

kampong soi











bosan...

Thursday, June 18, 2009

fikrah prof. zain shafii



Assalamualikum w.b.t kepada semua pembaca. Di dalam buku ini saya penulis akan membentangkan masalah semasa masyarakat serta persoalan-persoalan semasa masyarakat serta persoalan-persoalan menurut Al-Quran dan masalah kaunseloing sebaya dan kesemua peringkat umur.

Alangkah indahnya penciptaan Allah, seperti penciptaan bumi dan matahari serta isi kandungan bumi ini seperti batu plutonium, simen dan belerang. Manusia sering tertanya-tanya apakah masalah manusia itu sendiri.


Kita amat beruntung kerana dapat mengecapi kemakmuran yg sedia ada hasil penciptaan sains dan cukupnya bekalan makanan. menurut pendapat seorang ahli sains bernama Madonna, bumi ini adalah rata ibarat sekeping papan lapis di atas air sahaja, sebab bumi ini rata dan luas ia tidak jatuh ke bawah dan sudah bi bawah terdamparnya muka bumi ini. Matahari berpusing di atas permukaan bumi dan mengelilingi permukaan bumi ini dengan putaran orbit ikut selatan arah putaran matahari. Bulan merupakan bayangan matahari hasil bayangan air laut dan berpantul ibarat bayangan cermin sahaja. Bulan ialah bayangan matahari (sila rujuk buku tulisan saya bertajuk Matahari Bersembunyi-Petaling).

saya juga akan menceritakan kepada para pembaca bahawa teori evolusi itu luas, bagaimana burung berasal daripada kumbang durian, dan burung pula (burung layang layang) berubah menjadi kelawar, seterusnya menjadi tikus dan seterusnya berubah menjadi tupai dan menjadi cepelai, dan membesar menjadi musang dan musang berevolusi menjadi monyet, monyet baboon seterusnya membesar menjadi unta dan seterusnya menjadi manusia (Sila rujuk baca buku enseklopidia evolusi saya).


Manusia adalah penciptaan evolusi yang paling bijak. Manusia mencipta kapal terbang, tv, telefon, lampu, kapa air dll. Saya telah mencipta 2803+ alat di atas dunia ini. Saya meminta anugerah Nobel Laurette terhadap penciptaan ini.

Manusia yang bijak adalah manusia yang sempurna dan mempunyai akhlak yang mulia. Di samping mencipta, menternak dan bercucuk tanam adalah kerja manusia yang sempurna akal fikiran. Manusia harus mengetahui akhlak-akhlak dan mengerjakannya dengan sempurna. Islam yang menjadi pegangan setiap manusia ke arah yang sejahtera. Di dalam buku ini, kita juga akan menyentuh sinar kaunseling dan Al-Quran. Terhadap beberapa isi kandungan Al-Quran yang perlu kita edit bersama. Contohnya, Nabi Adam di cipta daripada tanah. Ini adalah bertentangan dengan ajaran Sains. Satu lagi isi kandungan yang perlu kita baiki ialah Al-Quran menyatakan manusia jadi drpd segumpal tanah. Ini juga bertentangan dengan ajaran sains. Sebenarnya manusia dijadikan dengan mengadun telur dengan sperma.

Satu lagi ialah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi adalah salah. Sebenarnya cakrawala hanya matahari dan bumi dahaja. Kita perlu perfikir secara matang. Kita tidak diminta menerima sesuatu ajaran secara membuta tuli tetapi harus berfikir secara waras.

Di dalam buku kaunseling ini, kita juga akan membicangkan sejarah silam Al-Quran yang salah faktanya. Kita perlu menerima hakikat atau realiti sebenar.

Anak-anak perlu diajar kaedah onani atau sex oral. Kaedah sex ini diperkenalkan oleh Sudirman Arsyad. Jika kanak-kanak mampu onani, mereka akan membesar secara sempurna dan menjadi pasangan yang amat bahagia dan perlu control populasi semasa.


Jika kita tidak mengawal populasi melalui kaedah trend Madonna, kita akan menghadapi masalah kekurangan makanan pada masa tiada matahari kelak atau 'dark age' nanti. Kita perlu teliti dan bersedia akan kedatangan 'dark age' nanti. Kita perlu mempunyai kelengkapan seperti lampu, generator lampu, gas, petroleum, diesel dan bekalan makanan secukupnya. Saya juga mencadangkan manusia manusia membdedah perut ketika mengandung cukup bulan. Ini memuaskan nafsu manusia kerana tidak cacat cela rahim perempuan bahagian vaginanya.

Manusia juga tidak akan lumpuh selama-lamanya. Lumpuh boleh diubat dengan kaedah membuang darah dan diganti dengan darah baru manusia. Kaedah ini menyelamatkan manusia mati sebelum ajal mendatang.

