Saturday, October 04, 2008

kedai songkok haji gundal

Mulanya saya ingin menulis tentang betapa rancangan menerapkan nilai-nilai islam yang sekian lama di usahakan oleh kerajaan akhirnya semakin menampakkan kejayaannya. Dari penubuhan bank-bank yang menjalankan sistem perbankan islam kepada penubuhan beberapa universiti yang menjadikan islam sebagai sebahagian namanya.

Akhirnya-akhir ini pula kita dapati bagaimana masyarakat marhain mula menggunakan perkataan-perkataan yang agak islamik dalam perbualan seharian dan yang paling babinya adalah apabila skop sedekah makin diperluaskan maksudnya.

Kita sebenarnya tidak mahu peduli apa dosa yang mereka lalukan selagi ianya tidak melibatkan kita. Dosa dia dengan tuhan biar dia yang selesaikan dan kita berdoa hendaknya janganlah kita di duga begitu.

Namun apabila dosa yang sebegitu dihebohkan dan kita sering-sering ditanya oleh anak-anak kecil maksudnya, kita menjadi sangat jengkel.Tambahn pula apabila dengan bodohnya mengaku dilemahkan iman oleh orang lain.

Dosa yang dilakukan dengan sembunyi adalah lebih baik dari dosa yang dilakukan terangan dan dihebahkan. Tak payah tanya Dr. Asri atau Ustaz Zaharuddin,mamak malbari nasi kandar pun tahu.Kalau tanya saya, lagilah saya tahu sebab saya pandai. Dan jika kamu ingin saya memberi ceramah di radio atau televisyen, sila hubungi syarikat saya, KAYA MELALUI AGAMA SDN.BHD.

Namun kerana kita masih dibulan yang mulia dan masih dalam suasana bergembira, maka tidaklah jadi saya menulis tentang itu semua.

kemudian terbaca tentang aturcara rumah terbuka menteri perdana diakhbar dan datang keinginan untuk menulis betapa jemputan dibahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama ialah untuk dif-dif terhormat dan kenamaan. Kemudian dari itu baru dibenarkan orang kebanyakkan.

Ini mana punya hadhari da? Islam tidak benarkan kita bezakan kaya dan miskin dalam majlis kenduri kendara.Bukan mamak malbari nasi kandar saja yang tahu,cucu dia yang cacat akal pun tahu.

Patut la bergaduh sesama sendiri dan kalah pilihanraya, bodoh macam kote.

Namun sekali lagi saya terpaksa menghalang diri dari bercakap kotor bila mengenangkan kita masih berada di bulan yang mulia dan masih bergembira dalam suasana hari raya.

Jadi untuk tulisan kali ini, saya khaskan kepada kawan-kawan yang membaca secara senyap,yakni tidak pernah meletakkan apa-apa komen disini. Kepada mereka saya ucapkan terima kasih dan selamat hari raya.

Kepada kawan kepada Abid Kamal di Putrajaya yang katanya rajin membaca tulisan saya,(saya lupa nama beliau) saya ucapkan terima kasih dan pesan saya kepada beliau adalah, apa-apa yang dikatakan oleh Abid Kamal tentang saya adalah tidak benar.

Kepada Abid Kamal sendiri pesan saya adalah, biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. hahaha.

28 comments:

Anonymous said...

Selamat hari raya enche.

azharjaafar said...

Selamat beraya, diraya dan meraya... atau dengan kata lain 'dimemperberayakan'.

admin said...

beraya la selagi boleh beraya...selamat hari raya encik abdullahjones

dugongsenyum said...

Ha ha ha

Pegawai Khalwat said...

Ha ha ha....

Tu nasib baik hang tak mai rumah terbuka kat batas kepala kat tanjung ni. Sama saja, tolak tak ada orang nak hantar petisyen saja walau puak tu pun banyak kat sini.

Anonymous said...

Selamat Hari Raya.. ;-)

Anonymous said...

APA?! MENTERI PERDANA BODOH MACAM KOTE?! HA!! HA!! HA!! LUCU BRO!!

tahun ni gua tak nak buat rumah terbuka..takut nanti ada pulak org datang ramai2 hantar petisyen.. kalau hantar peti televisyen takpe la jugak..

PS-SELAMAT BERPUASA 6..6 HARI TAU..BUKAN 6 MINIT..

the artist and i said...

amboii..comey comey aihh..

dugongsenyum said...

