Kebanyakkan doa-doa dan ayat-ayat al-Quran yang kita hafal hari ini adalah apa yang di ajarkan kepada kita semasa kita kecil dahulu.
Sama ada semasa di tadika atau pun di kelas-kelas agama tambahan sebelah pagi atau petang.
Kita harus berterima kasih kepada guru-guru agama kita dahulu. Inilah agaknya yang di katakan ilmu yang bermanafaat. Bertuah benar guru-guru agama. Segala sesuatu yang di ajarkan kemudiannya di amalkan oleh murid, menambah buku amalan baiknya.
Ada ustad-ustad yang menganjurkan supaya para ibubapa mengajar sendiri kepada anak-anak mereka doa-doa dan juga ayat-ayat lazim yang di baca semasa sembahyang, al- Fatehah khususnya, kerana amalan sembahyang dan doa-doa ini kemudiannya akan di kira sebagai amalan baik para ibu bapa.
Saya belajar asas al-Quran dengan Tok Mah, isteri Bilal Jilah yang berhenti ke surau kami kerana berselisih pendapat (tentang agama) dengan Bah Salim. Mereka berdua ini orang agama di kampung saya. Arwah Bilal Jilah ini ibarat Syaidina Abu Bakar, lembut. Bah Salim pula ibarat Syaidina Umar, garang. Saya lupa apa isunya mereka bertelagah, tetapi kesannya kampung kami adalah antara kampung terawal yang kedengaran dua azan setiap kali masuk waktu sembahyang. Satu dari surau, satu lagi dari rumah Bilal Jilah.
Di rumah Tok Mah inilah, ketika belajar al-Quran, saya di fitnah oleh Aini, anak Wak Jenon, yang saya ini suka benar bermain tindih- menindih pehanya ketika menungguh giliran membaca al-Quran. Jangan fikir bukan-bukan. Ayat tindih-menindih di sini tidak membawa makna seperti mana kamu fikirkan. Kami duduk bersila. Sebelah menyebelah.
Budak perempuan memang begitu. Gatal nak menikah. Bayangkan, darjah tiga dah pandai buat fitnah kononnya saya syokkan dia! Darjah tiga!
Kemudian semasa di dalam darjah enam, dia mula menghantar surat cinta kepada saya! Gila. Semasa tingkatan tiga, kencing saya pun belum berapa betul, inikan pula darjah enam!
Kelain pulak jadinya rancangan Pedoman Hidup minggu ini.
Perlakuan yang di latih semasa kanak-kanak biasanya akan membentuk kita semua. Jika semasa kecil dahulu kita ini di latih untuk mentaati perintah agama, insyallah, sesudah dewasa kita akan kekal di dalam amalan yang baik. Begitu juga sebaliknya.
Walau ada yang berubah menjadi lebih baik sesudah dewasa, rajin ke masjid sesudah pencen misalnya, kita takut-takut kita ini para manusia yang di tentukan tidak sampai ke umur pencen.
Oleh yang demikian, kita yang di berikan sedikit peluang oleh Tuhan untuk membentuk diri sendiri dan juga anak-anak kita hendaknya mengambil peluang tersebut.
Sebagai contoh, jika kita ini di takdirkan menjadi Menteri Pelajaran Malaya, dan kononnya nama kita ini adalah Hishamuddin Hussien, kononnya, lalu Tuhan memberi kita peluang untuk mengatakan YA, memakai tudung adalah wajip bagi para pelajar di sekolah, kita sepatutnya merebut peluang untuk berbuat demikian kerana boleh jadi amalan ini sajalah nanti yang akan menyelamatkan kita dari kelam-kabut alam akhirat.
p/s:
1. uipts, terima kasih kerana masih membaca. Saya sentiasa menunggu-nunggu kamu.
2. dith dan halela, (saya senyum)
dPS Bi-Weekly Photo Challenge – Self
18 hours ago