Tuesday, December 30, 2008

telok mahang

Setelah semua setuju yang malam Jumaat adalah MALAM KONGKEK KEBANGSAAN atau lebih dekenali sebagai Malam Kok, maka saya sarankan siang harinya di istiharkan sebagai HARI MEMBERI SAKIT HATI KEPADA SIAPA SAHAJA DENGAN MELETAKKAN KERETA IKUT SUKA HATI APABILA KE MASJID BERSEMBAHYANG JUMAAT atau untuk memudahkan sebutan,saya sarankan MENCALAT sebagai kependekkannya.

Hanya kerana kamu ke masjid untuk bersembahyang Jumaat,kamu merasakan yang kamu bebas semua undang-undang. Kamu meletak kereta berlapis-lapis di tebing jalanraya kerana kamu sedang berhubung dengan Yang Maha Besar.

Kamu beruntung kerana jika kamu bersalah dengan Yang Maha Besar, jika kamu bertaubat,insya allah,kamu akan di ampun. Namun jika kamu menghalang kereta saya hanya kerana kamu bersembahyang Jumaat dan MENCALAT, maka bersedialah untuk melutut di depan saya di akhirat nanti. Dan percayalah, saya yang sangat penuh dengan kasih sayang ini, diakhirat nanti akan hanya mementingkan kesejahteraan akhir diri saya sendiri sahaja.

Kamu juga berpendapat semua kafir yang melalui jalan sekitar masjid langsung tidak mempunyai hak hanya kerana kamu perlu sembahyang Jumaat. Mereka ahli neraka, sedang kamu adalah tunangan sorga firdausi. Maka kamu dengan sombong menghalang semua lalu lintas kerana selain kamu adalah pendosa. Kemudian kamu marah apabila Islam kamu di hina.

Kemudian dari itu kamu benarkan anak-anak kecil, anak-anak kamu yang masih di sekolah rendah menunggang motosikal sesuka hati di hari Jumaat.Melatih supaya mereka rajin kemasjid,kata kamu. kepala hotak kamu,kata saya.

Cuba buka mata dan lihat apa yang dibuat oleh kanak-kanak ini. Mereka ke hulu-ke hilir berlumba sesama sendiri bahkan ramai yang langsung tidak bersembahyang melainkan berbuat bingit di hadapan masjid.

Anak-anak kamu inilah yang kamu latih untuk menjadi kumpulan remaja bodoh yang berbondong-bondong memandu tanpa tujuan.

Namun, apa yang mahu kita hairankan jika pak menteri ketua agama juga ahli kumpulan menunggang membuang masa.

Apakah salah seorang ketua agama negara menjadi penunggang motosikal tegar? Ianya adalah kesalah besar apabila apa juga kegiatan yang dilakukannya disertai dengan kebodohan. Dan menunggang motosikal tanpa tujuan adalah kebodohan mutlak.

Adakah semua ketua agama mesti berjubah dan duduk di masjid? Jangan tanya soalan bodoh.Pergi tengok drama tivi, banyak pengajaran disana.

Dan hari Jumaat juga adalah hari bebas toli keledar. Apa, kepala orang Islam menjadi kebalkah di hari Jumaat?

27 comments:

orangjahat said...

tolong peka atas isu PALESTIN!
sebarkan kepada2 mereka2 tentang penderitaan mereka di palestin!
doakan para pejuang HAMAS dan lain2 yg sedang berjuang mengembalikan maruah ISLAM di palestin!

the artist and i said...

yang ini memang setuju-gila-khinzir.

parking lintang pukang dah tu, lampu hijau yang patut kita bergerak terus tiba tiba kena berhenti semata-mata untuk orang orang 'alim' lintas dari balik sembahyang jumaat tanpa memberi sign seperti angkat tangan.

main lintas saja.

mungkin kerana selepas mereka sembahyang, satu kupon sudah dimasukkan untuk bagi cukup masuk shurga?

Pegawai Khalwat said...

Ha ha ha...

Bro, kalau bangsa lain bakar kertas tengah jalan buat bising tepi jalan, hempuk nyok pada waktu tertentu, marah pulak kita ye.

Kita buat tiap-tiap minggu tak ingat marah orang!

ceri masam said...

wuyo!
lu ni kira pejuang peraturan negara lah nih yer!

wow!
Rasulullah mesti bangga gila dengan lu!

Anonymous said...

kebanyakkannye lelaki Islam je yg kebal pd hari jumaat.

benludin said...

hari jumaat juga hari kita sedekah selipar

Anonymous said...

Kannn...

thoyol said...

bro,

aritue ada sorang pakcik tua selamba marah2 time datang sebab ada kereta parking tengah jalan menyebabkan dia pun terpaksa parking tengah jalan.

Ayat dia sama macam ayat ko Jones. Ingat orang Islam saja nak pakai kereta.

Aku rasa pakcik itu adalah Jones.

Suspect..

