Thursday, March 31, 2011

dari enthiran kepada hantu kak limah

Dulu,saya pernah bertanya seorang kawan. Mengapa orang setelah kaya,akan terjun kedalam politik. Mahu kuasa,jawap kawan saya. Lalu saya menjadi hairan. Bukan-kah wang itu kuasa?

Kuasa wang hanya pada membeli dan ada yang hanya boleh dibeli dengan kuasa.Tambah kawan saya.

Satu suasana yang agak payah untuk saya hadam.

Lama kemudian saya bertanya pula; mengapa perempuan cantik rela bersuamikan lelaki tua yang politik dan kaya? Tidak-kah mereka merasa diperguna? Lalu kawan saya mengatakan yang ini adalah suasana sama menang. Si perempuan gembira mendapat wang dan si lelaki gembira mendapat wanita cantik. Ini adalah kemenangan bagi kedua mereka.

Ini juga sama.Tidak sampai akal saya memikirkannya. Cinta pada saya adalah perasaan yang harus dihormati. Bukan boleh dibeli untuk memang.

Mungkin hari ini orang tidak lagi memandang cinta sebagai suatu yang bernilai maka lihat sahaja apa yang terjadi hari ini. Cerai-berai menjadi biasa. Hal ini dipelupori oleh golongan penyanyi dan pelakon yang mengambil mudah ikatan perkahwinan.

Mereka jadikan cerai-berai seakan satu kejadian yang amat biasa. Waktu mahu mereka bernikah,bosan,mereka pun berpisah. Tidak perlu sebab yang mengegarkan arash. Cukup dengan prasangka tanpa siasat dan bukti,mereka pun minta bebas.

Tiada lagi apa yang dipanggil sabar.

Pernikahan banyak mendatangkan kebaikan. Maka wajip ianya dipertahankan. Betul,banyak rintangan dalam rumahtangga. Namun selama mana pasangan kamu itu tidak jahat,maka pertahankan-lah.

Perceraian itu musibah. Walau diizin tuhan,ianya banyak mengundang masalah. Cuba pandang anak-anak (jika ada) . Lihat mereka dengan kasih sayang. Pandang masa depan mereka dan cuba cari jalan agar kamu kekal berdua.

Orang politik yang dibahaskan hangat masakini itu mungkin bersalah dan malang isterinya jika perkara itu benar. Boleh-kah isterinya memaafkan beliau? Entah,saya tidak tahu. Namun saya lebih memandang kepada kejahatan membongkar rahsia peribadinya kepada umum sebagai satu dosa.

Semua orang pun ada rahsia. Semua orang-pun kadang mengamanah-kan rahsia itu kepada teman yang dianggap karib. Mengkhianati amanah itu walau apa-pun sebabnya adalah satu kedukaan.

Satu kecelakaan besar dalam hidup kita adalah bilamana kita gemar-kan siri-siri dalam kain orang. Entah dimana untung-nya bila kita hebahkan aib orang atau amanah rakan kepada semua.

Kita tidak mahu fikir akibat. Kita selalunya merasakan yang kita ini dianiaya maka untuk kembali,kita pula datang kepada aniaya.

Maafkan saya.Merepek tidak tentu hala.Saya sedang jiwa luka waktu ini. Cewahhhhh.

Tuesday, March 29, 2011

keling

abu - dia mati sebab kencing manis.
abbas -tak-lah.dia kena patuk ular masa jogging.
abu - betul-lah tu. dia kencing manis.dia jogging sebab nak jaga kesihatan. masa jogging,dia kena patuk ular.maknanya,dia mati sebab kencing manis.


Friday, March 25, 2011

call to say i love you


gambar hiasan

Misteri alam abad ini (kepada saya sekurang-kurangnya): mengapa makin ramai yang memerlukan lebih dari satu telefon dengan nombor yang berlainan?

Sibuk atau penting sangat-kah kita?

Dan, Dato' M.Nasir? Tak kutu langsung.


Tuesday, March 22, 2011

malayarama

Mereka tidak faham.

Kita bukan pemuja ketua kaki bangkang tetapi kita ini pembenci kaki korup.

Mereka ini bodoh gamaknya.


Bosan.

Monday, March 21, 2011

gamam

Kita boleh faham bila ombak besar itu datang dan membawa pergi bersamanya ribuan nyawa. Malah kita jadi amat simpati.

