Wednesday, February 11, 2009

jalan tengku mahmud

Ini tulisan yang saya ambil dari siribercakapdenganwawa.blogspot. Saya suka judul blog ini dan saya suka para remaja.

Jika kamu remaja dan mahu siarkan tulisan kamu disini,beritahu saya.



Marry Me

Baru pulang dari menonton 'Bride Wars.' Cerita yang singkat [ tak sampai 1 jam 1/2 ].

Terbayang akan adegan proposal antara Emma [ Anne Hathway ] dan boyfriendnya. Bubuh cincin dalam fortune cookie. Sweet. Romantik.

Proposal yang romantik tu macam mana?

Adakah meletakkan cincin dalam kek tiramisu yang sedang dimakan oleh awek? [ada kemungkinan tercekik dan mati kempunan tak dapat kahwin ] Apa romantik itu adalah dengan menyewa billboard yang menulis kalimat ' Will you marry me?' dengan font yang besar gedabak dan warna yang terang-benderang? [ boleh menyebabkan eksiden sebab silau ] Atau berlutut di tengah-tengah restoran?

Definisi proposal yang romantik bagi aku : buat treasure hunt / peta harta karun kasi aku pulun sikit cari. Tau-tau titik peluh aku menghasilkan buah yang amat manis.

Bagaimana dengan anda? [ kalau anda cowok, cara mempropose ya. ]

By the way aku selalu tertanya-tanya, macamana si boyfriend tau size jari girlfriend dia? Dalam tv asal nak sarung cincin je, sure muat-muat. Tak pernahnya longgar / tak muat. Ajaib.

Oh,
Tadi baru renew pasport di embassy. Sepanjang proses renew tu, aku cuma mengangguk dan tersenyum je bila immigration officer tu ajak bersembang. Kalau jawab pun suara perlahan je. Sepoi-sepoi bahasa.

Aku bukan sombong. Aku cuma tak sempat breakfast pagi tadi.

Takut mulut bau busuk.

12 comments:

Fauzan Ahmad said...

jalan tengku mahmud ini di mana?

Layla Haq said...

Impikan sesuatu yang biasa-biasa. Asal terlkihat ikhlasnya dan sungguhnya dia mahu menjaga saya. Sampai mati.

"Ya, sampai mati," katanya.

ubilepih said...

adossss..wa lagi payah sebab pagi2 terus brkfast Petai Jeruk...biasak lah orang ulu..keh..keh

the artist and i said...

ada betulnya.

bash said...

hehehe, aik bila baru leh baca tulisan Tuan Jones nie, asik petik karya org lain jer...huhu

K.H said...

Saya juga suka remaja, dan juga seperti sedikit suka dengan judul blog itu. Saya juga mahu tulisan saya di sini malangnya saya bukan remaja.

Tentu encik tidak suka saya.

azie said...

hahaha

patut pakai listerine =)

Wawa said...

terima kasih. =)

Anonymous said...

saya suka remaja..

tapi saya lebih suka org tua yang rasa dirinya remaja sebab mereka ini lucu..

Anonymous said...

saya suka remaja..

tapi saya lebih suka org tua yang rasa dirinya remaja sebab mereka ini lucu..

Snakebite said...

bila nak kuar posting kubang buaya?
jalan wong ah jang daah kuar ke?

reverie said...

Maafkan kerana bertanya. anda remaja ke dak? usha2 lah blog ambo ni moh.
sekadar bahan bacaan ringan2 buat lepas air.

http://reveriemalaya.blogspot.com/