Saturday, April 17, 2010

oh! mama, abdullahjones mahu (lagi) kaya!


Selepas dari buku Sajak-Sajak Suci, saya telah lama tidak mengecek wang dari kocek kamu dan apabila Meor lanterjiwa mencadangkan supaya kami menjadi kapitalis, saya terus setuju tanpa memikirkan baikburuknya. Maka lahirlah tee shirt diatas.

Untuk makluman, gambar yang dicetak adalah lakaran semasa saya menyertai ekspidisi Gabungan Pelukis Malaya ke hutan Endau Rompin bahagian Johor. Jika kamu dungu tidak tahu, Hutan Simpan Endau Rompin dibahagi kepada dua negeri,iaitu,Pahang Darulbangkrap dan Johor Darulsongkok.Lakaran asal kini ada dalam simpanan penconteng dinding tegar,Raduan yang terkenal dengan jenggutnya itu.

Kata Meor,tee shirt itu dijual dengan harga rm30 untuk yang berlenggan pendek dan rm35 untuk yang berlengan panjang. Harga termasuk kos pos. Saya kata murah sangat,lambat untuk bertambah kaya dan Meor pun mengajar saya untuk menjadi lelaki yang banyak bersabar. Lalu akur saya akan nasehat beliau.

Kamu perlu memasukkan bayaran tempahan sebelum 1hb Mei 2010 ke akaun Maybank Meor yang bernombor 1580 6001 3854 kerana tempahan hanya akan diterima sehingga haribulan itu. Selepas dari tarikh tersebut,kamu menangis airmata darah dan membunuh anak-anak haram kamu sekalipun,kami tetap dengan pendirian tidak akan menerima.

Tee shirt itu juga hanya akan dicetak dalam jumlah tempahan sehingga 1hb Mei 2010. Tidak akan ada cetakkan kedua.

Apa akan jadi jika saya tidak membuat tempahan? Tanya kamu penuh tandatanya. Jawapan standard saya adalah,seperti dR.ali,kote kamu kecik.

Untuk keterangan lebih jelas, hubungi Meor di lanterajiwa(a)gmail.com atau klik link ini.

6 comments:

benludin darulkopak said...

keh tunggu sale ujung tahun...dpt diskaun 50% kot

Hashim Zabidi said...

aku ikut aje apa kata darulkopak. Hujung tahun ada wang lebih sebab banjir.

Anonymous said...

semua orang mahu kaya.
roti kaya tak semua orang suka,

Linglung said...

kote kamu kecik?? hahaha

http://akulinglung.blogspot.com

nordinr said...

tak percaya la dr. ali kata mcm tu. nk telan air liur dia sendiri pun dia kata "maaf-kan saya".

Anonymous said...

bro jones,

apa ceritanya t-shirt nih ?

buleh tolong tanya pada si meor ? email tak berjawap ler..