Anonymous said...

yang pasti, sume spesies lelaki.

2nd head prefect said...

bro relax la. Taime tu jela nak tengok keta jem kat masjid. Syahdu beb.

jagoan said...

Adushai,,, pedas.. Sangat pedas. Yang gua tak tahan MALAM KONGKEK KEBANGSAAN. Agagagagaga...



:D

Anonymous said...

APA MAKNANYA SEMUA INI?

ini bermakna masjid hanya dikunjungi waktu solat jumaat sahaja..tetapi tidak pada waktu subuh,zuhur,asar,maghrib & isyak..

PS-waktu solat aidilfitri & solat aidiladha pun jem jugak kat area masjid..

Snakebite said...

Satu kajian telah di jalan kan oleh saya dengan kaedah masuk ke IRC menggunakan nick Jennifer Lowpants satu masa dahulu, maka di dapati bahawa zakar lelaki melayu tidak ada yang kurang dari lapan inci.

Jangan takut, pahala sembahyang jumaat kita tidak akan hilang dengan hanya menyebabkan kesusahan kepada ratusan orang. Ustaz yang mengatakan sebalik nya tidak harus di ikuti kerana semua orang islam mazhab melayu ada lah lebih pandai dari ustaz dan ulamak konvensyenal.

Apa takot, kita dah ada rasul untuk orang melayu pe.

ubilepih said...

orang2 kebangsaan ini..bukan masaalah parking je ikut suka merata-rata lintang pukang..depa pun dalam masaalah FUCKING pun sekarang lintang pukang and merata-rata...tak masuk kelas tatarakyat langsung..termasuk menteri2 kebangsaan

Pa'chik said...

blok jalan tu.. buleh lagi diterima kalau taim orang semayang.. [bukan kat jalan utama lahhh...]

tapi.. jangan lah duk berwirid panjang sangat... nanti orang nak keluar susah pulak... tak pasal orang yang nunggu tu dapat dusa mengutuk mengata....

John Leh said...

Kahkahkah..

Cool lah Mr.AJ!

Aku percaya, Tuhan tak pernah rektrut manusia melayu jadi perangai bodoh macam ni.

Kahkahkah..

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

nasib baik keh pergi semayang jumaat ikut semok..kalau tergelincir seluor penuh tanoh memang keh lepak balai raya..

Airmas sz said...

tq sebab letak link ke blog saya
pun ... untuk taik minyak ...dek

komen seterusnya.. waktu jumaat polis tak berani tangkap orang la , kalau dia tangkap nanti kata dia tak sembahyang, polis pun ada kemaluan ..

bukan Onanimous

BudAk hijAu said...

betul2...setuju2...
cadangan di tutup..kikikiki...

diorg ingat pegi smbyng jumaat
yg lain2 xyah buat n kisah kot!!haih~

zizie ali said...

kalau ke masjidil haram pada hari jumaat selepas jam 10 am (z0hor di mekah sekitar jam 12:15), jgn lupa bawa sejadah. kerana kita hanya akan dapat sembahyang di atas jalan raya atau tepi longkang yang jaraknya sekitar 400 meter dari pintu masjidilharam.

Anonymous said...

kalu mung tau doh kat tu ade sejid, bakpe gi lalu jugok.

-ubistella

Ahmad Belia said...

seminggu sekali jee bro. depavali setahun sekali sampai sesak kat sana nak marah jugak kee?

Anonymous said...

bodo la ko ni, konon nak tunjuk rebel, tapi bodoh!

Anonymous said...

Ni memalukan spesis lu la bro...spesis lelaki. Orang lelaki memang lagu tu...buat keje tak pikir orang....pentingkan diri sendiri. Perasan bagus...gua pasti lu pun buat keje tuh...

Anonymous said...

Camni la klu da rasa diri tu bagus sgt.Kesian.

Unknown said...

mu memang gile,
tu yg aku suka sangat tu

Anonymous said...

Salam wahai pensyarah yg budiman. Takkan kerna kereta parking nak menuntut di akhirat. Pernah dengar ayat ini??

[01:24.31]Bila Tuhan tak ditakuti macam - macam boleh terjadi
[01:31.86]Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
[01:41.47]Maka rosaklah di sana - sini

[01:53.90]Ada manusia puja alam sebagai Tuhan
[01:57.72]Mabuk dengan gelombang laut yang menggulung
[02:01.99]Digambarkan dengan kata sastra mempesona
[02:05.89]Mereka tenggelam dalam gelombang sastranya
[02:09.93]Dia leka sendiri dengan buah penanya

[02:16.40]Bagai orang tenggelam dalam lautan menggulung
[02:24.50]Tidak tahu tujuan kemana mahu pergi

Jgnlah kita jadi seorg penulis yg hanya leka dengan dunia kita sendiri tanpa memikirkan org lain. Sekurang2nya org lain sudah menunaikan hak mereka.. Anda sebagai penulis sekadar menulis sahaja. Pikir2kanlah. :)