Tuesday, January 04, 2011

keluhan dan luahan hati seorang jejaka paling romantis abad ini


1.Betul,saya kaya,sombong,kacak dan pendek namun setelah membuat muasabah diri,saya dapati saya tidak pernah seumur hidup menggunakan perkataan ini sebagai maki-maki kepada sesiapa atau apa-apa-pun.

Bila difikir balik,saya memang tidak pernah memaki sesiapa sebenarnya. Baik juga orangnya saya ini rupanya.Betuah Mok saya dan beruntung mentua saya.

Dan jika Mok saya tahu saya menggunakan perkataan ini,dia akan cili mulut saya.Kamu wajip tahu yang saya anak kesayangan (atas sebab-sebab yang tidak ada pada kamu semua) dan tentunya saya tidak pernah dijentik oleh Mok hatta sekalipun.Pernah satu ketika semasa saya berusia 17tahun,seekor nyamuk telah mengigit saya dan ia dilihat oleh Mok. Seperti kerasukan Mok menangkap nyamuk berkenaan. Disiat-siatnya serangga yang berdosa itu dan dibekukan didalam peti sejuk (pertama dikampung saya) dan disimpanya berhari-hari. Saban hari Mok akan membuka peti sejuk dan mengeluarkan nyamuk berkenaan lalu dimarahnya seperti baru semalam nyamuk berkenaan menggigit saya.Namun maki-maki terutama perkataan ini adalah biadap yang tidak akan dimaafkan oleh Mok saya.

Ini perkataan jahat Melayu. Perkataan paling hina. Akan jatuh kelembah melarat paling bawah bangsa melayu jika di-maki menggunakan perkataan ini.

Lalu apabila dR.Ali memberi tahu saya yang -esok harga minyak naik lagi- sepontan terkeluar dari mulut saya:

BABI!
BABI!
BABI!

Tiga kali saya mengucapkan perkataan itu. Dan dada saya terasa sangat lapang. Lalu saya ingatkan diri saya untuk sentiasa memaki-maki. Terapi barangkali. Padan-lah ahli parlimen Malaya gemarkan maki-hamun.

Setelah itu,saya ke stesyen minyak untuk mengisi petrol,kebetulan memang minyak kereta saya hampir habis.


2.Pada hari sabtu ini,bersamaan dengan 08/01/11,bermula jam 2.30petang,Studio Rajawali akan mengadakan pembukaan pameran foto berjudul ALAM.

Kami dengan ini menjemput semua datang untuk memeriahkan pameran ini. Ianya diambilbahagian oleh jurufoto-jurufoto terhandal masa kini dan Nurhasanah Mazalan.dR.Ali dan DR.Jamal Abdul Rahman adalah bertanggungjawab atas pemilihan gambar foto yang bakal dipamerkan.

Saya tidak diminta menghantar foto hatta untuk dipertimbangkan oleh dR.Ali.Saya rasa dR.Ali tidak suka saya.Saya rasa saya tidak berdosa apa-apa-pun dengan beliau.Saya sangat sedih.

7 comments:

mae said...

ok la...aku tergelak la jugak tadi....tapi sikit je..takde bunyi pun....bunyi pun sikit je....

Unknown said...

Lawok la AJ nihhh....

Memang perkataan itu yang paling bahaya dan amat berdosa dalam masyarakat Melayu kita hatta kacak segak macamana pun orang yang mengucapkannya. Sekian. xx

Unknown said...

i tekan butang 'like' bg penyampaian entry ini haha!

b.tan said...

hahaha!
tapi aku tak sanggup menuturkan kata-kata yang penuh kedahsyatan itu. yang termampu aku ungkapkan hanyalah...

PIG! PIG! PIG!

atau lebih ikhlas dan jujur...

khinzir lu, be end!!!

Waqheh said...

ini makian saya pula.. HARAM JADAH minyak naik lg... HARAM JADAH minyak takde kat pasaran cemana nak niaga ni.. HARAM JADAH LAGI... cukai barang kosmetik yg mahal2 turun..bkn semua org guna pun...tak ada pun tak jejas hidup.. HARAM JADAH minyak masak takde cemana mak saya nak goreng ikan untuk hidangan kami hari ini..

Hashim Zabidi said...

semua orang kutuk mengutuk bila hati tak puas. Tak fasal-fasal sang babi jadi alat maki memaki...

Ba bawah bi = babi.

mizi said...

terbaikkkkkkkkk....