Monday, August 02, 2010

melancong ke kuala terengganu;sebuah nota kembara yang sangat menarik dan sangat panjang

Setelah selesai acara Pembukaan Pameran Solo Abu Yusof,keesokkan harinya,kami yakni,Dr.Ali,pengfoto dan jurukrusus keselamat dalam kilang yang kini hidup dalam bimbang akan hilang lelaki akibat jatuh terhentak tulang punggung ketika bermain futsal, engku kamalul kholid,keturunan raja indera mahkota yang tidak ada langsung kelebihan selain dari janggut berwarna perangnya dan saya, well, kamu semua kenal saya,pun bersiapa sedia untuk memulakan perjalanan ke Kuala Terengganu.

Tiada yang istimewa perjalanan itu selain dari pergi untuk memeriahkan Pertandingan Melukis Citra Terengganu,pertandingan lukisan yang semakin menampakkan momentum untuk menjadi suatu acara seni tampak yang berprestig jika semua perserta datang dengan jatidiri yang tinggi dan penganjur pula mahu membuka ruang yang lebih luas dalam menentukan genre lukisan yang mahu dkiterima. Setakat hari ini, pihak penganjur lebih menjuruskan kepada lukisan-lukisan yang sesuai untuk dipamerkan didalam sebuah musium.

Dengan skop yang lebih luas, pihak penganjur mampu mendekatkan pelukis-pelukis dari berbagai genre untuk turut serta dan ini akan memungkinkan pihak penganjur memiliki lebih banyak koleksi lukisan lalu setelah sesuai masanya,sebuah galeri yang teramat bagus akan dibina di Terengganu. Namun,sayugia diingatkan, pilihan pembina galeri itu nanti harus dibuat dengan saringan yang teramat rapi. Kita semua tahu masalah yang dihadapi oleh bangunan-bangunan yang dibina di Terengganu.

Kami mula selesaikan urusan yang perlu diselesaikan hari itu dan mula merencana untuk bergerak. Engku Kamalul Kholid pulang kerumah dan menunggu disana. Rancanganya adalah saya akan mengambil beliau dirumah bersama Dr.Ali dan terus berangkat.

Kita merancang,tuhan juga merancang dan sudah barang tentu rancang tuhan adalah terlalu benar. Saya bersiap dan menunggu Dr.Ali yang sedang meng-up-date-status-facebook-nya. Saya menunggu dan menunggu dan menunggu dan menunggu dan menunggu dan menunggu dan menunggu dan menunggu.

Ada masanya si genuis seperti saya juga akan mengalami masa bodohnya dan hari itu adalah satu masa darinya.

Dr. Ali mempunyai 13juta friends dalam akaun facebooknya dan beliau perlu memberitahu (secara peribadi) setiap satu dari teman-temannya itu mengenai rencana beliau untuk memulakan perjalan ke Kuala Terengganu. Selain dari itu, beliau juga perlu membaca setiap satu dari 13juta pages teman-teman beliau.

Sepatutnya,sebagai seorang cerdik, saya juga perlu menjadi seorang yang sabar,namun seperti yang saya katakan tadi,hari itu hari bodoh saya. Menunggu dan menunggu-lah saya.

Setelah diperiksa dan mendapat tahu yang Dr. Ali telah sampai kepada friend yang ke 12 999 999,saya mengambil keputusan untuk pergi kerumah Engku kamalul Kholid dahulu dan dalam congkakan saya, mungkin setelah selesai urusan mengambil Engku,Dr.Ali sudah bersedia untuk bertolak.

Mujur benar kira-kira saya itu tepat dan kami pun mulakan perjalanan ke Kuala Terengganu.


marang/matahari terbit

Kami tiba di Kuala Terengganu selepas waktu maghrib dan terus ke Musium Losong,tempat berlangsungnya pertandingan yang disebut tadi. Kami sebenarnya telah merancang untuk bermalam di surau musium tersebut,untuk menemani pelukis Osman Limat yang terlebih dahulu tiba.

