Wednesday, July 16, 2008

haji joned

Kuantan adalah sebuah bandar hampir pupus pengemis. Tempat mereka kini di ganti oleh pelukis.

Saya tidak tahu tentang daerah lain, namun dari pengamatan, saya dapati Kuantan adalah sebuah daerah yang amat menghina pelukis. Mereka hanya di benarkan beroperasi di tepi-tepi jalan.

Untuk menyewa bangunan kedai mungkin mereka tidak mampu, namun jika dibina bangunan dikawasan khas dengan sewa minima untuk mereka, rasanya ia bukan hanya membantu pelukis, ianya juga boleh menjadi suatu tarikan. Bandar Kuantan tiada apa yang istimewa kecuali saman letak keretanya. Jadi, mengapa tidak jadikan medan seni sebagai satu lagi tarikan? Sambil menunggu untuk membayar saman letak kereta, pelancong atau orang tempatan bolehlah sekurang-kurangnya menjamu mata dengan hasil seni jika tidak pon membelinya.

Ada dua tempat yang mana pelukis 'bebas' melakukan aktiviti mereka.

1. Telok Chempedak

Pelukis di sini tertumpu kepada kumpulan yang menjadikan potret dan karikatur sebagai sumber pendapatan. Seperti nelayan, mereka hanya dapat kelaut apabila cuaca mengizinkan. Tidak sekali sedang mereka asyik melukis, angin badai taufan melanda. Terpaksalah mereka mengejar rejeki yang berterbangan bersama peralatan melukis.

Suatu ketika dahulu, terdapat sebuah kompleks seni yang teramat cantik di sini, namun keuntungan yang di bawa oleh kompleks ini tidaklah seberapa jika di bandingkan jika ianya disewakan kepada kumpulan Mc Donalds misalnya. Maka disewakan kawasan itu kepada Kumpulan Mc Donalds. Betuah benar orang Kuantan kerana dapat makan Mc Donalds di Telok Chempedak.

Tidak lama kemudian, agensi terbabit merasakan yang Telok Chempedak memerlukan sebuah lagi kumpulan makanan segera bagi menampung keperluan makanan manusia yang datang ke sini, lalu dibenarbinakan sebuah lagi restoran makanan segera. Menjilat jari rasanya para pegawai yang meluluskan binaan tersebut. Maklomlah, banyak fadilatnya jika berurusan dengan syarikat-syarikat mega antarabangsa.

Saya tidak tahu siapa yang terlibat meluluskan kedua-dua restoran makanan segera ini, namun saya mengatakan kamu sangat tonggong kerana membenarkan syarikat tersebut beroprasi di situ.

Saya mencadangkan supaya sebuah pasaraya, Tunas manja misalnya, dibina di kawasan letak kereta di Telok Chempedak kerana Kuantan tidak cukup pasaraya.

2. Taman Kerang

Semenjak lebih 20 tahun dahulu, terdapat seorang pelukis yang sangat tekun melukis di situ dan beliau juga mengalami nasib yang sama dimana terpaksa bergantung pada faktor cuaca untuk melukis dan menjual karya.

Tidak terlintas di kepala pegawai yang bertanggungjawab untuk membina sebuah pondok dan kemudian disewakan kepada beliau atau bina beberapa pondok dan disewakan kepada mereka yang berminat (untuk melukis) disitu.

Namun saya tidak hairan jika kawasan ini juga nantinya dibina sebuah restoran rangkaian kerana seperti saya katakan tadi, kebanyakkan pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini semuanya sangat tonggong.

Selain disini, pelukis juga dibenarkan melukis di belakang Bangunan Pelancungan berhadapan Balai Polis. Namun demikian, pelukis tidak dibenarkan bina-membina. Mereka hanya dibenarkan melukis di bawah langit. Alam adalah sumber ilham para seni dan pihak berwajip tahu akan hal ini.

