Ada kawan datang. Katanya dia tahu rahsia tarikh lahir. Selepas dicampur ditolak dibahagi lalu ditambah kuasa dua,dia dapat nombor sembilan.Dengan wajah yang sangat terperanjat dan seakan-akan mahu tunduk menyembah, mengatakan saya ini seorang yang sangat hebat. Saya tahan dia dari kufur dan angguk bosan. Ini rahsia umum, semua orang pun tahu.
Sebenarnya,saya sendiri ada pelbagai kepandaian yang sebegitu dan salah satu kepandaian majis saya adalah membaca peri dan tingkahlaku manusia dan kadang-kadang haiwan.Atau hari ini disebut sebagai psaikologi tingkah manusia.Sebelum itu,izinkan saya menyimpang sedikit.
Lama dulu, saya ada mempelajari satu ilmu bilamana melihat bayi,maka akan tahulah saya apa posisi dan adegan kegemaran ibubapa mereka dalam usaha mereka mendapatkan bayi tersebut. Ilmu ini saya tinggalkan setelah ramai sahabat yang menjauhkan bayi mereka dari saya.Maklumlah,saya sukakan kanak-kanak dan menjadi amat sedih apabila bayi yang comel itu dianjak jauh.
Namun kadang-kala,ada juga masa datang lintasan apabila terlihat bayi yang dikendong sesiapa. Jadi jika kamu berbayi,maka sayugialah kamu jauhkan dari saya. Bimbang saya terbahak-bahak sendiri dan dianggap kurang limabelas sen oleh kamu yang senantiasa menuduh-melulu akan saya ini.
Berdoalah agar kamu tidak dibebankan dengan perbagai kepandaian,seperti saya.Hidup kamu akan menjadi aman. Kamu hanya perlu makan,berkelamin dan meneka-neka siapa juara pertangingan rupa berseli nyanyian di televisyen.Cukup bulan maka beraraklah kamu membayar bil televisyen kabel yang hari ini kamu anggap wajip ada.Jatuh nombor dua setelah ubat tegang kamu dan ubat ketat isteri-isteri kamu agak saya.
Balik kepada perihal majisnya saya.
Disini ingin saya kongsikan ilmu tersebut,yakni,ilmu membaca peri dan tingkahlaku manusia dan kadang-kadang haiwan.Apalah ertinya berilmu jika tidak dikongsi bersama.Kita tidak mahu menjadi salur air yang tersumbat. Tidak memberi manafaat kepada sesiapa.
Ia amat mudah sebenarnya. Hanya dengan melihat tindakkan dalam kehidupan harian seseorang, kamu akan mengetahui jenis apakah mereka-mereka disekeliling kamu.
Baca betul-betul baris demi baris ayat dibawah kerana ianya mengandungi mesej tersirat yang amat sarat dengan nasihat dan panduan menjadi manusia. Dan setelah saya mati nanti,maka hebahkan tulisan ini sebagai magnum opus saya.Tulisan ini juga saya tujukan khusus kepada dr. ali yang katanya rajin membaca tulisan disini. Kepada beliau saya katakan, kamu memang bijak membuat pilihan. Syabbas!
Mari kita mulakan;
Jika kamu menunggang motosikal atau kereta dan terus memandu walau lampu isyarat adalah merah,maka kamu adalah babi.Jika kamu bermotosikal dan berlumba dijalan awam,maka kamu adalah babi.Jika kamu adalah pemakan rasuah,maka kamu adalah babi. Jika kamu taukeh atau pelayan restoran dan tidak senyum melayan pelanggan,maka kamu adalah babi.Jika kamu pemimpin negara atau negeri dan kamu menipu rakyat,maka kamu adalah babi.Jika kamu merogol anak sendiri atau anak orang lain,maka kamu adalah babi.Jika kamu berzina,maka kamu adalah babi.Jika kamu meragut samaada menyebabkan kematian atau tidak,maka kamu adalah babi.
Jika kamu melakukan aksi lucah dan merakamkannya lalu disebar disegala media, maka kamu adalah babi. Jika kamu menangkap orang bermaksiat dan merakamkannya lalu kamu sebarkan ke merata media,maka kamu adalah babi.Jika kamu tangkap dan pukul suspek apa juga dan belum dibuktikan kesalahannya, maka kamu adalah babi.
