Tuesday, September 23, 2008

sima book store



tajuk: khabar dari angin;taufan 16 september 2008(1 dari 3 panel)
media: arkrilik atas kanvas
saiz : 3'x4'
harga: rm2500
*setiap panel dijual berasingan.


Sebagai seniman yang sangat hebat, saya selalunya akan muntah apabila melihat terjemahan apa yang di katakan muhibbah oleh sesetengah pihak atau dalam bahasa yang mudah di fahami, orang yang kerja bahagian kreatif dalam kerajaan.

Kepada 'sesetengah pihak', muhibbah biasanya di gambarkan dengan meletakkan beberapa ekor wakil dari perbagai bangsa dengan pakaian kebangsaan mereka duduk bersama. Untuk apa juga upacara.Di tivi, radio atau apa juga.

Punyalah keliru pihak kerajaan hari ini, di satu pihak mereka mahukan muhibbah, diwaktu yang lain mereka melaungkan konsep bangsa malaya.

Tidak ada negara di dunia ini yang menegarakan bangsa mereka kecuali komunis dan Indonesia. Kita semua tahu betapa gagalnya komunis dan kita tidak nampak apa baiknya apabila Sukarno menegarakan bangsa di Indonesia.

Apa yang kita nampak adalah kaum cina Indonesia dipaksa meninggalkan amalan tradisi mereka dan mengambil tradisi 'bangsa indonesia' sebagai budaya. Ini tidak lebih dari satu bentuk penjajahan. Sama seperti; suruh cina malaya yang masuk islam pakai baju melayu, tukar nama melayu.

Apabila ini berlaku, maka akan hilang budaya bangsa tertentu. Bayangkan jika semua kaum cina malaya memeluk agama islam dan mereka di asuh supaya meninggalkan apa juga budaya mereka dan mengambil budaya melayu sebagai ganti. Kesian kaum cina malaya nantinya terpaksa menyukai hiburan bodoh-bodoh.

Saya pernah tinggal di satu kawasan yang majoritinya orang melayu dengan sedikit taburan bangsa cina. Setiap pagi muazin di kawasan itu akan memulakan membaca tarhim dengan kuatnya sepuluh atau limabelas minit sebelum azan. Ini pada saya adalah mengganggu penduduk yang tidak islam. Kita perlu berfikiran jauh. Mungkin ada diantara kita yang berkerja sepanjang malam dam waktu tersebut adalah waktu rehatnya dan sudah barang tentu mereka akan marah jika di ganggu.Mana baiknya islam jika saban hari di marah dan di benci orang?

Kamu sering berbangga berbuat entah dianjurkan islam atau tidak kerana merasakan yang tuhan di pihak kamu tanpa menyedari kadangkala kamu lebih banyak membawa buruk dari baik kedalam agama suci islam.Dan kamu biasanya lebih melayu dari islam.

Hari ini kebanyakan bangsa di malaya merasa kurang senang dengan banysa melayu kerana sikap bangsa melayu itu sendiri.

Kemudiannya dilaung-laungkan betapa kaum lain tidak berminat untuk berkhidmat didalam kerajaan.

Ini adalah dusta. Jika kamu duduk didalam mana-mana institusi yang di kuasai oleh bangsa melayu, kamu akan dapati seakan ada pakatan rahsia yang mahu menghadkan penyertaan kaum lain didalam organisasi mereka. Kononya untuk melindungi kepentingan bangsa melayu.Tidak dapat tidak, sifat ini perlu kita kreditkan kepada puak amnu yang saban hari melaungkan betapa pentingnya memperjuangkan bangsa istemewa yang di panggil melayu.

Betapa ruginya negara apabila ada pihak yang menutup peluang kepada bangsa lain selain melayu untuk berkhidmat didalam kerajaan.

Aiseyman.. nok gi bazar ramadan.. nantilah saya sambung mantra-mantra sakti saya. nok gi cari rojok betek kuoh ikang.lambat takut habis. daa.

kemaskini;

Saya terlupa, sebenarnya kita perlu simpati kepada BEKAS PENULIS BLOG yang itu. Dek kerana tidak lagi menulis blog, beliau lupa cara-cara untuk mengomen. Sampai tiga kali ditekannya butang komen untuk satu komen yang sama.Mungkin beliau terlalu sibuk menulis duapuluh patah perkataan di kulit belakang buku-buku PTS maka terlupa dia akan cara benar. Kepada Puan Ainon kita minta BEKAS PENULIS BLOG itu di beri sedikit ruang untuk mempelajari kembali apa yang di panggil menulis dan mengomen blog. Kita tidak mahu kehilangan seorang yang di anggap pelopor penulisan blog.