Setelah sembahyang dan berehat,kami keluar makan dan setelah itu pulang semula ke surau. Pak Osman mengambil keputusan untuk tidak bermalam di situ.Beliau telah menyewa sebuah bilik bersama Alif,penuntut Sekolah Menengah Vokaysional Bentong dan juga penuntut senilukis paling setia di studio kami.- sana ada tibi,aku nak tengok tilawah-kata beliau. Tinggal kami bertiga dan juga pelukis terkenal Zaharuddin Sarbini yang datang dari Kuala Lumpur bagi menyertai pertandingan itu.

Esoknya,sesudah subuh,kami bergegas ke Marang bagi mengejar matahari terbit buat difoto. Hasinya adalah foto diatas.

Selesai menfoto,Dr.Ali mengajak kami makan pagi disebuah kedai yang sering beliau berbelanja ketika selalu berulang-alik ke Kuala Terengganu.-sana ada telor ayam kampong-kata beliau dan kita semua faham mengapa beliau bersungguh-sungguh mahukan telur ayam kampung pada waktu dan ketika ini. Untuk mengingatkan kembali,saya ulang secara ringkas; Dr.Ali main futsal.Jatuh terhentak tulang pinggul.Bimbang tidak menjadi lelaki.

Kami pun ke Jalan Siakap dan memang benar disana ada sebuah warung kayu seperti yang diceritakan beliau.-dulu kecik je,sekarang dah besar- kata beliau. Tidak faham hukum alam agaknya beliau ini. Yang kecil biasanya akan menjadi besar kemudian akan mati. Itu biasa,semua orang pun tahu.Kecil menjadi besar kemudian menjadi kecil juga banyak yang tahu. Yang mengejutkan adalah,kecil menjadi besar main futsal jatuh terhentak tulang pinggul dan mati. Ini adalah kejadian. Boleh menjadi berita atau sekurang-kurangnya menjadi bahan simpati kawan-kawan. Bawa berjumpa bomoh misalnya atau jika kamu Dr. Jamal Rahman, memberikan nota kebenaran membeli pil biru terkenal itu misalnya.

Sebelum sampai ke warung di jalan Siakap, Dr. Ali telah membuat panggilan talifon kepada rakan lama beliau,Dr.Shamsuddin jika tidak silap saya.Sangat baik orangnya. Kami hairan bagaimana beliau boleh kerkawan dengan Dr. Ali,bahkan kami sangat hairan bagaimana Dr. Ali ada kawan langsung!Main futsal jatuh terhentak tulang pinggul mati dan menjadi murung. Satu ciri-ciri yang amat menjengkalkan untuk dibuat teman berbual apatah lagi teman tidur.

Kuih-muih dan lauk-pauk dari Terengganu amat menepati selera saya. Dan pagi itu saya makan pulut lepe dua ute,roti poung su te dan donak kampong su te. Minumnya adalah kopi-o-ais.

Engku Kamalul Kholid pula memesan roti canai banjir dan nescafe panas.

8biji telor ayam kampung! Satu kedai jadi heboh apabila Dr. Ali membuat pesanan.-mari duane ni.nye bahang lapang ute skali rak- tanya pacik disebelah saya.-kite dok kena dia. kite jupe tepi jalang sakni.ssiang tengok mmepeh,kite wi tupan,kite ajok gi makang. kite dok kena ia-jawab saya. Sengaja menggunakan slang tempatan untuk menutup malu berkawan dengan beliau.

-ade masaloh hok bbawoh bakali-duga pakcik itu. -ho,bakali-jawab saya.

Selesai minum,yang dibayar oleh Dr.Shamsuddin,kami pun bergerak ke musium dan acara melukis telah mula untuk hari keduanya. Dibawah adalah sebahagian peserta yang datang dari UiTM Machang,Kelantan.

takingat nama/uyu/amah/uitm machang/kelantan

-Kalu dok jadi,putuh kawang-kata sms dari Ustaz Azhar Idrus,pendakwah dan penceramah terkenal yang juga kawan baik Dr.Ali. Sekali lagi kami tinggal berfikir. Mengapa seorang seperti Ustaz Azhar Idrus mahu berkawan dengan beliau? Dan kami pun mendapat jawapannya, Ustaz adalah insan yang menerima siapa sahaja sebagai kawan selama mana dinamakan manusia. Sifat begini sepatutnya ada kepada kami,namun permasalahan yang sering ditimbulkan oleh Dr. Ali (ditimbulkan.dr.ali. hahahahaha.main futsal.jatuh. tak bangun.hahahha) menjadikan kami manusia yang memasuki jalan payah untuk menuju keredhaan tuhan yang maha segala. Kami mohon doa dari Ustaz Azhar agar kami diberi laluan yang penuh limpah rahmat dalam mencari ketenanan abadi.