Saya juga menyesyorkan manusia menyalin gigi baru dengan memasukkan gigi palsu ke dalam rahang gigi manusia. Gigi ini amat berharga kepada orang tua sebab tiada gigi. dan pembaca juga boleh menghubungi bahagian gigi untuk menguruskan dan memasang gigi baru.

Ahli sains Islam Madonna adalah yanag bijak mencipta. Saya juga mencipta kereta menggunakan gas dan kereta elektrik. Penciptaan terkini ini adalah membawa kita kepada zaman baru yang bijak. Semua penciptaan ini adalah hadis baru yang tidak bertentangan dengan Islam.

Selain mencipta saya juga menghiburkan manusia dengan lagu lagu berbagai rentak. Jumlah lagu saya adalah 3505 lagu. Manusia perlu menghibur selain daripada bekerja menjadi nafkah.

-bersambung-

Tuesday, June 16, 2009

dua lauk nona gersang



Setiap kali keluar buku baru dari Sindikit Soljah dan Sang Freud Press,yang pertama menjadi tumpuan saya adalah kulit depannya.

Rahsia yang diketahui umum mengenai Sindikit Soljah adalah semua rekabentuk buku-buku terbitan mereka adalah dimonopoli oleh sang jendral mereka. Jika ditakdirkan mereka adalah 'soljah' sebenar, maka harapan sang jendral mereka untuk menjadi diktator adalah besar.

Gaya muka depan Sindikit Soljah biasanya adalah sentimental bercampur pura-pura pop. Tidak adalah salahnya gaya seni ciptaan budi mereka dan banyakalanya sangat cemerlang.

Kulit buku terbaik mereka tentulah buku Sajak-sajak Suci saya.Bahkan saya sangat berani dan tabah mengatakan bahawa kulit buku tersebut adalah yang terbaik dalam tempoh 20tahun kebelakangan sejarah kulit buku Malaya.

Sesuatu yang serupa tidak dapat saya katakan kepada kulit buku keluaran Sang Freud Press hanya kerana,1. mereka pasti tidak serupa dan 2. adalah kerana saya tidak tahu siapa yang merekacipta kulit buku mereka.

Tetapi, saya adalah antara peminat kulit buku keluaran Sang Freud Press kerana hampir semua kulit buku mereka adalah kerja seni yang serius dan ini amat saya hormati.

Kedua mereka,Sindikit Soljah dan Sang Freud Press harus memuji diri sendiri sehingga menjadi bongkak atas usaha mereka untuk mengambil serius hal-hal kulit buku. Mungkin PTS boleh belajar satu dua perkara dari mereka kerana saya dapati SEMUA kulit buku keluaran PTS adalah err.. terlalu kanak-kanak.

Marsli NO pula perlu dihukum bunuh kerana menghasilkan kulit buku yang tidak setimpal dengan isi kandungan bukunya yang sangat bagus itu.

Kedua yang menjadi tumpuan saya adalah judul buku mereka. Disini saya dapati kedua mereka menjadi bersalah dalah usaha meng-catchy-kan err..kehidupan mereka dan saya amat percaya kamu akan setuju tanpa berbelah bagi yang judul Sajak-sajak Suci adalah judul terbaik yang pernah dihasilkan oleh industri buku Malaya sejak selepas merdeka.

KACIP adalah judul buku bterburuk dalam sejarah dunia walau pun hanya tinggal puluh-puluh buah dan jika kamu belum membelinya kamu adalah pengawas sekolah yang dilantik hanya kerana kamu berkacamata tapi bodoh.

Sebenarnya,saya mahu mengulas dua tulisan Taf Teh dari buku DUA LAUK,namun intro ini menjadi terlalu panjang dan saya amat mengantuk. Maka mari kita jadikan tulisan ini sebagai iktibar yang baik dan pembuka kata untuk ulasan yang akan saya tulis nanti.

Thursday, June 11, 2009

telok tokong


dari kiri: zubir,(uhuk!),pa dan seorang kawan yang saya lupa nama. atas kereta dari kiri: arwah mezoh dan iji. tiada dalam gambar adalah arwah mie gondok dan sedi. Kodik adalah jurugambar. gambar ini diambil lama selepas kejadian dibawah.


Jika kami mahu tidak diganggu,biasanya kami akan ke parit besar. Sebenarnya parit besar adalah taliair yang baru dibina di kampung kami. Sebelum ada paip kerajaan ditepi jalan,kami mandi-manda dan mencuci pakaian di parit kecil, sungai kecil yang sangat jernih airnya walaupun sebelum sampai ke kampung kami,sungai berkenaan akan melalui benteng yang didaratnya adalah tempat peliharaan babi.

Alam amat mesra waktu itu. Tahu tugas masing-masing. Hari ini alam pening dek kerana pelbagai korupsi.