Tidak ada pelukis yang melukis disitu. Jadi bolehlah pihak berwajip meluluskan pembinaan sebuah lagi pasaraya Tunas Manja disitu.

Begitu juga dengan Balai Seni Lukis Negeri Pahang, setelah lebih setahun beroperasi, tanyakan siapa pun, kamu akan dapati mereka tidak tahu dimana letaknya bangunan gelari lukisan tersebut. Tempatnya di tengah-tengah bandar Kuantan, namun tidak ada satu pun papan tanda yang menjuruskan ketempat itu.

Ini adalah sebuah bangunan yang terlebih tingkap. Galeri lukisan memerlukan dinding, namun apabila urusan bina-membina diserahkan kepada yang bukan ahli, maka ianya menjadi kacau.Sejak diubahsuai, hanya ada satu pameran di sana. Setahun lebih SATU PAMERAN!

Aktiviti yang sering berlaku di sini adalah merangcang dan menghisap rokok. Jika ada waktu senggang dari itu, maka aktiviti melihat rumput dan lalang dijadikan sebagai satu lagi usaha mengerakkan seni di Kuantan.

Makcik Maz yang diamanahkan menguruskannya lebih asyik berkaraoke.Maklomlah, suaranya boleh tahan.

20 comments:

Anonymous said...

Boleh kita tukar-tukar link? Saya dah letak link anda di blog saya.

Anonymous said...

emm.....setuju

el-Maaniq said...

di sekolah tidak ajar apresiasi seni (lukis). yang banyak hanya seni (suara)

wallpapersdeco said...

hi have a nice day.. looking for wallpapers for your house? or your friends/relatives interested, visit my blog! thanks

Artozy said...

lama dah tak ke pulang ke kuantan. dah ada kfc di teluk cempedak?

Hasrul Halid said...

Huh! lamanya tak ke TC. Ropanya ada McD danKFC la ya?

Kita MARHAEN, mana ada orang mau layan Pak Jones. Lainla kalau kita ni menantu Menteri Perdana misalnya...

Anonymous said...

AJ, kau kena faham ini Malaysia, bukan LONDON ok, anak-anak kita lebih suka makan fast food dari tengok orang melukis ok.

Apresiasi terhadap seni di sini masih kurang, aku tak fikir dengan kurikulum pendidikan yang berteraskan peperiksaan dan mengambil ratio 60:40 antara sains teknologi dan sastera dapat membentuk generasi yang tahu, mahu, pandai, celik seni yang bisa bikin pelukis berbakat macam kau hidup senang lenang hanya dengan melukis.

Apapun apa kata kau pindah ke Melaka jah, Melaka telah dinobatkan sebagai taman Warisan Dunia dan KM aku pun rajin tarik pelancong. Ramai pelancong asing mungkin rezki kau lebih murah kau. Aku rasa Faisal Tehrani sure suka kalau kau pindah Melaka ek.

SATIRA + KACAU said...

Sdr Loh: Lapan belas tahun dulu (tahun 1990 ?), di depan seorang teman bengkel teater, aku mengamuk membalik kerusi dan peralatan dalam dewan latihan sebelah rumah timbalan MB sekarang, yang dikunci hanya untuk kegunaan pasukan tari menari. Pintu dewan latihan kukecaikan dengan tendangan.

Ketika itu, aku katakan kepada teman itu, Kuantan adalah kota pembiak anak babi dan bukan untuk orang seni.

Kerana itu, aku memilih untuk lebih banyak berseni di luar dan bukan di kota pembiak anak babi ini.

Masalah lain, Loh. Ada pulok kalangan orang seni di sini yang sanggup jadi anjing penjilat. Janji dia dapat projek. Orang lain mampus tak apalah.

Doh tu pulok, berok dan cenekoh diletak di depan berlagak macam tokoh seni dan bercakap fasal seni.

Soriloh. Entimu hok ni buat rasa maroh aku naik semula. Bukan maroh kan mu, tapi marohkan babi-babi itu.

Satira + Kacau

Kemat said...

