Friday, July 10, 2009

hati perempuan birah

tali satin halus.parfum jasmin dan anggur peram.kikis embun lelangit malam.empat dinding gelap.empat kaki tilam dan lampu rosak. sedut setiap zahir daki di kaki kotor. menjalari tindik pusat.
cium bibir fakir. berkongsi air liur hingga ke terowong halkum. melabuhkan titinada I Love You. visa untuk memunggah pintu kesucian.
gundik cinta... sentiasa dipincang harga.


titinada,I Love You/taf teh/dua lauk/2009

Seperti yang dijanjikan, saya mengulas sajak lagi.

Apa kamu faham apabila membaca tulisan diatas? Ops! maafkan saya. Saya lupa yang kamu semua buta seni. Pengetahuan seni kamu semuanya kamu letakkan diotak merpati.Dan merpati itu telah lama mati.

Biar saya saja-lah yang menerangkan gelap hati kamu kerana memang tujuan kejadian saya adalah untuk mencerdikkan kamu semua.

Jika kamu tidak kenal akan Taf Teh dan membaca tulisannya,maka tidak salah bagi kamu untuk menuduh Taf sebagai perempuan birah.Menulis dengan imbasan berahi tanpa ada batasan.Hingga ke satu tahap, saya akan bersetuju dengan kamu semua. Lagipun, untuk memenangi hati kamu semua,kadang-kala saya perlu menjatuhkan taraf bijaksana saya.

Saya suka bait pertama.Sungguh seksi. Namun di bait kedua, Taf nyata mahu pop dan mem-perfum-kan minyak wangi.Terlalu lama duduk dibawah Sufian Abas barangkali. (duduk secara kiasan,bukan secara literal,faham?) Mungkin beliau tidak mendengar berita betapa pemerintah telah megumumkan untuk kembali bertaubat. Berbaloi-lah agaknya penulis blog-yang-mahu menjadi-penyair-tapi-akhirnya-menjadi -penulis porno-itu -menelan asap pemedih mata tempoh hari. Kamu tahu siapa kamu.

Namun saya suka kata 'anggur peram'. Saya menganggap 'anggur peram'sebagai lamputinggi puisi ini.

kikis embun lelangit malam

Disini nyata dan terserlah biangnya penulis puisi ini. Mungkin,ops! maafkan kekhilafan kali kedua saya. Kamu memang tidak tahu maksud sebenar bait ini. Maka izinkan saya menerangkannya.

Untuk gagah,maksud saya,hmm.. payah sebenarnya untuk saya menerangkan perkara ini. Saya tidak senang dan merasa berdosa menulis patah-patah perkataan yang berbau lucah.

Namun demi nusa dan bangsa,terpaksa juga.

Gagah yang saya maksudkan adalah 'gagah lelaki'. Amalan mengambil 'embun lelangit' paling awal. Ishhh... payah benar bagi saya untuk menulis perkaraq-perkara berkait dengan kelucahan melampau. Saya malu.

Tapi demi kebangkitan semula partai amnu,saya terpaksa lakukan juga.

Begini, amalan mengambil air liur basi dilangit-langit (mulut) dan disapukan ke err..topi keledar diawal pagi setiap hari akan menghasilkan 'ketahanan' bilamasa 'amuk kecil' dimalam apa juga. Jumaat kah,khamis kah.

Maka apabila amalan ini di madahkan oleh seorang perempuan,maka tidak dapat tidak,kita akan (bila bertemu penulisnya) tersenyum sambil memandang seluruh tubuh beliau dan menjilat bibir.Atau juka kamu penulis blog-bertukar-penyair porno itu,kamu akan menjelir-jelirkan lidah. Keatas dan kebawah. Keatas dan kebawah.

Bait empat hingga sepuluh amat sesuai di perpanjangkan sambil diberi judul baru. Saya mencadangkan 'kisah perhubungan jenis seorang perempuan birah' sebagai judul. Cetak dalam saiz kecil dan jual bisik-bisik. Nescaya Tah Teh akan menjadi jutawan.

Penulis cuba menyembunyikan kebiangan beliau dengan menutup puisi diatas dengan satu penyataan konon beliau menulis kisah umum walhal kita semua tahu ini adalah kisah peribadi beliau. Beliau mungkin terpengaruh dengan tindakan sama pembuat wayang haram zadah mengenai mangkuk sia dan para babi. Yakni mengada-adakan kebaikkan setelah mempromosi kejahatan.

17 comments:

Pa'chik said...

kikiki... sangat kejam nih....

K.H said...

Arh, takut saya mahu menulis puisi kalau nanti akan dibedah oleh AJ. Ampun!

Lily Abdullah said...

Hahaha..kejam!

Teh, jangan bunuh diri sayang!

sinaganaga said...

ngeh

Pyanhabib said...

apa yang lu merepek ni, dolahhhh!

Panglipulara® said...

klu taruk tajuk "hanyir peram perempuan birah" pun stim kot bro...?

dugongsenyum said...

KAH KAH KAH KAH KAH...

hampeh.

durian! said...

ada perasaan membaca permata yang hilang di entry ini.

juga perasaan menyewa tape video lucah semasa darjah 6.

entah yang mana satu.

Taf Teh said...

Kanda, bukankah penulis perlu bijak memegang pelbagai watak dalam karyanya?


Saya amat suka dengan ulasan ini. Terima kasih...

;-)

abuyusof said...

dah kenal aj suruh jugak ulas sajak..
dah sah memang birah..

Anonymous said...

Aku setuju Teh,bila kau kata penulis harusbijak meainkan/menjiwai pelbagai watak.

Macam pelakon juga hehe..

Encik Jones whta you say?:D

aku yg bukan penulis pun,
Lily

Anonymous said...

Taip bun salah ngeh.ngeh..

thoyol said...

haha..

pak jones ada bakat menulis erotik..

aku lagi teruja baca ulasan pak jones dari sajak sebenar..

haha..

Kacik Kamarudin said...
This comment has been removed by the author.
ubilepih said...

hadiahkan ia kepada rancangan reyeliti tibidua PILIH KASIH

Kacik Kamarudin said...

Ah ramai betul yg cuba jd Aphrodite dengan membuka lebar - lebar kangkangnya...

Taf Teh said...

Saya kira di entri ini, terdapat DUA karya:

1) Prosa-prosa terkeluar orbit Titinada I LOVE YOU.
2) Proses Pembirahan Titinada I LOVE YOU.

Lebarkan pelantar khayalan dan minda untuk melihat DUA karya yang berlainan.

;-)