Monday, December 08, 2008

cchabang tige


Berikut adalah sepuluh perkara yang di benci oleh EN.AZMIL MUSTAFA (bukan,bukan pelakon itu. Yang ini jauh lebih kacak) dan isterinya DR.MUNA SABRI;

1. TABUNG HAJI kerana para bakal haji perlu membayar rm90 yuran pendaftaran untuk menunaikan haji walaupun mereka mempunyai setengah juta simpanan di tabung haji.

2. MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN kerana tidak meluluskan permohonan PERSATUAN SENI LUKIS DAN SENI REKA KUANTAN agar di bina suatu tempat khas di Telok Chempedak dan di Taman Kerang supaya para pelukis dapat berlindung dari panas dan hujan demi mencari rezeki untuk menanggung keluarga. MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN lebih cenderung meluluskan tempat makan kerana orang Kuantan semuanya kebulur.

3. Datuk Shafiq Fauzan kerana sering memberi ceramah agama dalam mesyuarat/forum/dialog untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi pelukis. -Kalau setakat sebut duatiga potong ayat quran,hafal duatiga potong hadis, tak payah mesyuarat/forum/dialog Long,kawan pon boleh... Baik kita buat sembahyang hajat. Buat makan-makan,borak-borak kemudian balik. Tunggu MAHA KUASA hantar atap dan simen buat tempat pelukis berteduh.

4. PUSAT KUTIPAN ZAKAT kerana menyerahkan tugas membantu golongan miskin kepada BERSAMAMU. Sementara duit zakat semua diniagakan dengan harapan ianya akan bertambah sedangkan MAHA TAMBAH telah berjanji jika duit itu di bahagi kepada yang berhak, dia yang akan menambahnya.

5. SEMUA STESYEN TELEVISYEN kerana tidak mengulang tayang rancangan WKRP IN CINCINNATI. Dia rindukan LONI ANDERSON.

6. CAKAP-CAKAP UNTUK MENGHENTIKAN PEMBANGUNAN DI CERUN BUKIT kerana ianya akan hanya tinggal cakap-cakap.Sama seperti semua kemalangan. Dia juga tertanya-tanya bagaimana mereka-mereka yang meluluskan pembangunan sebegitu sebagai imbuhan makan suap tidur di malam hari.

7. MAT AKAR KAYU DAN CINCIN BATU AKED ATAU DALAM BAHASA LEMBUTNYA MAT SILAT kerana mereka bodoh.

Ayat dalam huruf besar harus di baca sebagai MAT SILAT SEMUATNYA LEMBUT atau dalam kata lain semua mereka adalah pondan jesteru mereka perlu belajar silat untuk mempertahankan diri dan bangsa.

8. LEBUH RAYA PANTAI TIMUR kerana sejak menggunakannya dari tahun 2007 sehingga kini tidak siap-siap dibaiki.

9. MASJID YANG TIDAK MEMBENARKAN MUSAFIR TIDUR DIDALAMNYA kerana bagi kebanyakkan AJK MASJID, bangunan itu adalah milik peribadi datuk nenek mereka.

10.MAKAN NASI LEMAK DI KUALA LUMPUR kerana semuanya tidak sedap.

Demikian sepuluh perkara yang di benci oleh EN.AZMIL MUSTAFA (bukan,bukan pelakon itu,yang ini jauh lebih kacak) dan isterinya DR. MUNA SABRI.

Di lain masa kita akan membaca pula sepuluh perkara yang dibenci oleh En. QAIRE BIN MAMAT yang jika di kampungnya di panggil YIE,namun apabila ke KUALA LUMPUR dia akan memperkenalkan dirinya sebagai KEW,macang QUE HAIDAR dan isterinya DR.AZLINA ABDUL AZIZ (bukan,bukan penyanyi itu, yang ini jauh lebih kuat menangis dari yang itu).

-Gambar diatas adalah ikhsan ;
  • galeri abid
  • -

    20 comments:

    benludin said...

    abdullahjones ni bukan kena mengena dgn artis Sanisah Joned??

    yg bezanya jones=present tense, joned=past tense!



    hahahhuaha..

    natural observer said...

    hahahahahaha......