Sebenarnya tengahari itu,ustaz telah berjanji untuk menjamu kami dan seperti janji seorang islam,ustaz pun menunaikanya.

Kami dibawa ke Lapar-Lapar Kopitiam yang terletak di perkarangan kilang dan juga pusat jualan batik yang terbesar yang pernah saya lihat iatu Pusat Komersial Noor Arfa batik di Cendering.

Bimbang juga apabila melihat perkataan kopitian itu,maklum-lah dengan isu 'belum halal' banyaknya kopitiam yang menjadi budaya hari ini. Namun yang membawa kami adalah Ustaz Azhar dan sudah tentunya beliau akan membawa kami kejalan yang benar.

Kami dijamu dengan menu,kari hijau,udang lada hitam,tomyam makanan laut,sambal dan juga ulam raja yang dipetik dilaman hadapan kami! whoooo,kalau ini tidak segar,kami tidak kenal siapa Dr.Ali.

Tomyam yang dihidangkan adalah seperti mana-mana tomyan yang sedap. Cukup semua rempah-ratusnya dan tidak kedekut dengan isinya. Udang lada hitamnya pula pada pendapat saya agak mengecewakan atau mungkin udang pada saya hanya sesuai digoreng kunyit sahaja.Namun kari hujaunya adalah sesuatu yang luarbiasa. Lemak berkrim dan itu bukan kerana saya sengaja mahu mensabitkan perkataan itu. Ianya memang lemak dan sangat berkrim. Ada rasa yang sangat nyaman ketika ianya duduk diatas lidah dan suatu perasaan bangkit (mungkin Dr.Ali tidak merasainya,kamu tahu bukan? futsal,jatuh,mati) bilamana ianya lalu ditekak. Tidak ada perkataan yang sesuai dapat saya nyatakan disini bagaimana nikmatnya kari hijau itu. Kudos kepada juru masaknya.


engku/ustaz azhar idrus/dr.ali

Selesai mengharungi pengalaman menyegarkan itu,kami pun berpisah dengan janji untuk bertemu petang nanti untuk sesi kenal-mengenal dengan ahli-ahli digitalmukmin.com,satu komuniti foto yang juga dianggotai oleh Ustaz Azhar. Ustaz Azhar adalah seorang jurufoto amatur yang sangat profesional. Pergi kesana dan lihat foto-foto beliau dan kamu akan setuju bahaya beliau adalah seorang jurufoto yang bagus.

Kami pulang sementara dan berehat. Petang itu seperti yang dijanjikan,kami ke Masjid Putih di Kuala Ibai. Di kedai kopi bersebelahan,telah menunggu anggota komuniti tersebut dan kami pun berkenal-kenal. Malang sedikit saya tidak mengfoto keadaan waktu itu. Kebanyakan mereka adalah muda remaja. Dan kelihat amat tertib.

Sepatutnya selesai acara kenal, kami akan mengfoto tenggelam malatahari, alhamdulillah hari itu cuaca sedikt mendung dan matahari tidak kelihatan.Lalu sesi itu ditukar kepa sesi mengfoto anak-anak Ustaz Azhar. Saya lupa nama mereka.


anak-anak ustaz azhar idrus

Waktu bertemu Ustaz Azhar tengahari kari hijau,kami diperkenalkan kepada Tengku Badruddin,anak muda yang menganggotai kumpulan musik yang menggelar diri mereka 'dendang anak' .Pertemuan itu terlalu sekejap untuk menjadi lebih akrab. Beliau perlu bergegas ke kolej. namun petang itu,beliau telah meluangkan masa bersama kami di kawasan Masjid Putih,sangka saya beliau juga mengfoto,namun tiada kamera yang dibawanya. Datang meraikan agaknya.


