Thursday, February 04, 2010

nostalgian

"abdul jalil!"

Waktu itu saya dalam sekolah menengah. Hasmadi Hamid menceritakan kepada kami bagaimana seorang pondan pada mulanya apabila ditanya polis akan namanya berikan nama perempuan. Namun setelah dimarahi,memberikan nama sebenarnya. Kami ketawa. Pada saya cerita itu (pada masa itu) amat lucu.

Saya lukiskan cerita tersebut dan menghantarnya ke majalah Gila Gila. Untuk makluman, walaupun suka membaca majalah tersebut, saya tidak pernah ada cita-cita untuk menjadi kartunis dan tidak pernah berhajat mahu menghantar apa-apa kepadanya. Tapi,entah memang begitu susunan tuhan maka lukisan pertama yang saya hantar ke majalah telah diterbitkan.

Dimajalah nama ABDUL JALIL telah ditukar kepada AWANG BIN CHOT oleh penerbit.

"kamu bernasib baik. hantar satu terus tersiar" kata Pak Jab kepada saya semasa pertama kali bertemu beliau.

Setelah tersiarnya kartun itu, saya lalu bercita-cita untuk melihat kartun saya di dua lagi majalah kartun terkenal waktu itu yakni, Gelihati dan Batuapi. Saya berjaya dan saya pun berhenti melukis kartun sehingga beberapa lama kemudian saya kadang-kala menghantar ke majalah Gelihati.

Pernah juga mendapat tawaran untuk menghantar kartun ke akhbar Metro. Jika tidak silap,surat itu ditandatangani oleh Sukor Lin.Namun seperti yang saya katakan, saya tidak berminat untuk menjadi kartunis.

Kemuncak penglibatan saya dalam kartun rasanya adalah satu keluaran hariraya majalah Gila Gila dimana penyumbang dari jauh,yakni bukan pelukis tetap telah dipamerkan wajah mereka. Antara kartunis yang ada sama gambar mereka adalah Bor, Acai dan Shah CD. Yang lain saya lupa. Bor dan Acai rasanya masih berkartun. Shah CD entah kemana.

Heboh satu kampung yang saya ini melukis kartun. Kawan-kawan sekolah juga.Glamour wooo.

Kartun pertama yang tersiar itu mulanya hilang entah kemana. Namun baru-baru ini masa pulang kerumah Mok, Mok telah menghulurkan kartun tersebut kepada saya. "mok sipang" kata Mok.Mok memang teramat sayang pada saya jika dibandingkan dengan adik-adik yang lain. Mereka semua huduh. Huluran itu-lah yang menerbitkan tulisan ini.

Nanti jika berkesempatan,akan saya siarkan lukisan itu disini.

Hasmadi Hamid adalah pencipta senikata lagu Biasan nyanyian Toki. Sekarang beliau adalah bomoh bebas dan pencari bijih besi sambilan. Hubungi beliau jika kamu terkena buatan orang atau mahu masukkan susuk besi kemana-mana anggota tubuh.

7 comments:

kelompen said...

salam bro.
yg lama tetap indah
tetap kenang
tetap ingat
semoga terus berkarya..

Waqheh said...

GILA-GILA MMG GILA..SY BACA MAK SAYA KATA GILA..

Unsunghero said...

hahahaha...AJ, tulisan gua pernah masuk Gelihati...geli hati gua sempat sekarang bila teringat balik...

inaidejari said...

huhu...tulisan gua pong penah masuk gelihati tapi ruang cari jodoh..hukhuk....byk giler dpt surattt...hahaha...glamer gak cam lu bro

kingbinjai said...

oo oo tak sabar

Hashim Zabidi said...

bermula dari ALIF diakhiri dengan YA.

Semua perbuatan samada menulis melukis atau apa saja, maka konklusi nya adalah Ya.

Yang betul pun Ya yang salahpun Ya.

Pastikan mukadimah terakhir dalam
kehidupan ini ada YA.

Snakebite said...

ada orang usaha mati mati nak jadi kartunis glamour tapi sampai ke sudoh tak dapat.

ada orang mudoh je dapat tapi taknok pulok

haih, donia donia