Dan saya juga sangat hairan mengapa Tok Rimau menghadkan pembacanya. Jika tidak mahu tulisan dibaca orang, tulis diari.



tajuk : khabar dari angin;jalan ke putrajaya (2 dari 3 panel)
media : arkrilik atas kanvas
saiz : 3'x4'
harga : rm2500
*setiap panel dijual berasingan.

27 comments:

dugongsenyum said...

Rojak betik? perghhh....

Anonymous said...

tak pernah makan rojak betik..
kalau rojak buah kuah ikang pernah..
tapi tak berapa gemar, buat lidah lidas..

anti toksin said...

daa tu buat saye gelok..
comel bunyik nye..
ha ha..

tukor la nama belog ni, jadi belog politik pulok!

ha ha..

anti toksin said...
This comment has been removed by the author.
ayobkelubi said...

sekali-sekala mantra sakti sebelum berbuka nie mmg menyentap jiwa eh?.

rojak betik campur kuah ikang?.ikang gapo dia pakai pak lah?

Anonymous said...

Bolehkah mentera sakit ops sakti ko pulihkan Amerika yang dah muflis, tapi masih tak ngaku muflis tu ha ha ha ha

Pa'chik said...

err... puko lapang pagi mu nok gi cari rojok jong? alohhhh...

Pa'chik said...

kalau waktu melaya.. baru puko tige petang...

mamasita said...

Hoooi AJ..jadi ahli parimen lah!Boleh debat best2 sikit kat persidangan parlimen!Ramai yang bercakap kat situ kuat merapu dan nak bertekak je..you ckp ada juga di terima akal! Tapi kita kenalah jugak bagi biznes2 besar kat orang Melayu jugak k?Mesti imbangkan lah weh!

zizie ali said...

mak mertua aku zaman mudanya jual rojok betek kuoh ikang. sekarang, kalu nak makan, kkabar je ke dia, buat slalu. heh, heh.

Sir Mute Key Chicks said...

oit-oit.mahalnye lukisang mung.wahaha

Fatih Najwa said...

client saya bernama abdul aziz. saya kira Islam, ternyata China Katolik. teman saya bernama Sunarto, mata sepet, memang china totok. ramai orang china indonesia tidak bisa berbahasa mandarin. yang china jawa pula, cakap bahasa indonesia logat jawa.

thoyol said...

hehe..

bijok lajok mu ni jones...

Pa'chik said...

tengok lukisang tu.. tringak ke lawok se nih...

what did the hurricane say to the coconut tree?


hold to your nuts, this is no ordinary blow job..

Sya said...

Tuan AJ.. lama dah tidak menjengah ke sini.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Bathin

Anonymous said...

gambar yg belah bawah tu, buat saya teringat cerita stepmom, di mana julia roberts telah mengajar anak tirinya melukis pokok...

Ain't no Mountain High Enough...

Mat Jan said...

:P

Artozy said...

pak aj, selamat hari raya!

Anonymous said...

Selamat Hari Raya.. ;-)

rasso said...

ha ha ha...

TR takut masuk ISA kot... tu pasal ada limitasi pembaca yang non-partisan.... wkakaka~

zizie ali said...

kemaskini:
sudah sampai masanya persatuan bekas blogger ditubuhkan. macam persatuan bekas perajurit, majlis bekas wakil rakyat, etc.

ubilepih said...

Aslmkm!

Selamat hariraya untuk tuan dan family.

Anonymous said...

Haru betul.....

saya pun baru perasan kekreatifan mereka itu.

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

akum abang jones
betul gak kata mung tu baik tulis dairi kalu taknak orang baca

Pegawai Khalwat said...

Ya, awat tok rimau buat lagu tu?

hafiz said...

bro. betol katamu. pabila agama menjadi eksklusif. akan ada ego pada pengamal agama.

Saya... said...

Islam tak pernah pulak mengamalkan bentuk penjajahan "rabid nasionalists". Allah menjadikan kita berbagai kaum "untuk mengenali satu sama lain". Selagi budaya kaum itu tidak bercanggah dengan aqidah dan syariah, selagi itu budaya itu bebas diamalkan.

Orang Melayu ni sebenarnya agak "confused" pada pendapat saya...apakah identiti sebenar mereka?

Islam dulu atau Melayu? Sikap nasionalis dan perkauman atau ketuanan tidak wujud malah bercanggah dengan konsep brotherhood Islam.