Kuantan aku kira hebat, mana ada kat tpt lain di Msia nie yang ada McD & KFC di pantai peranginannya...

Unknown said...

Bior pong aku bukang org seni...sakit hati betol rasenye...

SATIRA + KACAU said...

Sdr Liau: Kerana berasa seni yang ditekan serta disepelekan, aku menjadi pemarah dan para aparat itu mungkin menyangka aku sudah gila dan isim.

Sdr Loh: Sori kerana luahkan sebalku di ruang ini. Sori dan jangan marah.

Satira + Kacau

Rahimin Idris said...

kuantan? selalu juga aku pergi. beli ikan bilis je la bila pergi. lain-lain biasa saja. kuantan memang bankrap seni.

Caieja said...

Yep...

Kalau org tanya 'ada apa di Kuantan', saya hanya boleh menarik nafas panjang dan tersenyum paksa...

Tapi kalau org tanya 'ada apa di Pahang?', itu boleh saya olah panjang lebar...

Taman Kerang sangat cantik jika dijadikan pusat seni... Dekat dengan masjid, rimbunan pokok, padang MPK...

Mungkin Tunas Manja di TC digantikan dengan pasaraya baru di depan Taman Kerang... Hihi

Betul ke Encik ada kelas lukisan untuk kanak2? Pendaftaran? Info please?

AL-BIMA SAKTI said...

begitulah selalunya, org yg diberikan tanggungjawab ialah org yang bukan bidangnya. org yg tak tahu buat kerja. pelajaran ada, tp ilmu tak ada @ tak cukup

Pegawai Khalwat said...

Bro,
Aku simpati + marah + geram pun ada.

Ya aku juga anak seni. Walaupun aku bukan 100% hidup dengan hasil seni. Tapi aku dapat rasa peritnya jadi anak seni.

Ya aku pernah beberapa kali sampai Kuantan.

Ya aku ada juga cari di mana medan orang melukis. Akhirnya aku tiba di banglo lama tepi sungai yang katanya kini menjadi balai seni lukis. Ada betul ka?

Ya aku tak tahulah nasib pelukis di sana. Di sini pelukisnya dulu berkumpul di Komtar. Ada tempat mereka melukis potret dan sebagainya. Sekarang KOmtar dah nak mati. Yang penuh cuma Indon dan Bangla dan Nepal dan Vietnam dan Myanmar.

Ya.....

tasekM said...

hidup berkasta!

Anonymous said...

kadang2 koi tak sabor nak balik kuantan tp kadang2 tu koi menyampoh pulok..ermmmm..

jagoan said...

Bro,
Analisis ini merumuskan pelukis adalah golongan terpinggir.
Walhal, pelukis itu aset yang berupaya digembelingkan. Jika, di mana-mana negara yang punya tarikan pelancong. Pelukis dijadikan sebagai salah satu pakej yang termasuk di dalamnya.

Aset ini tidak diadaptasi sepenuhnya sebagai tarikan pelancong/ pengunjung. Mereka gagal (pihak berwajib). Pelukis itu sebenarnya aset yang mahal. Tapi tidak bernilai di mata mereka.

Damn!

*Ralat
tonggong >>> tongong
berwajip >>> berwajib

Nota :Barangkali boleh dipanjangkan ke bandar-bandar lain di Malaya.

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

moh pindoh ke lepeh..kite melokih atas rakit..

Anonymous said...

kuantan memang bandar yang suka saman kereta orang(MPK)...walaupun malam...terkena masa mula2 smpai di kuantan...my 1st bad impression of kuantan...n asking myself...why i choose 2 work here!!!might be nak bayar duit no.plat yg berpuluh ribu..that time a lot of email pasal no.plat keta CCC???/n xingat lah......pasal balai seni lukis tu mmg sy perasan di mana letak nya...cuma waktu xmengizinkan lagi utk smpai...dan xramai pelukis yg dapat ditemui di sini...i think there's nothing in kuantan