Thursday, April 02, 2009

tanjong mas

Suatu masa dahulu saya pernah berkerja. Saya tahu ianya membawa satu keaiban yang tidak terhingga kepada keturunan kami,sekurang-kurangnya ia menjadi sebahagian pengalaman yang mendewasakan saya. Ok-lah, saya mengaku saya masih tidak begitu dewasa dalam banyak hal,namun pengalaman berkerja menjadi sebahagian dari apa saya hari ini.Sementelah pula saya perlu menunjukkan contoh teladan kepada kamu semua yang tidak seberapa.

Semasa berkerja ini juga, saya amat ahli menengok wayang. Setiap selepas waktu pejabat,saya akan kepangung. Tidak kira apa yang ditayangkan,saya wajip kesana. Walau bagaimana pun, saya tidak mempunyai minat menonton apa juga gambar yang sama lebih dari sekali. Tanpa mengira bagaimana baiknya gambar itu.

Sehingga-lah satu hari dimana saya merasa tabiat menonton wayang gambar itu sebagai suatu yang membebankan dan saya mencari helah untuk menipu diri sendiri supaya tidak menonton wayang.

Lalu saya mengamil keputusan untuk memakai songkok. Ya, songkok sama seperti yang dipindahmilik sebagai hak peribadi mereka yang kuat berpartai itu. Nah! seperti yang kamu semua sangkakan, tentu sekali saya kelihatan amat segak.

Dengan memakai songkok setiap masa, saya berharap saya akan malu untuk kepanggung dan ianya berjaya. Saya berhenti kepanggung bertahun-tahun lamanya.Dan yang majisnya saya tidak merasa rugi tidak menonton wayang gambar.

Suatu hari yang tenang, saya menaiki bas dan duduk ditepi tingkap. Ya anak-anak, suatu masa dahulu bas bertingkap bukan bercermin seperti hari ini. (rindu juga untuk menolak tingkap kayu keatas untuk menutupnya)Dan disuatu jalan lurus,pemandu memecut deras. Angin yang datang membawa bersama songkok dari kepala saya. Saya cuma duduk diam sambil penumpang sekeliling memandang tersenyum.

Maka tamat-lah zaman bersongkok saya.Dan saya kekal tidak kepanggung hinggalah akhir-akhir ini.Dem!

Hari ini kadang-kadang saya bertopi untuk menutup botak dan juga untuk kelihatan amat sastera.

Ini hanyalah cerita saya mengimbau suatu masa. Orang yang seusia saya memang begitu. Sering teringat dan merindui suatu masa yang telah lalu. Kamu juga nanti akan begitu.


ps-siapa di Tasek Kenyer,Terengganu, sila angkat tangan.

16 comments:

Ahmad Belia said...

jones, aku kerja kat hulu terenggganu. kasi email nanti aku kasi no telefon..

ammo

azie said...

"rindu juga untuk menolak tingkap kayu keatas untuk menutupnya"

tingkap kayu?
=)

benludin said...

bro,
bila nak pakai kopiah atau serban plak...itu lagi nampak sastera..hehe

WanBeruas said...

..perenggan terakhir tu..amat amat lah betulnya..

lyza said...

rindukan rambutnye ye.. kesian

terimalah hakikat bahawa wak jones tergolong dalam kalangan orang-orang yang mudah kehilangan rambut pada usia yg muda..

genetik kut.. banyak makan monosodium glutamate..mungkin

kasut-gombak said...

jones,
pakcik aku ada kedai roti canai best kat kuala beran kat satu medan selera sebelum jambatan kat bandar kuala berang.

tapi aku rasa kalau ko sebut nama aku, belum tentu dia bagi kamu makan percuma.

lokek sket. hahahaha.

lyza said...

oh yea satu lagi, untuk seorang individu yg sangat prihatin dan amat pertahankan penggunaan bahasa yang betul, ingin saya 'higlight' kan, perkataan sepatutnya, bekerja bukan berkerja dan wajib bukan wajip..atau mungkin wak jones sengaja mengeja begitu seperti selalu-selalu.. ya, pasti mungkin

usain bolt said...

jaga2!!
kenyir banyak toman..

Anonymous said...

Tingkap keretapi pernah jatuh atas tangan aku. Bergenang mata..

usain bolt said...

jarvis..
nasib baik tingkap keretapi..bukannya roda keretapi..

Airmas sz said...

Jones terasa sangat dengan botak tu? kesian...

blackpurple @ jowopinter said...

..untuk kelihatan amat sastera yang tak tahan tu...

Unknown said...

nak interview dalam slot Sembang Letup blog saya boleh ?

zizie ali said...

terima kasih di atas segala pencerahan. semoga mampu membunuh segala prasangka selama ini.
:-)

ubilepih said...

Tuan,kamu bole masuk Panggung saya walaupun bersongkok.Kamu rindu tingkap bas itu?..nanti saya email gambarnya pada kamu,saya penguna public transport seumur hayat.saya rindukan tingkap dan gerabak keretapi kayu.Orang seusia kita memang begitu rindukan masa-masa lalu.:)

kamal sabran said...

yeehaa! baru rocks dood