    Anonymous said...

    terus terbayang akan banner ucapan yb shafiq fauzan yang lengkap berserban dan berjubah putih. *dari jauh aku sangka yb PAS*. gambar di bahu kirinya ada lambang umno. manakala di bahu kanannya BN. bayangkan betapa berat beban yang ditanggung akan beliau. hihihi.

    lepas tu teringat pula akan ayat beliau tahun lepas pada aku, "boleh cari makan ke kamu kerja tangkap gambor saja?" hua hua.

    Anonymous said...

    Kiki. Ini baru betul berasa. Menyatakan penuh nama yang mungkin tertulis di IC mereka, tapi masih tidak memaksudkan figura tertentu.

    Bro, apa ulasan Nasi Lemak di KL tak enak? Rasanya macam sama semuanya. Tetap nasi lemak juga. Oh, tentang harganya barangkali?

    the artist and i said...

    kesian pelukis.

    :D

    ayobkelubi said...

    betul,dulu..masa lepak2 kat teluk chempedak,kesian tgk pelukis2 semuanya mencari tempat yang strategik utk melukis...tapi mmg mantap lukisan mereka.

    saya soh lukis potret saya with my wife,walaupun mahal tapi sgt berbaloi..love that drawing so much!

    labu said...

    apa kata kita ambil tahu sedikit tentang jiran kita di kg kelubi mentakab

    http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=207&mode=thread&order=0&thold=0

    ceri masam said...

    pelukis?

    we have prof (dr) najib to help with things.
    pernah tanya dia?

    Rahimin Idris said...

    aku ade seorang kawan pelukis duk kuantang. nama dia ifamudin mohamad. mung kenal dok?

    Anonymous said...

    pelukis adalah orang paling bodoh dalam dunia
    pukimak

    ubilepih said...

    Wow manisnya bahasa lu Anon..ha..ha..ha bole tak wa mau lukis muka mak lu..he..he..he sebab wa antar org yg bodo dlm ini dunia..wa ulang dalam ini dunia

    Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

    a'ah masjid skang tutup sokmo..gampang.nak berak pun payoh..

    Anonymous said...

    Pak Jonet

    ni komen gua.

    1) BENGONG
    2) TAK MASYUUUK
    3) apa hal Dato
    4) Laknatullah
    5) HAMPEH
    6) Lidah bercabang
    7) Bukan Bodoh tapi BINGAI
    8) bagi member makan darah
    9) mesjid bukan tempat berak je
    10)menda kalo free-gerenti sedap

    mat punai

    Sayuti said...

    tadi saya tengah tunggu giliran gunting rambut, ambil akhbar harian metro.

    sekali muka surat dua ada artikel tentang lukisan 'di mana sharlinie'.

    cantik lukisan tu. mendalam maknanya.

    dan sopan sungguh pelukis lukisan tersebut bila disoal wartawan.

    huhu.

    Mak Su said...

    cincailah, saya sokonglah semua sekali (adakah saya spesis lalang?)

    Unknown said...

    this is sarcastically funny!

    I like!

    Kumprinx said...

    saya banyak buat snaking mission kat masjid. jadi saya follow no.9

    Anonymous said...

    uh ah uh ah

    Anonymous said...

    hey try la makan kat kedai mok na.kat tanjung lumpur.kopok getei.(aku tak sure cane nk sbut)

    anak melayu said...

    untuk sebahagian tulisan penulis,saya berasa agak kagum kerana gaya penulisan serta pemikiran yang diluahkan menampakkan ciri2 intelektual yg tinggi walaupun sebahgiannya mengandungi unsur2 lucah.saya tabik.

    namun begitu,untuk sebahagian tulisannya yang lain pula menampakkan ketidak matangan serta kedangkalan ilmu penulis disebabkan kenyataannya yang dibuat tanpa usul periksa dan kaji selidik.

    satu perumpamaan untuk penulis:
    seekor beruk yang sedang enak duduk di atas pokok sambil menggaru bekas najis di buntut yang sudah kering.beruk itu melihat ke bawah dan terlihat olehnya akan seekor beruk lain yang sedang leka membuang najis,lantas berkata dalam hati, "bodoh punya beruk.berak merata-rata,tak basuh pulak tu!"

    saya tahu tulisan saya agak kasar dan akan mengundang berbagai komen-komen kasar yang lain.namun,alangkah baiknya kalau saya ada ayat yang lebih baik untuk menyampaikan maksud saya.hmm...fikir-fikirkanlah