Thursday, January 28, 2010

kuala lumpur dimana kepala babi


senja ini, kelam
datang awal darimu, malam
seperti perawan menyimpan salam
pilihlah untuk jangan berdendam

-Sri Diah Shaharuddin-
facebook25jan2010

Sri Diah terpanggil untuk menulis puisi diatas setelah melihat gambar bandar kuantan waktu hampir senja yang saya ambil menggunakan lensa besar yang dipinjam dari Sukairi Shahri,pengkamera yang baru sebulan menceburkan diri ke arena senilukis dan telah berjaya menjual lukisan pertamanya minggu lalu.

Walau bagaimana pun, seperti kebanyakkan pelukis melayu, beliau sangat berpuas hati dengan terjualnya karya tersebut dan sehingga tulisan ini dibaca,beliau belum ada angan-angan apa pun untuk mula berkarya lagi. Seperti blog-blog beliau yang dibuka dengan perbagai keraian dan dengan segala macam cita-cita dan kemudiannya tidak dikemaskini, Sukairi Shahri adalah sejati melayu. Bukan satu blog, tapi dua. Melayu memang begitu. Tidak pernah cukup dengan kote 4incinya.

Namun Sukairi bukan seperti drali yang lebih dahulu jatuh kedalam senilukis dan beberapa bulan lalu telah membeli perkakas untuk memulakan dan sehingga hari ini masih belum siap hatta satu pun lukisan.Jika sebelum ini dia yakni drali akan marah hingga mahu menempeleng sesiapa pun yang makan bersama beliau dan tidak menghabiskan hidangan,hari ini saya pula merasa tersangat mahu menempeleng beliau. Kamu juga akan merasa seperti yang saya rasakan jika kamu ditanya dengan 'aok nok gi kl bile? kawan nok kirim beli kaler...' tiga kali seminggu. Lukisan tidak juga siap!

Berbalik kepada Sri Diah, perempuan yang keliling Kuala Lumpur mencari suaminya. Beliau bukan-lah orang pertama yang tersentuh dengan tulisan saya. Bukan menjadi misteri yang tulisan saya amat hebat dan bisa bikin siapa pun (yang punya jiwa halus dan mulus, hati yang jernih bak intan dan tidak mengambil gambar rusa makan dedak lalu mendakwa sebagai rusa liar sebagaimana yang dilakukan oleh drali) menangis dan mahu kembali kejalan yang benar setelah membaca tulisan saya. Ini fakta yang seharusnya diarkibkan atau digunakan dalam perbualan harian. Contohnya, tambah ayat ..seperti abdullahjones.. sebelum atau selepas apa ayat yang membawa maksud baik.

Mari kita ulas puisi Sri Diah,perempuan yang sering berdoa untuk suaminya. Bila difikirkan balik, malang benar nasib Sri Diah ini. Suaminya hilang di Kuala Lumpur,kemudian dari itu dia sering perlu mendoakan suaminya.Itu belum dikira tragedi yang menimpa beliau malam minggu yang lalu. Apa pun kita mengharapkan agar beliau tabah mengharungi bahtera kehidupan (beliau) yang sering dilambung ombak samudera agar nanti beliau dapat mengapai mahligai cinta yang beliau impikan.

Kembali kepada puisi Sri Diah.

senja ini

Baris ini menceritakan bagaimana sebuah kepala babi hutan telah dilempar ke sebuah masjid.Harus diingat yang puisi ini ditulis sebelum kejadian melempar kepala babi dilapurkan media maka sajak ini masuk dalam katagori sajak ramalan. Sama tarafnya dengan apa juga ramalan termasuk nombor ramalan. Maksudnya,kepala babi itu dilempar waktu senja. Disini Sri Diah telah silap meramal kerana kita semua tahu yang kepala babi itu dilempar diwaktu lain.

Meramal kejadian sebenarnya adalah kerja yang harus dilakukan dengan penuh hati-hati. Segala apa tindakkan yang kita lakukan wajip ada implikasinya. Maka,kamu wajip faham dan tahu mengambil tanggungjawab apabila kamu melakukan sesuatu. Menrealisasikan impian supaya seluruh penduduk Malaya duduk dalam aman dengan bercita-cita menjadikannya negara tanpa bangsa adalah satu bentuk kesalahan yang sepatutnya tidak dilakukan. Kita tidak dilahir untuk serupa. Jika memang semuanya dijadikan sama maka tidak akan ada yang menjadi hebat seperti saya. lalu itu adalah malang kehidupan!

kelam datang awal darimu

Sekali lagi Sri Diah silap. Kepala babi jarang membawa berita sedih. Kepada pengemarnya, ia adalah hidangan eksotika yang tiada tolok bandingannya dan kepada yang tidak mengemarinya pula ia adalah satu langkah kepada keharmonian negara. Lihat sahaja lapuran-lapuran mengenai kejadian. Bagaimana seluruh bangsa di Malaya mengutuk serangan itu. Ianya telah merubah skala jurang pengasingan yang selama ini menjadi duri dalam daging penduduk Malaya.Dengan lemparan tersebut, seluruh negara menjadi lebih harmoni.Kita di Malaya kini lebih bersatupadu. Lebih samaraya.Dan kita nantikan tarikh bilamana Thaipusam jatuh sama dengan sambutan aidil fitri/ahda untuk dirayakan bersama. Tidak sabar rasanya menunggu waktu itu.

Dua kali Sri Diah silap meramal.Lalu saya tinggalkan sahaja ulasan puisi ini kerana kesilapan-kesilapan yang dilakukan beliau amat memualkan.

Dua kali kejadian kepala babi dan satu kejadi kepala lembu. Kita menunggu kejadian kepala kote pula.

10 comments:

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR said...

ha ha ha!

what the heck...
i like you...

Pahlawan adamus di pasaran... masih bertangguh untuk mengembara bersama beliau?

tuan tanah said...

:)

patungcendana said...

penghinaan dalam senyuman? kau memang sinis... :-)

inaidejari said...

mmmm...xpe xpe....

Unknown said...

AJ never lose his touch!
i loike haha!

2121studio said...

kawan baru up foto terbaru AJ yg amat kacak dan amat rugi kalau tidak melihatnya di flickr saya... http://www.flickr.com/photos/2121studio/

Anonymous said...

Hello everyone!
I would like to burn a theme at this forum. There is such a thing, called HYIP, or High Yield Investment Program. It reminds of financial piramyde, but in rare cases one may happen to meet a company that really pays up to 2% daily not on invested money, but from real profits.

For several years , I make money with the help of these programs.
I'm with no money problems now, but there are heights that must be conquered . I get now up to 2G a day , and I started with funny 500 bucks.
Right now, I managed to catch a guaranteed variant to make a sharp rise . Visit my blog to get additional info.

http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]

kingbinjai said...

ho ho ho

Anonymous said...

loved las vegas? gangland the all modern [url=http://www.casinolasvegass.com]casino[/url] las vegas at www.casinolasvegass.com with all upon 75 … la mode manumit [url=http://www.casinolasvegass.com]online casino[/url] games like slots, roulette, baccarat, craps and more and moved direct coins with our $400 not involved bonus.
we be hardship with unvaried conception b wealthier games then the pass‚ online [url=http://www.place-a-bet.net/]casino[/url] www.place-a-bet.net!

Norah A said...

Thanks for this