Jika selama ini kamu masih sangsi, masih was-was tentang betapa hebatnya saya, maka bersedialah untuk menghapuskan segala prasangka kamu itu.
Dengarkanlah lagu-lagu di bawah ini. Dan menangis.
Saya yakin kamu akan katakan dunia ini tidak adil. Mengapa semuanya di berikan kepada abdullahjones. Jawapannya mudah, kerana kamu melengah-lengahkan sembahyang.
Semua lagu adalah ciptaan Shamsul Zakaria aka airmas sz kecuali lagu 'membenarkan kebodohan' ciptaan Nizam Rusli aka gitartong.
Semua sajak adalah ciptaan Shamsul Zakaria aka airmas sz kecuali 'dia, rindu. ruang terluang. orang panas dan membenarkan kebodohan' adalah tulisan saya.
Dengan berat hati saya terpaksa mengucapkan terima kasih kepada Shamsul Zakaria dan Nizam Rusli. Saya akhiri blog berlagu ini dengan kata-kata kepada mereka, tanpa saya apalah sangat bakat menulis lagu kamu itu.
Friday, May 26, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
26 comments:
Fuyoooo! Power siottttt!
tak mampu mendengar lagu lagu, connection lembab kata mereka.
terima kasih mengingatkan saya, betapa saya melengah lengah yang lima utama itu.
selamat.
jones dalam usaha untuk menumpang kepopularitian orang lain.. apa ni jones, anda menulis sudahlah! hahahaha!
makluman: semua lagu adalah nyanyian Shamsul Zakaria kecuali lagu 'membenarkan kebodohan' nyanyian Nizam Rusli.
ah... sangka saya, saya dapat mendengar suara abdullahjones yang merdu itu. hampa sungguh saya.
oh.
mati-mati saya ingatkan Tuan Abdul aJ Al-haJ yang menyanyi. rupanya sangkaan melulu saya silap...
[salam ziarah. selalu berziarah, tetapi tak bercakap-cakap di sini...]
Low 'pic' ada problem le.. high 'pic' pula ada masalah...
Siapalah abdullahjones tanpa pembaca dan pendengar seperti saya. Saya - tumpang dengar - tak tumpang nama.
PErghh.... lepas ni habislah Ayah Kita Bos bila Mr. AJ sudah mula produce album untuk Airmas dan Gitar.
Tak pun promosi ja, beli AKB dapat satu album free. Hah... mesti ramai yang beli.
perencah nasi goreng adidas. hahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahhahahahahahahahaha.
wah... jones.
sampai ke sini pun kamu masih ketawakan saya?
Sedap...bila nak ada album pulak?
Hebat.
Sepatutnya saya tak menulis disini jika bukan sebagai orang pertama,
namun kerana ia HEBAT, maka tulislah jugak.
mati-mati aku ingat itu suara AJ
hidup-hidup aku tertipu
Menarik...airmas dan gitartong.
salam pakdollahjones..
klep klep klep!! hoyeii hoyeeiii!!
r u THE Kassim Masdor the songwriter?
yes.
yes? from the original PANCA SITARA?? u must be kidding?!! i don't believe u.
ha ha.. mujur saya tidak pernah singgah di rumah bapak menteri.
Takkanlah itu suara Dolah. Wajah yang kacak pun malu ditunkjukkan, apalagi suaranya yang merdu....
hek eleh,gua ingat boleh dengar suara lu jones. lu betul potong stim ah.
keciwa dalam keterhiburan (boleh pakai ker ayat nie?)
kami memang suka tumpang populariti anda encik kassim abdullahjones masdor.
apa guna populariti kalau tak boleh ditumpang2. macam harta yang tidak dizakatkan!
terima kasih encik kassim abdullahjones kerana membenarkan populariti anda ditumpangi, dan menjadi imam solat berjemaah di masjid.
ala-ala Sajak yang dilagukan dalam Ada Apa dengan Cinta.. :)
saya sudah dengar semua. airmas pun hebat. mungkin boleh bersekongkol(bukan perkara kotor yang seperti anda semua fikirkan) dengan saya selepas ini..
TABIK !!!
Tuan Gitar Tong,
Harap dapat emailkan MP3-MP3 ke email saya basri.normohd[AT]gmail.com
Browser saya tak main2 lagu ni, tayang perkataan streaming saja 6 jam yang lalu.
TQ
Post a Comment