Sunday, June 27, 2010

ulamaya karin

Dek kerana terpanggil dengan berita beberapa orang pandai agama yang menyertai partai politik, saya keluar sebentar dari percutian menulis.

Molek sebenarnya apabila golongan tahu tentang agama menyertai sebuah partai politik yang selama ini duduk dalam kabur tentang pegangan agama mereka. Dengan peryertaan mereka-mereka yang faham, sudah tentu partai politik yang disertai akan lebih berdayamaju untuk mengamalkan apajuga yang diperintah tuhan.

Tahniah juga diucapkan kepada mereka diatas keputusan yang mereka buat. Semoga tuhan mengampunkan (jika ada) dosa mereka.

Menyebut mengenai pandai agama menyertai partai politik demi untuk kebaikkan sesebuah organisasi yang kuat membela hak rakyat, sayugia saya sarankan agar lebih ramai mereka-mereka yang tahu dan faham agama ini turun kedalam kancah kehidupan para marhain. Jangan kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa tahu. Berkahwin dengan penyanyi atau pelakon misalnya. Dengan cara ini kita berharap semua pogram untuk rakyat akan menjadi lebih islami.Dengan adanya mereka-mereka ini dalam apa jua persatuan sekurang-kurangnya kami tidak menjadi kambing tak bergembala.

Untuk itu, saya adalah dengan ini menyarankan agar yang mulia dr.muhammad asri zainal abidin,yang katanya tidak akan menyertai mana-mana partai politik untuk segera menikahi mana-mana penyanyi atau pelakon. Dan jika benar berita akan berlakunya perceraian pelakon maya karin, maka adalah teramat cocok jika mereka disatukan.

Cuba kamu bayangkan betapa pendokong hiburan yang selama ini dituduh jahat akan merasa kembali aman. Tidak menghairankan jika ramai diantara mereka (penyanyi,pelakon dan penulis berita hiburan) merasa berhak untuk menduduki sorga paling atas apabila salah seorang dari anggota kumpulan mereka diterimapakai oleh seorang ulama. Jika saya disuruh berpuisi untuk kejadian diatas,maka ini hasilnya;bertudung litup aku/kala kemahkamah shariah aku/waktu sementara itu/ini lubang berahiku buat tatapanmu.

Lalu bayangkan pula betapa meriahnya pernikahan itu dengan seribu-ribu berita dan acara bagi menyaksikan pernikahan dua cabang kehidupan yang selama ini hanya nyaris-nyaris bersatu. Boleh jom kepoh disana.Boleh sure roboh disini. Seminggu adalah terlalu singkat masa bagi meraikan kebaikkan itu. Lalu kita buat sambutannya selama setahun dan kemudian diulang lagi sehingga kiamat. Tuhan itu maha segala dan niat baik kita tentu membawa redhanya.

Terima kasih kerana membaca. Izinkan saya kembali interval.

7 comments:

Hashim Zabidi said...

Pandai agama masuk partai politik terutama Umeno mudah-mudahan dapat menyedarkan veteran Umeno yg dah mabuk duit dan senang kemudahan sepanjang hayat mereka dapat diperbetulkan akidah politik mereka.

Jangan-jangan cerdik agama yg baru masuk jadi ahli nanti akan tutut mabuk kerana kekenyangan...

Najwa Aiman said...

Huh? Selama ni tak ada pandai agama dalam Umno??? Selama ni...??? Ye ke...??? Habis yang Islam Hadhari tu haper??? Siapa punya idea tu??? Pandai haper tu...???

dugongsenyum said...

maya karin? langkah mayat saya dulu!



HAHAHA

Ateh Nour said...

Sallam,

Ulamaya Karimmm....

Perfect

Anonymous said...

Pencuri Kota Baghdad

.., hah! sekadar langkah mayat, klcc lagi ku lompat .., tapi bukan demi maya.

demi fasha (yang badan mudah naik tu), dan persetan aku sama ada orang ramai tak suka, sedaramara tak suka, makbapak fasha tak suka, heck malah jika fasha sendiri tak suka .., janji aku sangat bahagia.

Anonymous said...

"singkat masa bagi meraikan kebaiKKan itu"

kk segaja ditulis begitu atau salah taip? ejaan betul ialah kebaikan; harap maklum

Az said...

Kecek bobok jah kijoe, tadok kijo lain ko?