Wednesday, June 02, 2010

buaya-buaya tersangkut

Semasa datang bersama rombongan GAPs (Gabungan Pelukis Se Malaya) tempoh hari, saya cuma sampai ke Kuala Jasin. dR.ali mengajak saya menyambung perjalanan terus ke Buaya Sangkut dan saya memandang beliau dengan pandangan paling koman. Gila adalah perkataan paling tepat ditujukan kepada dR.ali, midon,amin,amir,ifamuddin dan jika tidak silap saya,raduan nurudin. Waktu itu,kami diberitahu yang perjalanan dari Kuala Jasin ke Buaya Sangkut mengambil masa lebih kurang 6jam,berjalan kaki.Tidak ada manusia yang waras akan menghambakan diri berjalan kaki sejauh itu hanya untuk melihat sebuah air terjun.dR.dan kumpulannya adalah tidak waras.

Dan seperti semua maklum, grombolan yang mengelar diri mereka Kumpulan Gajah,mengambil sempena berat badan dR. ali dan hamidon barangkali,gagal sampai ke Buaya Sangkut. Dari sini,sifat dendam kesumat dR.ali telah mula menunjukkan sisi hitamnya.

Ditambah pula,En.Bakar,Tuan Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor adalah rakan baiknya.Maka sejak kembali dari misi gagal Kumpulan Gajah,mengambil sempena berat badan dR. ali dan hamidon barangkali,dR.ali tidak putus-putus berusaha untuk mengulangbalik misi tersebut.

Insaf dengan Kumpulan gajah,mengambil sempena berat badan dR.ali dan hamidon barangkali,beliau kini membentuk kumpulan baru. Mereka-mereka yang terlibat terdiri dari ahli kumpulan Jurufoto Luarbiasa. Mereka adalah,selain dR.ali,Jasni Muda dan Ali Tukimin serta Shahreen dari Muar dan Batu Pahat. Emran Mohd Tamil dan Bakhtiar@pahat dari kuala lumpur. Dr.Jamal Rahman,Hisyam Rahman dan Abang Naim dari Kuantan. Saya juga turut serta. Kecuali Abang Naim,kamu boleh googlekan nama-nama diatas untuk melihat hasil kerja mereka. Selain dR.ali,hasil kerja mereka amat cemerlang.




Sebahagian besar peserta rombongan ini terdiri dari mereka-mereka yang telah banyak menakluki banjaran dan gunung. Hutan dan belantara. Pendekata,jika berselisih dengan mereka,kamu akan merasa gerun dek bengisnya pengalaman mereka dalam acara hutan dan belantara.Banjaran dan gunung.Kali terakhir saya berjalan kaki jauh ialah takala saya turun dari kereta untuk kekedai membeli rokok.

Tiba di bandar Kahang di Johor, kami pun mendaftarkan diri di Pejabat Taman Negara dan terus ke Balai Polis Kahang untuk menyimpan kenderaan dan menaiki pacuan empat roda yang sedia menunggu.

Pejalanan dengan pacuan empat roda mengambil masa selama 2jam dan kami selamat sampai ke pinggir hutan. Hampir dengan Kuala Marong sebenarnya. Saya rasa ini adalah klimaks perjalanan Kumpulan Gajah,sempena berat badan dR.ali dan hamidon barangkali, dalam misi pertama ke Buaya Sangkut tempohari.

Kami bermalam di Kuala Marong.

Kuala Marong adalah kawasan santuari pemeliharaan ikan kelah,satu spesis ikan yang dilindungi. Disini kamu boleh mandi-manda dan berenang dengan ikan-ikan yang katanya antara ikan yang paling lazat didunia. 'sisek dia pon boleh makan! kata dR.ali separuh menjerit. Dalam hati saya,saya menangis. Lapar benar kawan saya ini,bisik hati hiba saya.

Tasek Air Biru,tempat mandi-manda paling romantis itu juga hanya 50meter dari Kuala Marong. Jika tiada hujan dihari kamu tiba disana,maka airnya teramat jernih.Lihat gambar Shahreen di Tasek Air Biru dibawah sebagai bukti jernihnya.Disebelah beliau adalah dR.ali.Lihat betapa gebunya tubuh beliau.

Mungkin,nanti jika ada kesempatan,akan saya ceritakan lagi pengalaman saya ke Buaya Sangkut.Mungkin juga tidak. Adapun begitu,intipati dari perjalanan ini saya dapati,dR.ali adalah seperti kanak-kanak hyper-active yang mendapat terlalu banyak bekalan gula. Kita tidak tahu dimana bekalan gula yang beliau dapati dizaman payah gula ini,mungkin ada saudara maranya yang berkepentingan lalu bekalan yang sepatutnya dijual bukan kepada rakyat untuk mendapat keuntungan lebih besar itu diberikan kepada beliau.

Setelah semua letih,saya kata letih,tetapi ayat yang lebih tepat adalah hampir mati,dan selamat sampai ke destinasi terakhir sebelum naik ke Air Terjun Buaya Sangkut,iaitu Takah Kunyit,maka kami pun berehat. Tidak dR.ali,beliau terlompat-lompat,terkinja-kinja kegembiraan. 'kita dah sampai!kita dah sampai! jeritnya lagak seperti politikus menang kerusi. Malah lebih dari itu. Saya amat cenderung untuk mengatakan yang lagak beliau seolah-olah budak lelaki yang pertama kali merasa keluarnya mani,namun sebagai menghormati songkok beliau, saya hanya sanggup mengatakan yang beliau adalah gila.

Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Encik Fakrul dan Encik Herman,dua kakitangan Perbadanan Taman Negara Johor yang bersama dengan kami dari mula hingga akhir acara. Juga kepada Nin dan Amira,dua pelajar Universiti Putra Malaya yang sedang menjalani latihan amali di Taman Negara Endau-Rompin.

Terima kasih juga kepada Encik Bakar,Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor yang memungkinkan pengalaman kami ini.

Kepada porter rasanya tidak payah saya berterima kasih kerana beliau hanya memandang ketika saya hampir pengsan mengalas beg sandang. Namun jika kamu perlukan porter,saya cadangkan kami memilih Arul. Remaja kurus kering ini mengamalkan ilmu hitam bagi memudahkan beliau memikul beg galas yang jika diangkat dua lelaki dewasa pun memerlukan terlalu banyak tenaga.

Terima kasih juga kepada Farid dan Fahmi,dua jurupandu pacuan empat roda kami. Jika panjang umur dan ada rejeki kami di Taman Negara Endau-Rompin Johor,kita akan bertemu lagi.

ps:semua gambar air terjun di ambil di Air Terjun Upeh Guling)

9 comments:

Anonymous said...

speechless!! arrrghhh cantik tuh! mm...bukn dr.ali ye, tapi air terjunnye! hah!

jawa peranakan said...

Tasik Biru tu berlintah..

sinaganaga said...

Pundek! Mana borang? Kata nak suruh isi! Lepas tu g kejar komunis tak kasi tahu keh! Cis!

2121studio said...

wakakakakaka.. keluhan ikhlas dari AJ yg tersangkut di Takah Kunyit...

Lope said...

Lawalah pulak gambar header tu.

QUDS REALCLOCKWISE said...

bro mana gambar gua...
ajis dah akat nikah ke?

Admin said...

bila dr ali nak jual songkok??

kingbinjai said...

kawasan yang sangat cantik

dugongsenyum said...

gambar air terjun tu aku ambik nak buat gambar desktop