Dalam gambar tu cucu-cucu AJ sweet belaka :P



Hahaha

ubilepih said...

Rumah tebuka dia,joli duit kita untuk suka-suka dah tu membeza-beza antara miskin dan kaya..hee..heee..kote betul..memang tersangat kote..;)

Anonymous said...

biar pecah di perut..
jangan pecah di mulut..
kalau pecah di mulut..
maka pecahlah mulut & perut..

tasekM said...

hidup yang dikastakan... alahai~

siapakah anak dara yg lawa2 itu... :)

siku lipat said...

saya bersetuju dengan kamu dimana sifat-sifat mendouble-standardkan manusia atau orang masih ada.

Anonymous said...

bila lagi geng indrap tu nak jumpa lah... taim tu je lah... hahahah..

Anonymous said...

wak blekpepel kata, gundal tu.. daki pusat...

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Jones,

Selamat hari raya. Tulislah buku untuk PTS!

norzailina said...

Sdr AJ,
Sangat terharu saya mendapat ucapan Hari Raya drpd sdr. Semoga lebaran yg lalu membawa makna yg cukup besar dalam hidup kita semua. InsyaAllah, akan bertemu di Ramadan yg akan datang...

Anonymous said...

disebabkan saya selalu membaca secara senyap, kali ni saya tak baca secara senyap lagi. sibuk saya bercakap sambil membaca entri ini. saya bercakap tentang gambar di bawah tu ha ha ha ha

- kalam

UMNO PARTI PENJARA said...

INFO TERKINI:

FAIZAL ZAKARIA TANDING KETUA PEMUDA UMNO - MUKTAMAD

RUJUK >> http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Lily Abdullah said...

Belum terlambat mau ucapkan selamat hari raya untuk enche sekeluarga.

Anonymous said...

First time perkataan liwat dikomersialkan aku naik geli geleman bukan kerana perkataan liwat itu dikomersialkan, tapi aku geli-geleman dengan reaksi prentetious penuh mengada-ngada bila ada kakak kata "segan anak tanya liwat tu hapa"

Aku pelik campur geli geleman dan terfikir kakak ini dari bumi Alien mana bodoh bebeno liwat pun anak dia tak tau. Aku umur 7 tahun dah tau air mani tu apa, ayah aku ajar. Aku cakap dalam hati "bah, buat anak jah pandai"

Anak dia bukan kecik pun. Ai pantat dah berdarah, takkan liwat pun tak tau!

Anonymous said...

Pak Jones datanglah ke kampung bandar Dalam, di pangkal Kg Padang Balang Batu 4 1/4 Jalan Gombak. Sebelum kampung kami di ganyang punahkan demi pembangunan kata mereka. Merdeka (SZI)

Mak Su said...

Selamat Hari Raya En Abdullah Jones,

saya tak pernah dapat jemputan, kerana mungkin saya dodok di kasta yang paling rendah :(

bisnes bagus ker? kaya melalui agama sdn bhd, ada franchise?

blackpurple @ jowopinter said...

Betul-lah macam kata Pa'chik tu. Ha ha ha!

Slamet Dhino Bodho bang...

Anonymous said...

tumpang tanya..

ada tak kawan2 yang tau kat mana ada sekolah pondok kat area KL?

Anonymous said...

teka-teki..

RAHMAN = BAPA KEMERDEKAAN
RAZAK = BAPA PEMBANGUNAN
HUSSEIN = BAPA PERPADUAN
MAHATHIR = BAPA PEMODENAN
ABDULLAH = BAPA MERTUA KHAIRY
NAJIB = BAPA APA?

pemikir lapuk said...

comel-comel jong

Anonymous said...

Agak lewat utk saya komen.
Hanya ingin menegur penggunaan tajuk KEDAI SONGKOK HAJI GUNDAL.

Munkin saudara abdullahjones tidak tahu atau tidak sengaja.

Di Kuantan Pahang, ada sebuah toko lama yang membuat songkok. Bisnes ini adalah turun temurun (bisnes keluarga). Ia diasaskan oleh Haji Ahmad Gundal.

Jasa Allahyarham Ahmad Gundal kepada jelata Pahang amat besar.
Justeru, saya terpanggil untuk memberitahu saudara, penggunaan tajuk KEDAI SONGKOK HAJI GUNDAL untuk artikel ini amatlah tidak sesuai.

Harap maklum.