Ajis,salah seorang pelukis di Studio Rajawali,studio tempat berkumpulnya anugerah tuhan kepada bakat dalam apa juga yang disebut seni terbaik seluruh alam,jejaka paling romantis dan manja kebangaan kami ini mahu menikah.
Ok,maafkan saya,tersilap kata. Saya akui yang studio kami sedikit jatuh akhir-akhir ini disebabkan keanggotaan dR.ali.Namun kami anggap itu semua adalah dugaan hidup dunia.Dan juga sebagai bukti kami di Rajawali sudi menerima siapa sahaja walaupun hina.
Ajis mula melukis diawal tahun 80an. Pelukis yang seangkatan beliau adalah Ajis Mohamed,pelukis yang terkenal dengan gambaran dasar laut itu. Bahkan mereka yakni, Ajis Mohamed dan Ajis Rajawali pernah tidur sebantal. Mereka pernah menyewa sebuah rumah kecil diatas sebuah bengkel kereta.
Ajis Mohamed mengambil keputusan keluar dari Kuantan dan mencipta nama di Kuala Lumpur. Sementara Ajis Rajawali memilih untuk melanjutkan pelajaran.
Diatas adalah lakaran dengan pen oleh Ajis topik kita.Beliau merupakan seorang pelukis potret yang amat bagus dan saya terutama suka akan pemilihan warna beliau. Warna-warna beliau amat manis.Malangnya,kamu tentu tidak akan mahu membayar harga lukisan warna beliau kerana kamu lebih rela membazir wang membeli poster yang dibingkai keluaran ikea kerana pada mata kamu itu adalah seni walhal kamu ditipu oleh pasaran. Tidak apa-lah, wang kamu. Ikut suka kamu mahu belanjakan kemana.
Untuk itu, Ajis memberi pilihan kepada kamu. Bayar rm30 ke akaun beliau
(maybank 1556 012 144 236 atas nama Abdul Aziz Mat Zin) dengan tambahan rm5 sebagai belanja pos dan emelkan gambar yang mahu dia lakarkan kepada saya dan akan segera beliau poskan kepada kamu sejurus siap.
Kamu tentu faham betapa keperluan untuk menikah ini keatas seseorang yang terlebih dewasa sudah seakan sampai kepada hukum wajip.Tambahan pula Ajis pernah menikah.
Buah dari pernikahan terdahulu,Ajis dikurniakan dengan dua anak yang sangat comel. Jurugambar majlis pernikahan yang telah bertaubat dan menjadi pelukis,Sukairi Sahri amat menyayangi anak-anak ajis lebih dari anaknya sendiri.
Anak-anak Ajis dijaga oleh bekas isterinya di Johor Bahru dan akan menghabis cuti sekolah bersama beliau di studio kami.Biasanya,studio kami akan ditutup separuh, maksudnya,pintu studio akan terbuka dan tetamu adalah-dialu-alukan tetapi semua pelukis akan diberi cuti untuk membolehkan Ajis menghabiskan masa bersama anak-anaknya.
Sukairi Sahri biasanya akan menghabiskan masa luangnya bersama ajis dan anak-anaknya. Bahkan, kami percaya,dR.ali yang terkenal anti kanak-kanak itu akan pasti jatuh hati kepada anak-anak Ajis.
Jika kamu mendengar ajis berbual ditelefon dengan bekas isterinya, kamu akan menyangka mereka sedang bercinta. Masing-masing akan lebih memberi dari menerima. Kadangkala kami menjadi segan mendengar perbualan dua insan yang pernah berkongsi hidup ini. Walau sudah berpisah, mereka adalah sebaik sahabat.Jauh lebih hebat dari dR.ali yang sentiasa mahu melapurkan apa sahaja perbuatannya kepada isteri beliau. "abang baru sudah berak,sayang dah berak?"contohnya lapuran dR.ali. Kami amat menghormati Ajis dalam perkara ini.
Sebagai makluman, Ajis tidak pernah tergendala dari membayar wang sara hidup anak-anaknya.
Sekali lagi saya mencadangkan agar kamu semua dapat menempah barang satu atau dua keping lakaran pen oleh Ajis. Percaya-lah, kamu tidak akan kecewa. Lagi pun ,ini-lah peluang untuk kamu memiliki hasil tangan sebuah kumpulan pelukis yang amat hebat, minus bekas jurugambar pernikah yang bertaubat dan juga anggota terbaru kami, iaitu juruwarnagambar,dR.ali.