Friday, October 31, 2008

nasi lemak simple

Orang yang berhuha apabila bintang filim hindustani itu mendapat pangkat adalah golong yang tidak faham akan ketentuan. Mereka tidak faham yang semua kejadian adalah kehendak kuasa yang maha besar.

Siapa yang memberi gelaran adalah tidak penting selagi tidak masuk unsur-unsur korup didalam pembahagian pangkat dan gelaran itu.

Yang menjadi masalah adalah si penerima gelaran.

Sering terjadi si penerima biasanya akan menjadi lebih besar dengan sedikit gelaran. Merasakan gelaran itu adalah seratus peratus usaha dan jasa mereka sendiri tanpa menyedari yang kita tidak ada bahagian di dalam pemberian rezeki kepada diri kita atau pun orang lain.

Segala usaha kita bukanlah satu jaminan kepada satu kemenangan.

Sebagai contoh, ulang suara, sebagai contoh,kamu belajar bertahun-tahun tentang undang-undang. Kamu berharap selepas graduasi, kamu akan menjadi peguam. Keluarga kamu juga telah bersedia untuk membuat kenduri kendara menyambut kejayaan kamu. Kawan-kawan kamu sudah bersedia untuk berbangga-bangga mempunyai seorang peguam sebagai kawan dan penagih dadad dan perompak di kampung kamu nun di pulau pinang sana amat gembira kerana ada kemungkinan memdapat khidmat dengan harga potongan atau mungkin juga secara percuma!

Namun, maha kuasa mempunyai rancangan lain. Kamu di letakan sebagai penulis blub sebuah pernerbitan yang berkembang maju dan oh! kamu juga berhenti menulis blog.

Bila ini berlaku, adakah kamu yan g salah atau maha kuasa yang silap? Tentu sekali tidak.

Tentu ada perancangan yang terlindung yang tidak kita ketahui.

Mungkin dengan kejadian itu kamu kemudiannya akan menjadi pengarah filim terhebat masa akan datang. Siapa tahu?

Makanya, tidaklah perlu kita berbangga-bangga dengan sedikit gelaran. Kita tidak mahu menjadi sarjan polis yang di pinggirkan setelah pencen. Dan kita berharap dalam masa 3-4 tahun akan datang tidak akan ada penulis blog yang menukar nama blognya kepada blog DR SINGA misalnya.

23 comments:

sidra kamar aisa said...

penagih dadad.
eh! dadad eja terbalik pun dadad
haha..(dalam hati)

jagoan said...

banyak maksud tersirat entri ini.



:D


.

ceri masam said...

angguk2!

geleng2!

Anonymous said...

sebagai contoh, ulang suara, sebagai contoh. Penulis (Mr Jones) menggunakan pengulangan dalam ayatnya. Pengulangan begini membawa maksud penekanan. Persoalannya mengapa perlu ditekankan? Maksudnya, penulis sememangnya dengan tujuan menujukan entri ni kepada seseorang. Maklumat yang agak detail seperti lokasi, pendidikan, kerjaya menyokong kenyataan ini. Penggunaan perkataan contoh hanya cuba untuk melindunginya. Kembali kepada pesoalan lain, kepada siapa ianya ditujukan? Entri dari Mr. Blog kali ini penuh dengan teka-teki. Siapakah gerangannya kah kah kah

Anonymous said...

apa-apalahhh

Anonymous said...

hahha... dok abih jong kutuk jan... ekekek...

dak mboh gok jadi macang inspektor dalang gelak kahkahkah hok keno igak m'maring dulu...

zizie ali said...

dr. singa? aku faham. haha

Anonymous said...

Aha ek, dia senyap jah, ok gak kalu jadi pengarah filem. Aku dah mintak tulun dia tuliskan cerita aku dibikin ala-ala LA Law gituh.

AJ

Sebelum Kak Kok lagi aku dah pernah terfikir aku akan jadi jutawan segera kalau masuk court. Tetiba jah ko, boleh dapat 30 juta gitu. Tapi lawyar aku kata payah sebab mereka tak pernah sebut nama pun, jadi memang tak boleh menang.


Tapi dengan ilmu dan kepandaian aku dan izin Allah, akhirnya sampai aku dapat emel yang boleh bikin kes. Aku tanya lagi lawyar. Tapi kengkawan aku semua tak setuju dan nasihatkan aku agar memaafkan mereka dan duit upah lawyar tu pi buat bikin sambung belajar.

Thank you.

tuan tanah said...

:)

OP Zaharin said...

kami dengar khabar, kau ada di shorties tempohari. tapi hampa kerana kau duduk diam-diam di sudut entah mana.

aiseh bang, kami teringin nak minum-minum dengan kau le. hehe.

dugongsenyum said...

Sesetengah sajak panjang AJ ada potensi jadi filem pendek :-)

Tia said...

:) kembali

ayobkelubi said...

pergghh!

Anonymous said...

aha, tapi dia memang berbakat besar dalam persembahan rap. Foyoo penuh perasaan gitu.

Aku rasa nak menangis tengok gambo dia dalam blog Nazri, serius nih. Orang India kikir simpan wang dalam misi satu family satu doktor setelah misi satu lawyer satu family dah menjadi.. ini orang kita dah Fasal 153 bagi peluang belajar di UiTM dah grad, dok pegang lampu jah pula. Pegang lampu pun pegang lampulah ek. Ye tak ye gak AJ kan pegang lampu lebih mulia deh dari membela anak guam kapitalis yang bangsat lagi gampang kut?

Mat Jan said...

memetik blurb jibam, "jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti."

ewah!

June said...

Jones,

Mengikut firasat saya, satu hari yang aman damai kita akan bersua di galeri.

;-)

Anonymous said...

peringatan:

tulisan bertajuk 'nasi lemak simple' bukan di tujukan kepada mat jan. dia saya jadikan contoh kerana saya suka mengutuk dia. tambahan pula dia seorang yang sangat menghormati orang tua, maka dia menerima semua kutuk dari saya dengan lelakinya.

tulisan tersebut juga tidak di tujukan kepada sesiapa pun. saya menulisnya kerana saya banyak masa.

terima kasih.


jones.

dugongsenyum said...

Mat Jan,

Tabik!

A said...

yes tuan..

Anonymous said...

ya faham.

addyaholix said...

teringat nasik lemak simple kt esplanade tepi sg pahang kt kuantan tuh!

sedap!

Bunga Rampai said...

Nasi lemak simple pun sudah cukup mengenyangkan. Alhamdulillah.

Salam Pak AJ :)

Anonymous said...

Jones, di Tremelbye ada nasi lemak simple, begini rupanya:
Ikan bilis kecil dan keras 3 ekor
Kacang lemau dalam 4 ulas
sambal sesudu..cair
total jumlah telur 1/6
nasi secuput ( satu cawan kecil ),

namun aku selesa, cubaan untuk sarapan ala kadar.

(samaada relevan dgn isu yg kau tulis di atas atau pun tidak, sila abaikan)