tengku badruddin raja bahrain

Saya sering melihat foto-foto yang dihasilkan oleh Ustaz Azhar dan saya amat tertarik dengan gambar-gambar yang melibatkan 'muse' beliau iaitu,Pok Mang. Hari itu saya berpeluang mengfoto Pok Mang dan saya pun gembira.


pok mang/masjid putih

Selesai sesi mengfoto dan waktu pun maghrib-lah,maka kami pun meyelesaikan urusan dan mula bergerak kehaluan masing-masing tetapi tidak sebelum berjanji untuk makan malam bersama.

jomla join dendang anak training malam ini jam 10- kata sms Tengku Badruddin kepada saya.-dah janji dengan geng DM balas saya. -Ambe sudah ejas dengan Ustaz,dia kata ok. balas sms beliau. Maka kami pun berjanji-temu.Kami dibawa kesebuah rumah dalam kawasan istana ditengah bandar Terengganu dan disana telah menunggu ahli kumpulan 'dendang anak'. Setelah berkenalan maka mereka pun memulakan latihan. Saya dapati kumpulan ini amat mengasyikkan, dalam maksud yang lebih besar.

Disini,selain dari penyanyi utama, seluruh penonton adalah digalakkan untuk turut serta melagukan naynyian dengan setiap anggota dibekalkan sebuah buku yang mengandungi semua lirik yang dihasilkan oleh amir kumpulan mereka. Saya dan Engku Kamalul Kholid tidak biasa bernyanyi lalu kami diam sambil menderap-derapkan jari tangan kelantai.

Dr. Ali kami lihat sudah mula mahu mengeluarkan suara lalu kami tutup mulut beliau dengan kedua tangan kami. Suara beliau tidak sedap,berdepe,kata orang Pahang,kami malu. Beliau marah-marah dan diam.

Oh! sebelum lupa, Zaharuddin sarbini juga ada bersama kami waktu ini.

Beliau lapar dan kami lebih lapar kerana belum makan menunggu tunai janji bersama anggota DM. Jam hampir 1130malam dana Dr.Ali mendapat panggilan dari anggota DM bertanyakan janji kami. kami terangkan keadaan dan setelah berbincang,kami dengan berat hati terpaksa meninggalkan majlis yang nampak seperti menuju puncak itu.

jika rajin,saya sambung kemudian.Dibawah adalah gambar kumpulan 'dendang anak' beraksi.

kumpulan dendang anak

13 comments:

dugongsenyum said...

kari ijau. perghhhh!!!

Unknown said...

"-mari duane ni.nye bahang lapang ute skali rak- tanya pacik disebelah saya.-kite dok kena dia. kite jupe tepi jalang sakni.ssiang tengok mmepeh,kite wi tupan,kite ajok gi makang."

Oh AJ.... It's almost 2am and saya hampir mengilai macam kuntilanak pulang petang membaca blog ini...**note to self: baca blog AJ siang2 buta sahaja....**

XOXO

Ahmad Belia said...

bro, panjang giler. gua pun rasa malas nak baca. kalau ada gambar gua best jugak. lain kali hello gua bro...huhuhu

Anonymous said...

bang..maaf

tak sempat.

~po

Rejim said...

~nota~

Rejim telah dikejarkan ke hospital sejurus selesai membaca posting ini kerana tidak berhenti henti ketawa.

~nota~

zizie ali said...

bise deme. kkawang denge ustad azhar, anok raja bahrin, dr samsudin. bertuoh deme ada kawang macam dr ali. opp! silap..bertuoh dr ali ada kawang macam deme.

abdullahjones said...

zizie.po. tidak ada rejeki kita.insya allah mungkin lain kali.

Lily Lola said...

Kesian dRAli.

Anonymous said...

gmbr sun rise tu, heaven!!

budakli said...

penceritaan & amat bagus... :D

Pegawai Khalwat said...

Perghhh!

isteri kulupsakah said...

kami pernah jemput dendang anak utk program muzikal extravaganza 2009 di shah alam.. besarkan group mereka?

housesoul said...

penceritaan amat unik..tidak jemu membaca walau panjang berjela.