Kami adalah Mie Gondok,Pa,Iji,Sedi,Mezoh,saya dan Kodik. Zubir kadang-kadang ada juga. Tidak mahu diganggu harus dibaca sebagai membuat perkara tidak senonoh.Bukan, bukan perkara yang kamu fikirkan itu. Ini cuma aktiviti budak-budak lelaki. Merokok misalnya.Saya hanya merokok selepas sekolah kerana terbaca ketika itu merokok menyebabkan kelihatan cepat tua. Takut hilang kacak ketika itu melebihi segalanya. Mentelah pula saya tidak tahu yang saya ini memang akan kekal kacak dalam apa zaman sekali pun.

Rokok dizaman itu tidak menyebabkan kamu melahirkan 'aman amsyar' yang tidak cukup bulan itu. Kamu cuma cepat tua dan macho.Tiada tekanan. Kamu bebas membuat pilihan. Rokok hari ini amat jahat kecuali rokok seludup. Rokok seludup tidak menyebabkan lahir 'aman amsyar' kedunia. Tidak percaya lihat kotaknya. Tidak kaki cagu. Tiada paru-paru buruk dan yang lebih penting tiada 'aman amsyar'.

Saya adalah pelangan rokok seludup. Kotak hijau.


Tapi hari itu lain. Pa membawa sebalang ubat. 'abang aku punya,kata Pa.Kami telan seorang sebiji.

Lompat ke beberapa jam kemudian.

Kodik dan Iji berjalan keliling kampung bertelanjang bulat. Harus diingat,ketika itu kote kami telah tumbuh bulu ari-ari. Pa tidak dapat dikesan. Mie Gondok dan Sedi lena ditepi parit besar. Mezoh seperti anak baik yang lain pulang kerumah dan tidur. Saya terjatuh kedalam longkang depan rumah Pa dan tidur disana. Lama.

Esoknya,kami berkumpul dan membandingkan jalur rotan dibadan sambil ketawa. Pa tidak ketawa kerana pipinya bengkak ditumbuk abangnya.

Dalam pada itu,kami hairan mengapa Kodik dan Iji sampai telanjang bulat. Bila ditanya,mereka mengaku tidak sedar. Namun sebahagian kami seperti tahu. Untuk makluman,Kodik dan Iji adalah romeo dikalangan kami. Sehari bersama mereka membawa bosan mendengar cerita mengenai betapa perempuan itu dan perempuan ini mengilai mereka.

Kami syak mereka keghairahan.

-mu lalu depan rumah pelam siam? tanya Mie Gondok pada Kodik dan Iji. Ini penting kerana pelam siam adalah isteri askar yang waktu suaminya kehutan akan duduk-duduk diserambi rumah berkain batik dengan kebaya jarang tanpa coli.

-dok tahu,aku dok ingat,jawab Iji.

Kami rajin minta air sirap ais dirumahnya ketika suaminya kehutan. Cuaca dizaman itu amat panas dan dirumah dia ada aisbok.

Wednesday, June 10, 2009

taman kingdom


perempuan memang manja,saya kata manja,sebenarnya mereka mengada-ngada.

Wednesday, June 03, 2009

lullaby naga

Sepatutnya saya mengulas sajak-sajak sinaga-naga setiap 5 haribulan setiap bulan,namun akibat runtuh bangunan itu runtuh bangunan ini maka saya cepatkan sedikit kerja berat ini. Kerja yang menjatuhkan airmuka saya sebagai pembela sastera nombor satu negara.

Tambahan pula musim laga lubang kencing sudah datang,dan sebagai sebahagian dari masyarakat yang amat menitikberatkan amalan gotong-royong dan bimbang tidak berkesempatan menunaikan janji kepada seorang kawan, saya kata kawan,sebenarnya dia kepada saya saling tidak tumpah seperti perempuan simpanan ketua Partai Komunis Malaya yang masih tinggal di China.Merayu kasih,merintih cinta. Perempuan simpanan ,bukan ketua partai komunis itu.

Benar sungguh saya ini hebat orangnya. Intro tulisan ini sahaja amat meruntum jiwa.

Sajak yang diulas berbunyi begini:

Lullaby

tidurlah di bahu
nanti kudendang lullaby
agar usai resah gelisahmu.

lelaplah di pangku
nanti saja ku ke kedai
beli sepatu baharu
buatmu.

[Bebeh, kakiku kesemutan!]
Jalan Wisma Putra Kuala Lumpur
12 Mac 2009

Tajuk.

Lullaby, ini judul yang diberikan oleh seorang lelaki yang berbangga-bangga menitipkan gambar beliau dihambur gas pemedih mata dihari membela bahasa utama Malaya. Saya tidak mahu komen apa-apa disini selain dari merengus dan meludah dengan geraklaku yang memperlihatkan kejengkelan yang amat sangat kepada judul dan juga penulisnya.

