Monday, June 14, 2010
bangsa-bangsa bodoh seMalaya
Di Malaya,seni (lukis) terbahagi kepada dua kelompok khalayak. Kelompok satu,yakni kelompok bodoh ,adalah kelompok yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai pengantara. Kelompok ini adalah hina dimata banyak pengemar seni.Kelompok ini dianggotai oleh manusia marah. Kepada mereka,mereka adalah insan yang sentiasa malang,sentiasa ditindas kerana tidak mendapat bantuan (dari kerajaan) dalam membangunkan seni kecintaan mereka.
Mereka teramat gemar berkelahi dan mencari salah sesama mereka. Tidak melihat seni(lukis) dalam cabang yang banyak. Tidak mengiktarf mereka yang tidak dalam aliran mereka.Kelompok ini ada sesekali akan kelihatan diacara yang dianjurkan oleh kelompok kedua.Lebih masanya mereka berkumpul sesama mereka dan meratapi malang yang menimpa mereka.
Ruang akhbar Bahasa Melayu pula hanya menjadi pembawa khabar. Yang diceritakan hanya bila dan dimana sesuatu acara seni diadakan dan selagi pengiatnya belum ditangkap berkhalwat,maka tinggal disitu sahaja berita mengenai seni (lukis).
Kelompok satu adalah kelompok terhegeh-hegeh mahu diterima.
Kelompok kedua dan teramat cerdik pula adalah bagi mereka-mereka yang menggunakan Bahasa Inggeris. Dalam kelompok ini,jika satu diantara saudara mereka mengikat dua biji telor kote dan dipertontonkan kepada umum,ianya akan diangkat sebagai suatu kerja seni maha agung dan adalah kejayaan dalam hidup seniman yang mengusahakannya.
Kelompok ini akan berusaha sendiri untuk maju dan demi pohon beringin yang tumbuh liar,mereka tidak akan samasekali masuk atau dilihat bergaul dengan kelompok pertama.
Ruang akhbar kelompok ini pula akan menyiarkan berita mereka-mereka yang terpilih.Yang memang dikelompok mereka atau yang hampir-hampir masuk kedalam arena elit yang mereka bentuk sendiri.
Gejala diatas berlaku dalam semua cabang seni di Malaya.ie,jika kelompok satu mempersenikan makyong,maka seni itu seni kelas dua,pariah. Jika kelompok dua yang mengusahakannya,maka ianya adalah prestige.
Racism bukan hanya apabila kamu melihat pada warna kulit.Ianya juga berlaku apabila kamu memejamkan mata kepada apa sahaja yang tidak duduk dalam kelompok kamu.
1Malaya?
hhharkkkkkkkkkkkhh! ptuiii!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Mula meludah kembali. Jones yang saya suka!
WL
saya sokong.
sebab itu saya bukan berada dikelompok2 itu.
saya berkelompok dengan pelajar saja.
tidak ada artwork atau tak pernah join mana mana exhibition dilabelkan
'sia sia belajar fine art' dulu.
:D
geram tu....tak apa melepas kan apa dlm hati..
rupakan marah kamu itu jones..
heh.
ada benarnya.
salah bahasa atau salah mentaliti?
jangan lupa datang ke pameran keh dan sila beri sokongan moral yang tidak berbelah bagi!
itu belum lagi 'racism' antara orang-orang seni visual dengan golongan sastera,muzik,teater, agama, politik, sains dll
contemporary my fut..sal
lalalalalala....
ya ya ptuih
jangan ptui..ptui..
silap-silap kena muka sendiri..
Anda Mahu Tips Berhenti Merokok Yang Berkesan ?
Post a Comment