Jika kamu kerjanya berurusan dengan manusia dan sering mengelak dari melakukan tanggungjawab ,maka kamu adalah babi.Jika kamu bertudung litup dan memakai baju dan seluar yang menampakkan segala rangka dan benjol, maka kamu adalah babi.Jika kamu membina mahligai sama dengan tunai atau pinjaman ditengah-tengah kekalutan hidup manusia yang pada kamu adalah sampah dan menjadi bualan walau pun agaknya kamu memang dipihak yang benar, maka kamu adalah babi.Jika kamu masuk ketandas awam dan tidak membersihkan betul-betul untuk kegunaan orang kemudian,maka kamu adalah babi.
Jika kamu menganggap semua yang mengkritik adalah pembangkang,maka kamu adalah babi.Dan akhir sekali,jika kamu mahu membeli lukisan,maka belilah dari gerup rajawali.
Tuesday, July 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
best giler! aku suka pak jones
gila babi, babi pun tak gila macam ni.
kalau tau dek babi yang dia dibabikan dengan segala macam perangai tak senonoh ni mungkin sawan babi babi tersebut.
Jika kamu asyik memaki, sah kamu juga adalah babi,
Oh, sah dua tiga hari lalu, saya juga adalah .....(bukan senang nak sebut perkataan tu kepada diri sendiri)
Wah...sempat lagi promosi :)
Lily
babi tanye bakpe kate supe ngang ye nye? ye dok wak seme tu... nyaknye aa jong maing tuduh gitu... siyyang ahh ke babi ginih...
Wah, mudahnya ilmu ini!!
haha..encik memang best
tak bohong, sesekali sekala saya akan langgar lampu kuning (walaupun saya tahu ia akan bertukar merah dalam sekelip mata).
Patutla Malaysia dah ada H1N1. Banyak sangat babi.
popaleh... nama kawan pun ada...
Dan akhir sekali,jika kamu mahu membeli lukisan telanjang dari abdullah jones, maka kamu adalah babi muahahaha
pak jones, hari ini aku rasa tak puas hati dengan ramai pihak... rasa nak marah je. bila baca entry kau kali ni, aku rasa puas hati. aku sambung, boleh tak?
kalau kau rasa kau sorang boleh buat jambatan, kau memang babi. kalau kau rasa kau popular sangat sampai ramai sangat nak tau apa kau buat sampai kentut pun nak update dalam facebook, kau memang babi. kalau kau rasa orang lain yang hidup susah tu pemalas dan tak layak dibantu manakala kau yang gaji 5 angka ini adalah rajin dan setiap rezeki yang kau dapat adalah sebab kau memang layak dan langsung tak nak salurkan pada orang2 susah, kau memang babi... puas hati. eerr 'kau' tu bukan engkau, pak jones...
-dubai...ramai babi kat sini-
memang babi magnum opus ini..
Hahah...
Pak jones,
Aku nak belajar ilmu mengenal posisi itu.. Hebat..
memang babi magnum opus ini..
Hahah...
Pak jones,
Aku nak belajar ilmu mengenal posisi itu.. Hebat..
Akulah babi tu, sebab byk kebabian yg ko sebut tu aku buat. Aku menatang tuhan yg haram, taik - taik sume aku makan. Orang sembahyang di surau aku sembahyang di celah kangkang pompuan, hahahaha
Baiklah.
Dah faham dah.
saya juga amat bersetyju dgn tuan,pegalaman saya memasuki tandas awam di terminal bas KT,betul2 saya ingat itu kubang babi pada mulanya..maaf mata saya sudah mula rabun.
raban demeh nih!
Jemputlah baca entri di bawah dan lihat apa pandangan anda.
link:
http://manis18.blogspot.com/2009/07/filem-rempit-yang-seksipatut-pun.html
Terima kasih
merujuk kpd utube:
yg memukul tu semua pondan!
aku kagum dengan majis kamu,tapi aku tak dapat nak ulas kerana aku terlalu kagum dengan video babi beramai-ramai memukul seorang manusia itu.
jika aku mahu majis, aku mahu jadi kuat dan mampu menerajang babi dari jauh, secara ghaib.
Dan akhir sekali,jika kamu mahu membeli lukisan,maka belilah dari gerup rajawali.
dan kali ke-2 akhir, jika kamu mahu membeli barang2 ranggi, maka belilah dari:
cosmicmalaysia.blogspot.com
Bro. AJ seperti tokey babi. Bijak!
Post a Comment