Namun bila mayat bergelimpangan dibaham kapal (terbang) perang,...

Saya tidak tahu apa yang mahu ditulis.

Monday, March 07, 2011

dan rimba pong bersalam-lah


Dibawah ini adalah wajah Nazri 'chot' Sood. Lelaki yang menyelit sebelah kiri dalam foto ini adalah Dahrie Zakaria,lelaki yang kalau kita mahu percaya gosip-gosip liar adalah seorang mata-mata gelap (kerajaan). Dua lukisan dibelakang mereka pula adalah hasil karya Radzuan Mat Diah,pelukis kebanggaan Sekolah Menengah Sri Mahkota,Kuantan. Tapi kita bukan mahu bercakap mengenai Dahrie atau Radzuan kerana ini adalah cerita mengenai pameran Chot dan Zakaria Adam.


Saya lupa bila saya mula kenal dengan Chot. Lama dulu barangkali. Beliau mula sebagai pelukis potret dan walau pun masih me-motret,beliau kini mula melangkah kearah membina nama sebagai salah seorang pelukis realis yang menampakkan daya maju dan tidak takut untuk bersaing.

Malah boleh saya katakan yang beliau kini antara pelukis realis yang amat berjaya dan sangat sombong jika kamu melihat gaya beliau memegang puntung rokok.

Karya-karya beliau banyak menghiasi kulit novel keluaran Creative Enterprise dan selayaknya-lah beliau memilih ayam serama sebagai subjek jika kita mahu melihat siapa guru beliau. Tidak lain dan tidak bukan,pelukis 'hutan'terkenal Malaya iaitu pelukis Jaafar Taib. Atau jika mahu boleh sahaja kerana beliau sendiri pun memang serama,kecil-molek walau pun kini 'balungnya'semakin menjarangkan diri.

Keputusan untuk berkarya sepenuh masa lebih kurang tiga tahun sudah adalah satu keputusan yang paling benar yang pernah diambil oleh beliau.Tambahan pula beliau memang seorang artis yang prolifik. Begitu-lah hendaknya bila kamu sudah membuat apa-apa keputusan.

Menjadi pelukis atau apa sahaja. Ambil keputusan dan lakukan kerja itu dengan tekun. Hasilkan karya dan berdoa agar tuhan memberi ruang yang teramat besar. Jangan jadi seperti sesetengah yang mengaku pelukis namun bila diminta lihat mana karya maka dijawabnya semua habis dijual.Walhal,mereka pemalas.Lebih meluangkan masa kepada kerja yang tidak mendatangkan manafaat untuk kehidupan duniawi apatah lagi ukhrawi. Fulamak,ayat macam ustad-ustad.

Saya sebenarnya perlu meletakkan juga foto Zakaria Adam,namun ianya tidak ada dalam simpanan saya. Jadi kamu baca saja-lah mengenai beliau dan gunakan imaginasi,biar bergerak sedikit otak karat kamu itu.

Beliau lebih menjurus kepada penghasilan karya batek,walau bagaimana-pun,untuk pameran kali ini beliau akan mempamerkan karya cat arkrilik atas kanvas.

Zakaria Adam adalah pesara guru yang menjadikan periuk kera (tumbuhan-timbuhan itu,bukan periuk yang kera gunakan untuk memasak)disamping menjadikan alam sebagai sumber inspirasinya.

-salam, saya memilih perkataan itu kerana ianya membawa seribu maksud. Pengenalan,mengikat kasih yang sedia bertaup misalnya. salam adalah kata-kata yang membawa bahgia,islam juga datang dari kata-kata salam- kata beliau menerangkan apabila ditanya mengapa memilih salam dari rimba sebagai tajuk pameran beliau dan Nazri.

Kami dengan rendah hati menjemput semua untuk hadir kepameran ini.Ini adalah kali ke-tiga pelukis bukan dari kalangan anggota studio kami berpameran ditempat kami.

Jadi,jika kamu benci dan dengki kerana kami sangat berjaya ini sekali-pun,datang-lah memberi sokongan kepada dua pelukis ini.

ps: semua lukisan yang dipamerkan disini adalah karya Nazri 'chot'. Kami akan mempamerkan karya Zakaria Adam bila karya beliau sampai ketangan kami.

poster pameran kali ini adalah karya meor khairol nizam,pem-poster terbaik yang pernah kami kenali.