oleh;
hannah sullivanAku rasa kadang-kala pemikiran masyarakat zaman sekarang ini tidak adil. Minda tertutup; senang
citer. Ini aku dapat lihat sendiri tentang apa yang terjadi kat
opis aku; secara khususnya di department aku.Sejak lebih 3 bulan ditukar disini, disamping dapat
boss yang banyak songel; aku dapat saksikan perbedaan taraf kumpulan hidup berdasarkan jawatan dan pangkat yang disandang seseorang.
Racists?? Aku tidak boleh mengatakan begitu kerana kami masih lagi boleh bekerja dibawah satu bumbung. Aku lebih senang untuk katakan perbezaan kasta dan pangkat. Aku metaforakan keadaan ini sebagai ‘minyak dan air’. Minyak aku kategorikan untuk kumpulan eksekutif keatas yang berperangai macam bagus dan berlagak yang kadang-kala lebih dari boss aku secara tidak tentu pasal. Mungkin dengan memegang segulung ijazah, mereka sudah rasa bagus lebih dari orang lain dan memandang rendah diatas kemampuan orang bawahan mereka.
They look down on people!! Sad but true my dear.Bagi air pula, aku kategorikan mereka yang berada didalam kelompok pembantu tadbir ke bawah hinggalah ke tea-lady. Pada aku mereka nih lah yang paling banyak buat kerja dan bertungkus lumus menolong orang-orang yang berada dalam kelompok ‘minyak’ dalam menjalankan tugas mereka.
Secara dasarnya, kita boleh melihat 2 golongan atau kelompok ini boleh bersama dalam membuat kerja, tapi itu hanya krana tanggungjawab yang diamanahkan. Aku pernah juga alami dimana ada
manager ini punya tunjuk lagak sambil mengarahkan membuat kerja dia. Apa hal pulak?? Aku buat bodoh jer. Aku tak buat pun.
Pedulik apa aku dengan dia. Kalau nak minta tolong pun, biarlah minta baik-baik. Ini main mengarah
jer macam arahkan kambing masuk kandang; apa kes??
My blood pun boleh go upstairs. Pada aku senang, aku hanya
repoting kat
boss aku.
So orang lain yang tiada kena mengena dengan aku jangan haraplah aku nak tolong lebih-lebih lagik orang berlagak nak mampus. Memang orang macam tuh boleh pergi mampus pun. Aku bukan tak nak tolong, tapi kalau kena dengan nilai dan etikanya. Aku nak jugak tolong. Inilah golongan ‘minyak’ yang aku katakan itu.
Pathetic. Again, they look down on people memandangkan pangkat yang dijawat oleh mereka yang tak seberapa itu.
Perkara itu sering terjadi
especially kat golongan ‘air’.
Since mereka ini golongan support
staff, aku kadang-kala kesian tengok mereka dimarahi dimaki berdasarkan perkara yang bukan salah mereka pun. Golongan ‘minyak’ ini pun satu; kalau nak berikan arahan itu biarlah terang dan jelas supaya tidak timbul misunderstanding dikemudian hari. Ini tidak, semua anggap golongan ‘air’ macam faham apa yang mereka nak. Bila dah salah, booomm.. bom pun meletup lah. Oh..
Itu dalam bab kerja; semua tuh biasa terjadi. Bila masuk bab bersosial pula, golongan ‘minyak’ ini akan membuat border dimana aktiviti yang mereka anjurkan tidak boleh join dengan golongan ‘air’ ini. Mungkin golongan ‘minyak’ ini rasa tak sama
standard; so apa hal nak join-join aktiviti beriadah ini bersama-sama. Jadi golongan ’air’ ini akan rasa terpinggir bila ada aktiviti social yang dianjurkan.
Pity them.
Bagi aku kalau nak bersosial dengan golongan opis ini. Minta maaflah. Aku tak minat Aku ada kawan-kawan bersosial diluar. Apa hal, dah lah kerja bersama, takkanlah lepas kerja pun nak jumpa muka yang sama jugak.
Boring..
Pada pemikiran aku; golongan ‘air’ ini walaupun dipandang kelas bawahan tapi golongan macam nihlah penting. Bayangkanlah, hidup korang tak ada air..dahlah kecut, kering, dahaga, busuk dan gersang. Mesti pada akhirnya korang still memerlukan golongan ‘air’ ini. Walaupun ‘minyak’ ini harga mahal, tapi takkan lah kita asyik nak menadah air jer untuk minum. Kalau semua orang nak jadi boss, sapa pulak nak jadi kuli. Lu pikirlah sendiri..
Adakah ini
scenario yang aku dapat lihat bila bekerja di MNC?? Dulu time aku kerja dengan GLC, tidak pula aku berjumpa dengan scenario seperti ini. Pada mulanya aku agak terkejut dengan budaya seperti ini. Tapi lama-kelamaan, aku dah boleh terima keadaan ini. Aku lebih bersikap neutral. Aku tidak masuk mana-mana pihak.
I just keep my ass done. Aku lebih senang untuk berbaik dengan dua-dua golongan ini kerana motif aku satu; ini akan memudahkan kerja aku. Aku malaslah nak jaga-jaga hati orang ini. Kalau aku jaga hati orang ini, siapa nak jaga hati aku?
p/s : aku harap jangan ada orang pulak yang terasa. Ini apa yang aku rasa jer daripada apa yang aku lihat kat opis aku ini. Bak kata Kak Ogy dan raja Azura; kalau tak suka, tikamlah diri sendiri. Auuw..
-kepada penulis jemputan, elak gunakan bahasa slanga dan jika masih merasakan perlu,sila bezakan. mencampurkan dua bahasa atau lebih dibenarkan,tetapi sila bezakan juga. bukan soal memperjuangkan bahasa, tetapi sebagai pelukis hebat, saya melihatnya sebagai tidak cantik dan untuk perkara lain, saya berdoa agar pokok hujan itu tidak ditebang kerana perbuatan itu akan kelihatan sangat bodoh dan juga kerana saya suka pokok dan lagi, saya juga mencari penulis yang makcik untuk menulis disini supaya kita dapat menyelami isi hati para makcik.dith, ada berani?-jones