Jika kamu rajin membaca cerita ceriti para menteri Malaya semasa remaja, kamu akan dapati kebanyakkan mereka adalah anak-anak nakal. Dan kebanyakkan mereka juga adalah dari keluarga susah kecuali sesetengah mereka yang memang di lahirkan dalam keluarga politik. (Entah mengapa mereka yang di lahirkan dari keluarga politik kebanyakkan adalah kaya raya. Mungkin itu sumpahan malang bagi mereka. Terpaksa menjadi kaya)
Kamu akan membaca bagaimana mereka di denda akibat kenakalan mereka. Bagaimana mereka terpaksa menjual atau lebih tepat menjaja perbagai barang dagang. Goreng pisang, getah sekerap dan seribu macam barangan yang di bawa ke hulu ke hilir mengharap simpati dengan berjalan kaki.
Walau nakal dan susah, mereka akhirnya berjaya. (Menjadi menteri adalah satu kejayaan yang amat besar selepas menjadi penyanyi atau pelakon. Hanya kejayaan menjadi penyanyi atau pelakon dan kemudiannya bernikah dengan menteri dapat melebihi kejayaan menjadi menteri)
Menteri-menteri yang TERLAHIR dari keluarga politik biasanya merasa amat malang di lahirkan begitu kerana mereka tidak dapat merasakan jerih payah mendaki dari bawah. Mereka sesal di lahirkan senang. Kerana itulah para menteri yang lahir dari keluarga politik biasanya amat rapat dengan golongan bawahan. (haha)
Jarang benar kita terbaca bagaimana para menteri semasa remajanya sangat berdisplin (seperti saya) dan merupakan pelajar cemerlang (juga seperti saya) yang tidak pernah di denda akibat kenakalan (tentunya seperti saya) lalu tanpa perlu membasuh punggung sesiapa menjadi ahli politik yang amat berjaya.
Bertuah benar kamu yang sentiasa di denda semasa di sekolah kerana kamu adalah golongan yang mempunyai peluang yang amat cerah untuk menjadi ahli politik. Tahniah.
Menteri-menteri kini tidak lagi nakal. Mereka kini menjadi amat jahat.
p/s: Saya tidak menulis kerana bercuti di Paris. Maklumlah, tidak seperti kamu, saya hanya akan bercuti di tempat-tempat ternama kerana saya mampu. Kamu semua hanya layak bercuti di Kem Lambai Tangan. Bukan lah Kem Lambai Tangan itu tidak bagus (jangan pula tuan punya Kem Lambai Tangan marahkan saya) cuma itulah tempat paling sesuai bagi golongan kurang mampu seperti kamu semua. Lagi pun saya tidak biasa mandi di tasek yang keruh airnya. Gatal.
Merci.
Memory cards are all the same, right?
1 week ago