Thursday, January 21, 2010

kemiskinan menunggu ditemui

"Osman Limat pelukis miskin.." kata Mr Jeffery,Konsultan Hospital Besar Kuantan kepada saya satu hari.

Biasanya,Pak Man akan melukis mengunakan tangan kanan.


Ini-lah idea romantis yang ada kepada ramai orang,bahkan idea ini juga telah meresap masuk kedalam otak kebanyakkan pelukis. Hidup sebagai pelukis wajip susah dulu kata mereka.Nanti bila telah 'ditemui' maka akan senang-lenang-lah hidup mereka.jangan berkarya,tunggu ditemui dan mula melukis.

Osman dikatakan miskin, dalam konteks ini, diisbatkan kepada 'rumah murahnya',kereta kancilnya' dan murahnya harga karya beliau.

Namun adakalanya beliau melukis menggunakan tangan kiri.

Osman Limat adalah pelukis yang paling mudah untuk di-berurusan-kan. Jika karya beliau berharga 500 ringgit dan kamu mahu karya itu dengan harga 200 ringgit, berbincang dengan beliau dan nescaya akan beliau lepaskan.Beliau adalah pelukis produktif. Beliau boleh menghasilkan bepuluh karya dalam masa sebulan.Tetapi menuduh beliau pelukis miskin adalah satu kesombongan.

Pelukis pula menjadi bodoh sombong apabila hanya berharap untuk 'ditemui' tanpa ada usaha untuk memasarkan diri.

Satu perkara yang jarang ditemui adalah pelukis yang boleh melukis dengan kedua-dua tangan dalam masa yang sama.


Lalu mengapa 'rumah murahnya','kereta kancilnya' dan murah karyanya menjadi alasan mengatakan beliau pelukis miskin. Apa itu kaya dan apa itu miskin adalah subjektif. Dengan tinggal dirumah murah dan memandu kereta kancil tanpa sebarang hutang dan pulang kekampung isteri di Indonesia setiap bulan dan tidak meminta-minta dan gembira pada saya adalah kekayaan yang tiada tolok bandingannya.

Pak Man juga boleh melukis dengan kaki kiri sambil berstokin. Walau bagaimana pun, beliau tidak boleh melukis dengan kaki kanan.Berstokin atau tidak.

Mungkin kepada sesetengah orang,rumah dan kereta besar pula adalah kejayaan dalam kerjaya,lalu tidak adil bagi siapa pun menuduh mereka yang tidak memiliki apa yang kita miliki sebagai miskin.

Bukan membela Osman tetapi nada 'osman limat pelukis miskin' saya lihat sebagai satu bentuk 'kasihan' yang tidak sepatutnya 'dilihat' dan 'dirasakan' oleh siapa sahaja yang mahu berusaha. Dan untuk makluman, lukisan yang sedang Pak Man siapkan dalam gambar-gambar ini telah dijual dengan harga 12ribu ringgit.

Dan tentu-lah yang paling ajaib adalah Pak Man juga boleh melukis menggunakan mulut.


al-fatehan untuk dr.anuar nor arai.

11 comments:

Cahaya Kekasih said...

wow.....hebatnye pakcik ni.....

inaidejari said...

sian cik man jadi subjek PHD aj....hahahah

kuzee said...

Wah...

Anonymous said...

gua bangga dengan Osman Limat yg juga sepupu kepada mak gua yang tercinta...beliau bukan miskin sbb jual hasil karyanya dengan harga yg murah tp seorang pelukis kaya dengan pengalaman dengan sifat murah hati...

binjidan said...

keh keh keh...

kelompen said...

hormat untuk pak man.
tiada kurangnya pada sebuah kelebihan dan tiada lebihnya kepada sebuah kekurangan.
hasil seni tiada harga jika diletakkan nilai pada pandangan sempit. pak man memang kaya...dengan ilham, dengan karya

Hashim Zabidi said...

Pak Osman Limat kawan lama saya, yang, masih dan terus berkarya. Salut untuk Pak Osman Limat...

2121studio said...

Pak Man memang LUARBIASA...

R@duan said...

dia juga boleh melukis sambil mengambil video....

kingbinjai said...

wah hebat!

Anonymous said...

Good day, sun shines!
There have were times of troubles when I didn't know about opportunities of getting high yields on investments. I was a dump and downright pessimistic person.
I have never thought that there weren't any need in large starting capital.
Now, I'm happy and lucky , I begin take up real income.
It's all about how to select a proper companion who uses your money in a right way - that is incorporate it in real deals, parts and divides the income with me.

You may get interested, if there are such firms? I have to answer the truth, YES, there are. Please be informed of one of them:
http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]