Wednesday, July 29, 2009

belangsungkawan

Walaupun tahu akan dianugerahkan gelaran TUN sesudah mati, namun ada juga keinginan untuk tahu apa agaknya kata kamu setelah saya tiada lagi.

Cuba kamu bayangkan yang saya mati semalam dan tuliskan kata-kata manis yang biasa kamu tulis sempena kematian penulis,pelukis dan bakal (uhuk) pengarah filim pendek terbaik abad ini.

Bukan apa,bimbang kamu tidak sempat menulisnya kerana manusia tidak berguna kepada agama,bangsa dan negara seperti kamu tentu tidak hidup lama. Membazir tanpa sebarang sumbangan baik dimatikan.

Dan jika kamu adalah dr.ali atau abu yusof,kamu tentu ada banyak kebaikkan yang mahu diceritakan mengenai saya. haha.

Lalu saya terbayang 'kegembiraan' bonda siti zainon ismail apabila diperkenalkan kepada saya.Mungkin kegembiraan itu sebenarnya milik saya.

15 comments:

Awang Kapak said...

tuliskan wasiat utk pengkomen sajak seterusnya.

tuan tanah said...

Kalau Encik Jones pergi tak kembali lagi, saya sudah tak sempat nak cakap/tulis yang muluk2 lagi pasal encik.
Jadi biar saya tulis sekarang.

Saya tak pernah mengenali Encik Jones in real life. Saya tidak pernah bertemu dengan beliau walaupun saya selalu membaca catatan-catatan dan menyukai sajak-sajak dan mengagumi lukisan-lukisan beliau.

Kami menjadi kawan di Facebook tetapi tidak pernah bertemu empat mata, walaupun kami pernah berjiran. Encik Jones di England, dan saya di Ireland. Beliau pernah datang ke Dublin tetapi tidak sudi bertemu saya. Saya tak cukup cantik untuk menjadi tourist guidenya, kata beliau.

Semasa saya tiba-tiba bercuti dari menulis blog, Encik Jones adalah salah seorang yang menghubungi saya dan bertanya sebab-musabab tindakan drastik saya untuk berhenti menulis. Beliau memujuk saya untuk menulis kembali. Bukanlah dikatakan memujuk, tetapi 'memerli' dengan sinikal dan sarkastik. Tetapi mengenali Encik Jones, saya tahu sebenarnya beliau seorang yang caring dan concern. Terima kasih Encik Jones, kata-kata encik memang banyak benarnya. Terima kasih banyak-banyak. Saya menghargainya sepenuh hati.

Saya cuma menyesal kerana sampai sekarang duit saya belum cukup untuk membeli rumah sendiri, kerana saya berhasrat jika saya mempunyai rumah sendiri nanti saya akan menghiasinya dengan lukisan-lukisan yang Encik Jones pernah hasilkan.

Saya doakan Encik Jones dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia dan diberkati Allah sentiasa.

(Doakan saya juga supaya saya cepat cukup duit untuk beli rumah dan lukisan encik.)

Anonymous said...

dan hari ini, Abdullah Jones sudah tiada. Saya masih ingat, bagaimana pada mulanya dulu, saya rasa dia sangat annoying tetapi saya akan lebih mengingati, sebagai salah seorang lelaki-lelaki tua yang saya hormati, bagaimana, emel-emelnya yang pendek-pendek, yang sekali sekala mengingatkan saya, siapa kita semua ini di bumi ini.

dan saya juga, akan merindui lukisan-lukisannya dan sajak-sajaknya yang sinis!

Rest in peace orang tua!

udika via facebook

Basuh Baju said...

saya akan meminta password email beliau suapaya sy dpt meneruskan blog abdullah jones ini..itu sahaja..

Pa'chik said...
This comment has been removed by the author.
Pa'chik said...

"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka."

Panglipulara® said...

(t.kz.ah buat keluarga baginda jones)

Walau pun gua hanya 2x bertemu baginda jones, dan kami saling tidak mengenali, gua tetap terasa kehilangan yg besar dlm dunia maya, karya beliau adalah halwa jiwa bagi gua, karya2nya menterjemahkan kejujuran, moga segala yg ditinggalkan jones didunia ini adalah manfaat untuk kehidupan beliau di alam nyata...jones tidaklah seglemer pyabhabib, kulupsakah, atau zambri kadir, tp beliau punya karisma dan gua amat mengagumi beliau...
moga baginda ditempatkan diantara orang2 yg beriman...
buat semua rakan2 : tidak perlu berpesta atas pemergian beliau, kerana beliau bukanlah michael jackson...

sinaganaga said...

Selamat kena makan dek cacing! Selamat jadi humus orang tua! HA HA.

Kacik Kamarudin said...

Dah mati buat apa nak risau pasal apa org kata. Itu kerisauan org hidup. Apapun org kata xkan mengubah diri kita. Air sirap xkan bleh jadi nescafe dgn kata - kata saja.

Airmas sz said...

Alhamdullilah... kamu masih ingat mati

Mohamad Farez Abdul Karim said...

'Salam sejahtera kepada kaum, masukilah pintu mana yang kamu suka..'

:)

zizie ali said...

saya merasa amat sedih kerana sesudah kematian jones pelbagai pihak terutama blogger yang selama ini mengaku sebagai peminat mula berani menulis tentang pelbagai kedurjanaan silam beliau. sepatutnya kita sama-samalah cuba menyembunyikan segala keaiban tersebut. biar hilang dalam lipatan sejarah.

hanimomo said...

banyak sangat nak cakap.kalau mau, nanti di inbox saja ya.haha

Ahmad Belia said...

pasal komen panjang2 ni? nak tulis panjang2 tulis surat laa...

Cahaya Kekasih said...

saya selalu dengar nama uncle AJ dari uncle abu yusof..heheh...all i know is that he loves u so much... :)