Tuesday, September 09, 2008

meng heng bakery

Mengapa ramai pekerja apa jua rajin makan suap? Seperti biasalah, saya yang serba-serbi pintar ini akan menjawab soalan-soalan yang saya kemukakan.Kamu semua bengap.Sebabnya adalah kerana kebanyakkan kamu tidak menganggap perkerjaan kamu sebagai ibadah.

Kamu semua beranggapan kerja kamu adalah satu anugerah. Kamu mendapat apa juga perkerjaan kerana kamu pandai sekolah.Kerana mak bapak kamu kenal wakil itu ini.Semua orang yang berurusan dengan kamu perlu menyembah kamu atau jika tidak mahu, bayar apa juga kerja kamu. Gaji bulanan kamu sentiasa tidak setimpal dengan jasa kamu yang maha banyak itu.

Kamu tidak mahu mengira yang sepuluh sen yang kamu dapat dan belanjakan kepada anak-anak kamu adalah ibadah.

Kamu sentiasa mahu lebih tanpa mengira apa juga caranya.Dan cara paling mudah adalah makan suap.

Kerana itu kamu akan dapati apa jua jawatan yang kamu pegang, kamu akan berusaha untuk makan suap.PAR dengan cara PAR,pegawai besar dengan cara pegawai besar.

Yang sedihnya ada berita tempoh hari bagaimana seorang pegawai yang meminta bapanya dijadikan pengarah sebuah syarikat sebagai suapan. Makan seorang sudahlah, mak-bapak kamu dah tinggal berapa hari lagi janganlah kamu libatkan.

Jika kamu menganggap kerja kamu adalah ibadah,maka kamu sentiasa akan merasa cukup. Alah, seperti mana kamu merasakan cukup sekadar sembahyang wajip lima kali sehari, atau jika kamu pandai syiah, maka tiga kali sehari sudah cukup untuk kamu.

Itu jika kamu kaki sembahyang hari-hari. Yang jenis jumaat sahaja pun ramai merasa cukup dengan jumaat.

Sembahyang sunat hanya untuk mamak malbari.Sebab dia keling,islam dia kelas kedua. Kerana itu mereka perlu sembahyang lebih dari kamu.

Cubalah belajar untuk merasa cukup.

Akhir sekali, jika kamu lihat mana-mana jiran kamu yang banyak menerima bungkusan hadiah menjelang hari raya ini, baling rumah mereka dengan taik.



ps: saya baru selesai mengadakan pameran dan nasihat tulus ikhlas dari saya adalah; belilah lukisan saya sekarang kerana kamu tidak akan mampu membelinya di kemudian hari (jika kamu tidak makan suap).

12 comments:

jagoan said...

Mesej ni sampai. Saya rasalah!

benludin said...

mmg gua makan bersuap...hehe

Pegawai Khalwat said...

Aku tak makan cabai.

SHIMI said...

Kawe makan bersudu. Tak kena la

zizie ali said...

hahaha. baling rumah mereka dgn ta..? cari material lainlah. haha

ubilepih said...

ade yg lagi laknat...makan suap minta dibelanja gi UMRAH...PTUIH..tuih

Anonymous said...

suap selipar ke dalam mulut org yang minta disuap..

Anonymous said...

jangan kata kemudian hari, sekarang pun saya tak mampu beli..

dugongsenyum said...

Hahaha

Entri dakwah terbaik.

thoyol said...

sume orang ko nak basuh jones..
hehe..

Anonymous said...

WAH!! Tak lama lagi harga barang makanan berasaskan pertanian dijangka akan turun mendadak & masalah kekurangan bekalan komoditi tersebut di dalam pasaran pasti tidak akan berulang lagi apabila rombongan Ahli Parlimen kita yang jumlahnya berpuluh-puluh itu akan pulang dari Taiwan bersama-sama ilmu pertanian yang hebat dan canggih untuk diajarkan kepada petani2 di kawasan masing-masing dan juga kepada pegawai2 di Jabatan Pertanian..

Situasi ini juga dilihat mampu mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan petani..
TERIMA KASIH YANG BERHORMAT!!!

PS-Sambil2 belajar bercucuk tanam tu,cuba Yang Berhormat sekalian perhatikan bagaimana Taiwan menguruskan ladang ternakan babi mereka..

APA?! TAKDE SATU PUN LADANG TERNAKAN BABI DI TAIWAN?!

Memang la..Kerajaan Taiwan,Hong Kong dan Singapura tidak membenarkan penternakan babi di negara masing2 sebab kotor dan boleh mengundang penyakit..

Tapi org Cina Taiwan,Hong Kong dan Singapura makan babi..Jadi dari mana diaorang dapat bekalan?

DARI MANA LAGI?! DARI MALAYSIA YANG ISLAM HADHARI DAN NAK JADI HALAL HUB DUNIA NI LA... HA!! HA!! HA!!

SATIRA + KACAU said...

Lah. Aku melihat dengan mata dan kepala. Kau pun tahu siapa Pak Isa kan? Semalam dia ada kirim salam. Dariku yang hanya bersatira.

Satira + Kacau