Monday, December 22, 2008

bukit ubi

Setelah difikir dan dikaji, (ya, kamu boleh menambah perihal kehebatan saya kepada dua lagi iaitu pemikir dan penkaji kedalam senarai yang sedia ada, saya izinkan. Dan saya juga dengan ini mengistiharkan diri saya sama taraf hebatnya dengan P. Ramlee. Pada 02.04.2009 nanti saya akan istiharkan diri lebih jauh hebatnya dari beliau.Pada tarikh itu nanti,jika saya lupa,tolong ingatkan).

Bebalik kepada pemikiran dan kajian saya tadi, setelah mengambil kira kecerunan bukit-bukit di Malaya dibandingkan pula dengan segala bukit yang ada di merata alam. Ditambah pula dengan kajian taburan hujan dan suhu purata tanah Malaya. Lalu di bahagi dengan kepadatan penduduk yang mendiami lereng,cerun dan puncak bukit-bukau sama ada secara memang hak atau secara merompak hak.

Di tambah pula dengan luas lebarnya tanah sekeliling lalu lelaki dan perempuan yang tidak mahu menutup aurat kerana berpendapat YANG MAHA KUASA tidak memandang luaran seseorang dan yakin mereka bebas memasuki sorga yang mana disukai kerana keyakinan itu, yang ditugaskan untuk membuat bancian membawa pulang hasil yang mengatakan..

Oh!kajian ini juga membawa saya kepada peristiwa air besar di tanah Atjeh dan peristiwa gempa di Parsi tidak lama dahulu. Semua peristiwa besar ini memberi sumbangan yang bukan sedikit kepada kajian ini.

Malang sedikit kerana terdapat bahagian-bahagian dalam kajian ini didapati melalui pembacaan,(ya,saya memang ahli membaca walau tidak berkaca mata. Mungkin kerana saya memilih bacaan yang halal maka rezeki mata saya masih tidak memerlukan bantuan. Bukan seperti kamu. Bermata jahat.

Konklusi dari kajian saya mengatakan yang semua bukit bukau di Malaya adalah selamat, jika sekiranya di bina masjid di mana-mana puncak yang mahu di tarah.

Gunung Kinabalu dan Gunung Tahan juga adalah bebas dari risiko keruntuhan jika sekiranya dibina masjid diatasnya.Segala kayu-kayan boleh di tebang, hatta jika bukit bukau dan gunung-ganang itu di gondolkan sekalipun,ianya masih selamat jika kamu sudi mempraktikkan hasil kajian saya ini.

Apakah kami perlu sembahyang di masjid-masjid yang kami bina itu? Kamu bertanya dengan teramat cemas. Tidak perlu, jawab saya dengan teramat yakin.

Seperti mana kamu hanya perlu membayar premium insuran sekali sebulan, kamu juga hanya perlu ke masjid di hari-hari yang dikhaskan sahaja yakni, hari jumaat, dua hari raya, hari menikah kamu atau anak kamu dan hari mamposnya kamu.

Percayalah, kajian ini dilakukan dengan penuh kasih sayang dan tidak sesekali saya mahu mengambil untung darinya.

Mentelah pula saya tahu yang kamu memilih untuk mendiami bukit dan hutan itu hanya sanya kerana kamu ingat dekat dengan Maha Pencipta dan juga mahu mencium bau-bau yang datangnya dari sorga di atas sana.

Kamu langsung tidak berniat untuk mengambil hak kera dan segala haiwan yang mendiami kawasan berkenaan. Kamu juga tidak sangka yang kera dan haiwan itu juga mempunyai hak dalam kumpulan doa makbul kumpulan teraniaya.

Doa saya muga nanti kamu tidak perlu meminta ampunan kera dan haiwan lain di akhirat.

Cuma saya amat terkilan kerana lambat melakukan kajian ini,jika tidak necscaya ratus ribu nyawa yang katanya tidak berdosa akan terselamat dari musibah mati.


Nota kajian; Jika sekiranya kawasan bukit-bukau yang diduduki itu di huni oleh manusia bukan seagama saya, maka disyorkan agar mereka membina apa juga rumah kepercayaan mereka. Walau kajian ini tidak membawa bukti sohih selamatnya rumah kepercayaan lain bila berlaku gempa dan runtuh, dalam negara multi segala ini apa salah kita mencuba.

25 comments:

benludin said...

0204...harijadi gua...hehe

Anonymous said...

HAHAHAHAHAHAHAHA!!!

SEPERTI BIASA..ENTRY TUAN MEMANG PUNYA KUALITI TERSENDIRI..MAMPU MELATIH MINDA BERFIKIR..MENYATAKAN KEBENARAN DALAM SINIS..

BEST!!! TERUSKAN BRO!!!

PS-paling best = APAKAH KAMI PERLU SEMBAHYANG DI MASJID2 YANG KAMI BINA ITU? KAMU BERTANYA DENGAN TERAMAT CEMAS & RATUS RIBU NYAWA YANG DIKATAKAN TIDAK BERDOSA...

Anonymous said...

ye tak ye juga!!!

btw kalau sabelum 02.04.09 tiba tiba you mampus..

Uptown Frog

Anonymous said...

Pe kejadahnya nak bina masjid kat puncak gunung yang tak ada manusia tinggal.. kera dan yang sewaktu dengannya nak sembahyang agaknya.. Bravo Dollah Jones..idea paling bernas dan bernanas serta panas dan hampassssss !! membazir, sebazir membina masjid dengan million ringgit..
Ada unsur bangga diri, besar diri
Ada unsur riak
pada tulisan saudara kali ni..