Saya lebih suka jika judul ini ditukar kepada dengdang atau jika saya yang menulis sajak ini maka buai adalah judul pilihan saya.

tidurlah dibahu

Kita tidak tahu samada yang disuruh tidur itu sedang berbaringkah atau berdirikah? Dan disuruh tidur dibahu siapa atau apa? Lembu dan mawas juga ada bahu selain manusia.Saya suka membayangkan pembukaan sajak ini adalah bukabual dua ekor katak di bahu jalan.

Penulis perlu menjelaskan seawal mungkin kepada pembaca tentang latarbelakang keadaan atau suasana berlakunya peristiwa sajak.

Namun seperti sajak pertama beliau yang saya ulas,unsur erotikanya dapat dihidu seawal pembukakata sajak ini. Jahat benar penulis ini.


nanti kudendang
lullaby

Sifat bertangguh bangsa melayu tertera jelas disini. Inilah sifat yang kekal keras melekap dipundak manusia melayu. Sifat mendendam tidak tentu fasal manusia melayu juga jelas. Kata "nanti (kau)" adalah kata ancam akibat dendam. Penulis dalam konon keghairahan membayangkan betapa romantisnya beliau secara tidak langsung telah memperlihatkan sebelah hitam bangsa melayu dan yang lebih penting adalah sifat negatif yang ada pada beliau.

Kepada para gadis dan wanita,(saya tekankan disini,wanita,kerana dari baris kedua ini saya dapati penulis gemarkan wanita yang sedikit matang. Jane Seymour adalah contoh wanita tersebut),saya ingin memberi peringatan khas,ini adalah contoh lelaki yang jika dikecewakan cinta akan kekal berdiri dihadapan rumah kamu siang dan malam,panas dan hujan. Kepada beliau ini adalah tanda setia. Kita semua tahu itu perbuatan lelaki gila.

Jika kamu membaca baris kedua ini secara terus dan amat laju,dipembacaan kamu yang ke tigapuluh dua, kamu akan dapati maksud yang sangat lucah untuk saya sebutkan disini walau pun untuk orang seperti saya! Hina rasa diri ini kenal dengan penulis sajak ini.

agar usai resah gelisahmu.

Jika kamu telah beristeri atau memang kamu kaki zina, maka kamu akan tahu betapa kotornya baris ketiga ini. Haram zadah!


lelaplah dipangku


Bahasa Melayu walaupun mempunyai beberapa kerusi di unversiti-unversiti seluruh dunia,masih tidak mampu mendabik dada sebagai salah satu bahasa cantik dunia. Tidak seperti bahasa urdhu atau bahasa perancis misalnya.

Katanya,(dan disini saya hanya menulis berdasarkan ingatan tanpa sebarang rujukkan. Gila apa buat rujukkan untuk ulasan sajak lucah ini)bahasa perancis adalah bahasa yang mempunyai banyak perbendaharaan kata. Tidak terdapat satu perkataan yang mempunyai banyai makna.

Disini penulis sekali lagi melepaskan peluangnya untuk menang hadiah sastera DBP apabila dipangku digunakan.

Kata dipangku membawa maksud apa? Kerana didalam bahasa melayu,pangku membawa berbagai maksud.

Namun,jika diteliti kesenambungan sajak ini, jelas kata dipangku itu membawa maksud satu posisi perlakuan seksual (ruj: Kitab Kamasutra Melayu/Hindu) Jijik benar saya.

Rasanya hanya sampai disini dapat saya malukan diri saya. Saya tidak sanggup lagi merendahkan harga diri saya. Saya tidak mahu dituduh bersubahat dengan perbuatan tidak bermoral penulis sajak diatas.

Jika kamu mempunyai tulisan yang tidak menjurus kepada perlakuan songsang manusia dan mahu saya ulas, hantarkan kepada saya sebagai tebusan dari bebanan mengulas sajak-sajak erotika sinaga-naga.


kemaskini akibat terlupa.
ps: kepada pemberita SINAR HARIAN yang rajin mengambil tulisan saya dan diletakkan di akhbar tersebut,terima kasih saya ucapkan. Sudah tiga kali tulisan saya disiarkan disana dengan yang terbaharu sangat mengembirakan saya kerana tulisan tersebut diambil sebahagian besarnya tanpa ada beban kepada pembaca akhbar berkenaan untuk masuk ke blog ini untuk mengetahui cerita lanjut.

terima kasih sekali lagi kepada siapa pun kamu.budimu dikenang.

Oh! kami juga ada RAJAWALI, jika tidak keberatan,apalah salahnya kamu mencerikatan sedikit mengenai kami. uhuk!