Wednesday, November 26, 2008

kassim dispensary



Ada yang berpendapat, antara punca besar masalah makan suap dikalangan ahli pemerintah adalah kerana kurang atau kecilnya pendapatan mereka-mereka yang berkhidmat. Kerja yang dibebankan tidak setimpal dengan khidmat yang diberikan. (Walau pun boleh ketawa dengan kenyataan kerja banyak itu, namun kita hadkan diri dari melakukannya.)

Jika kita mahu mengikut kata pandai agama yang ketahanan kepercayaan adalah penghalang utama makan suap, maka kita akan memperlekehkan kenyataan gaji kecil sebagai punca makan suap. Namun kita tidak mahu lakukan itu kerana para pandai agama adalah musuh utama kita selama mana apa juga hukum dan panduan tidak termasuk dalam selesa temolok kita.

Maka mari kita katakan yang punca utama makan suap adalah kerana kita mahu hidup melebihi kemampuan.

Kita mahu segalanya melebihi kawan terdekat dan membuat kejutan kepada mereka-mereka yang baru dikenali. Kita mahu kembang hidung dikatakan mampu mengadakan segalanya kepada sesiapa yang tertakluk dibawah telunjuk kita.

Hidup kita menjadi tidak aman apabila kita perlu makan tiga ringgit kerana mulut dan mata mahu makan tigabelas ringgit.

Ini semua kerana kita yakin yang tigabelas ringgit itu bukan sahaja akan mengenyangkan bahkan akan mengangkat martabat kita kepuncak yang teramat tinggi.

Lihat sahaja perbelanjaan untuk memilih ketua yang sedang asyik sekarang ini. Ini rahsia umum yang diketahui ramai bahkan tanpa silu ada yang tahu siapa dan siapa makan dan siapa dan siapa disuap. Bahkan dengan beraninya mereka memberi ancaman jika amalan itu diteruskan,maka kehidupan politik anu-ani akan di matikan. Malangnya mereka tidak mahu menghapuskannya kerana apa? Kerana mereka ada tiga ringgit dan bila nanti mereka mempunyai tigabelas ringgit, mereka akan diam. Mereka juga nanti akan menjadi anu-ani yang diancam itu.

Lalu kitaran itu akan selamanya.

Maka jadilah anak-anak kita diasuh untuk memiliki segala-galanya yang benda tanpa ada sedikit pun keinginan untuk sekadar hidup tenang tanpa bebanan. Kita tusuk kepala mereka impian untuk menjadi raja dan jalan yang kita buka adalah melalui permilikkan harta dan benda.

Kemudian kamu marah kerana saya menjadi diri sendiri. Kamu tinggikan carut-maki kerana kamu lahir dari keluarga suci.Di depan maha kuasa nanti,kamu tunding jari dan katakan, itu!itu! kaki caci maki! humbam dia ke neraka! kerana sorga itu milik ibu dan bapa kamu.


p/s: ada waktunya saya mahu mengangkat tabik hormat kepada kumpulan sol-jah yang ber-maskara yang sekadar untuk hepi. sekarang, berapa ramai diantara kamu yang sanggup begitu tanpa ada imbuhan yang khas? walau bagaimana pun, saya percaya mereka akan tetap mendapat imbuhan secara kemalangan dan mereka memang berhak terhadapnya.
-sila dengarkan juga lagu terbaru oleh meor di sudut kanan blog ini.







eh! hampir saja ku terlupa..
melayu... harrkkkkhhhh! ptuiii!!


-nasib baik ingat.

eh! lupa lagi!
kote.

23 comments:

Anonymous said...

SAYA YG PERTAMA KOMEN.bangganya.....

benludin said...

ptuiiii yg berkahak hijau..haha

Raison D'etre said...

AJ,

Selama saya cover function politik (kecuali DAP, PAS tak pernah), mesti ada "habuan" duit - tak sikit, lebih dari sikit.

Selalunya pasai untuk cover "duit minyak".

Kawan - kawan pulak banyak yang pandai merungut (ada yang brazen untuk mintak pun) kalau tak nampak macam nak diberi "duit minyak".

Lebih lagi kalau function adalah anak muda sorang tu. Mesti ada punyalah.

Dah jadi budaya.

Penah ada PR (tak yah sebutlah company mana ye) kata: Reporter ni senang. Bagi mi sepinggan depa tulih semua kita cakap.

Cukup malu.

Tapi ada pula kengkawan yang siap hint: takkan tak dak apa - apa bila cover assignment melibat pembesar atau orang yang nak jadi pembesar.

Lagi malu.

Pegawai Khalwat said...

Apa bro tak hormat aku pun?

Aku dan kawan-kawan buat teater pun tak harapkan imbuhan jugak.

Fatih Najwa said...

agaknya hark ptuiii dah jadi ayat sakti AJ.

ceri masam said...

haish...

ayobkelubi said...

hak tuih tu wajib dipatenkan dah bang. hahaha

pung pang pung pang pasal nak banteraslah apalah,lepas dah menang,senyaapppppppppppppppp aje.

tak ke cam haram namanya tu?

ubilepih said...

Ade sanggup buat rd block utk dapat Pau lori balak,duit tu nak buat beli hp terkini,senang nak muat turun pilem biru..bole bultuh-blutuh ngan ahli...puthhh..tuhhh..tuhh

lyza said...

wei ficklenyer asek tukar header jer.. and I'm not complaining.. just so you know..

sinaganaga said...

puihhh puihhhhh!

thoyol said...

lol...

nasib baik aku ada table manner.. makan pakai fork n spoon jer..

hehe..

Or Talk Cap A City Ran Daa~ said...

salah yg dibetulkan. mentaliti ini yg ditanam selama ini. generasi sekarang memandang salah secara lutsinar, harkkkkk! ptuih! jugak!

Anonymous said...

siapakah gerangan gadis bertudung warna warni yang menghiasi entry ini? manis senyumannya..

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

nasib baik ada kote..

Anonymous said...

Encik Jones nak tulis apa pun tulislah, tapi janganlah meludah merata-rata...

dugongsenyum said...

hark tuiiihhhh....

fui-yoh.. rasa macam punk.

Crayon said...

Jones,
Masa kecik-kecik dulu. Saya makan suap. Serius. Mak saya yang suapkan. =)

Anonymous said...

kalau hari ni diorang tu dah dapat makan tigabelas ringgit,

esok-esok diorang mesti nak makan limabelas ringgit..

Anonymous said...

aarkkhhh...ptuiii, lega benar bila dapat mengumpulkan kahak dalam secubit banyaknya dan kemudian menghamburkannya ke lantai simen. Bila ramai berbuat demikian makanya lantai simen menjadi licin dan jika ada orang yang bergegas gegas tidak menyedari yg lantai telah licin maka akan tergelincirlah dia lalu tersembam ke kahak2 dan ludah yang melata lata. Bila terkena barang sedikit kebibirnya, dia akan merasa dengan lidahnya..ya..sedikit masin dan lemak.
Jones, engkau yg mengajar aku cakap kotor macam ni...salahkan diri kau! :))

Ku Keng said...

Bro.,

Selamat berkorban eiduladha. Semoga tahun depan berkorban di Mina.

HABIHA69 said...

alamaks bro suka sangat bro meludah ni kali ke 2 aku kira bro meludah nih....takpe bro meludah boleh jilat balik jangan lak bro melucah..tak tahu lah saye Nnti....eiii..seramnye

Bunga Rampai said...

Hahahaha ....

Salam Pak AJ :)

Pa'chik said...

"ptuiii....." kata r. jaapar