Walaubagaimanapun,
kajian yang bodo dan dungu ini ada kaitan dgn hubungan manusia sesama:
1. Tuhannya
2. Alam
3. Manusia

kenapa perlu ditulis dengan begitu mendabik dadanya..? Jadi tak cantik. Getik.

Anonymous said...

Dollah Palat..

nampaknya pemikiran anda masih belum mampu menggapai ketinggian falsafah tulisan abdullah jones..

di masa akan datang adalah disarankan agar anda berguru dan menambah sedikit lagi ilmu di dada sebelum mula memberi komen yang anda sangkakan bijaksana itu.. kerana acapkali kebodohan manusia itu terpancar dengan perbuatannya sendiri..

PS-untuk abdullah jones..teruskan karya anda..latihlah pengunjung blog anda untuk berfikir secara kritis dan sinis..

Anonymous said...

dolah palat... pegi belajar membaca karya sinikal... jangan asek belajar silat, dan baca mentera saja...

Lily Abdullah said...

"dolah palat... pegi belajar membaca karya sinikal... jangan asek belajar silat, dan baca mentera saja..."

Encik/Cik/Tuan/Puan Anon,
Dolah yang mana satu yang dimaksudkan ini?

ps:sekadar bertanya.:D

John Leh said...

Kahkahkahkah..

Ini betul-betul kena.
Gud idea Mr.Dollah..
SYABAS! (bukan syarikat kroni tu)

Kahkahkahkah..

Idea masih boleh dicernakan lagi.
YANG MAHA ESA telah menunjukkan kuasaNya.Semua langsung barai kecuali mesjit.Ini kuasa YANG MAHA ESA bukan kuasa hebat ENGINEER consultant yang di lantik JKR untuk buat design mesjit tu.

Kahkahkahkah..

Nak selamat, bina place of worship.

Kahkahkahkah..

Kat Bukit Ubi dah ada place of worship ni.dieorang lebih awal memikirkan hal ini.Tapi masih ramai yang tak amik pot.

tuan tanah said...

Waw... hebatnya hasil kajian Encik Jones!

ubilepih said...

Tak perlu cemas dan bimbang tentang sembahyang...kamu pun pasti akur suatu saat kamu akan di sembahyangkan..

Anonymous said...

Water Lily...

Dollah Palat itu ialah watak antagonis yang cuba untuk menjatuhkan watak protagonis dengan aksi2 yang disangkanya lelucon...

Manakala Dollah Jones pula adalah watak protagonis yang cuba dijatuhkan oleh watak antagonis namun kurang berjaya...

Dollah Badawi..

Raison D'etre said...

AJ,

Suka sungguh baca your analisis yang tak bersumber. Macam spot on.

Saya suka singgah di MAsjid UTP masa bertugas di Perak. Sejuk rasanya situ.

BTW, ada satu cerita pasal satu kuil di belakang satu bukit batu kapur di Ipoh.

Kononnya, di tiang mercu kuil ditanam dengan ayat - ayat (bahasa yang di beritahu saya: scripture. Apa script, jangan tanya) dan remains (mayat le tu) Priest utama kuil yang asal dari luar negara.

Versi lain: dari mulut orang Islam/Melayu, dalam tiang - tiang dan sepertinya tertanam Quran (Wallahualam) supaya tidak di panah petir.

Sungguh tak sungguh saya tak tahu.

Saya cuma ingin cerita.

Yang mula dari mulut saya sendiri dari pendengaran saya pada cerita Priest yang menjaga kuil di satu petang yang agak lama dahulu ketika saya masih betugas sebagai pengumpul cerita ceriti.

Wasalam.

PS: Moga sampaui kita semua ke tarikh keramat anda, AJ.

Airmas sz said...

turun wahyu ker? ko nak jadi macam ayah pin ker? sampai kena tunggu tarikh ni....

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

orait juga menikoh atas gunung tahan ni.boleh masuk astro..!!

Anonymous said...

liliair, mana ada dolah palat lain... yang mengumen tu lah... takkan nak kata dulahjones tuleh dolahpalat... :P... ang kenai aku dak neh kakliliair? ekekeke...

ubilepih said...

Ralat dgn dollah palat..kalau zaman Abdullah musyi elok dia di denda ngan KAYU PALAT...ha..ha..ha..kalau nak tau apemende KAYU PALAT tu elok baca buku Hikayat Abdullah..

Anonymous said...

denda dengan kayu palat hingga keluar tahi palat..

Pegawai Khalwat said...

Bukit Bendera?

ceri masam said...

lain lain?

Lily Abdullah said...

Dolah Badawi,
T/kasih di atas infomasi sdra.

Enche Anon,
Aku tau hang sapa..dengan tagline 'ekekeke' dan panggilan 'liliair' tu hahaha!

Oleh kerana Encik Jones tidak menjawab komen,maka kami telah berdiskusi semasa sendiri di laman encik. Diharap encik tidak kisah ya!

benludin said...

encik jones tgh bertapa kat bukit,tu pasal dia tak jwb komen

Or Talk Cap A City Ran Daa~ said...

en. jones..

silap2 jumpe ayah pin kat atas nun.
hehe!

UMNO PARTI PENJARA said...

salam :-)







(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com

zizou said...

bukit antarabangsa selalu runtuh, gua syak kera-kera kat sana tak suka orang kat situ.

-perghh, kera pun tak suka, inikan pulak angkatan tentera malaysia,ahakss..

Sri Diah said...

Assalamualaikum wbt;
Salam tahun baru daripada kami sekeluarga semoga tahun baru ini akan menambah kejayaan, kesejahteraan dan kebahagiaan untuk kita semua. Amin.