Namun begitu,jika ke Johor, tidaklah pula saya teringin ditemani oleh pengarah filim, eh! silap, penulis skrip eh! silap lagi,
Namun kerana di-pundek-kan banyak kali oleh penulis blog nombor dua paling agung baru-baru ini, saya jadi takut untuk mengajak beliau keluar ke kuala lumpur.Rasanya dosa saya tidaklah besar sangat. Hanya layak di-pundek-kan sekali sahaja, bukannya banyak kali. Dosa tak berani masuk MASKARA je. Lagi pun, siapalah yang nak tengok saya baca sajak di MASKARA. Saya sendiri pun tidak mahu!
Lalu berjalan sendirianlah saya (sigh) ke pameran senilukis di sebelah pasar seni sambil memujuk diri sendiri. Sambil memandang awan yang semakin kelam dek terhiba di-pundek-kan banyak kali. Saya terbaca iklan mengenai pameran itu di blog
.
Disini saya mengucapkan tahniah kepada Saharil yang berjaya menjual banyak lukisan di pameran tersebut. Dan jika ada lagi pameran lukisan, ajaklah saya, walau pun saya seorang penulis yang sangat hebat, saya juga seorang pelukis yang sangat hebat.
Oh! Sementara menunggu Saharil menjemput saya sekali pameran dengan beliau, jika kamu mahu membeli lukisan saya dan rakan-rakan, sila ke
ps: jika kamu perasan, saya sekarang sudah celik IT. Sudah pandai meletak link kamu semua di sebelah sana. Pandai meletakkan klikteruspegisana. semakin handal rupanya saya ini.saya mahu meletakkan semua link kamu-kamu disini, tetapi masa belum ada, jadi jika link blog kamu belom ada, harap bersabar.
18 comments:
Kelakar. :D
Terima kasih kerana meletakkan blog saya dalam senarai klikteruspegisana. Saya rasa popular tiba-tiba. :)
tahniah
Bha ha ha - suruh baca sajak kat Maskara pun dup dap dup dap dupdapdupdapdupdap... serupe pondan, kate mok kawan.
Kalau mahu jalan-jalan di Puchong, saya boleh temankan.
Hehehe!
I would lurve to watch you recite poetry and at the same time throw sexy flowery scented lingerie, how 'bout that?...and not forgetting, throw loads and loads of rotten tomatoes and rocks, if possible, at you..diligently..it would be my pleasure..indeed.
Bro, hang mau ka buat solo?
Aku bole setkan galeri belah Tanjung ni.
Serius.
Terima kasih saudara kerana sudi melawat blog lama saya lidahhadi.blogspot.com, saya memang gemar membaca puisi-puisi saudara, saya menghargai segala hasil seni. saya sudah ada blog baru, hadihandali.blogspot.com
awek mana yang tak sukakan naga?
wah, penulis, juga pelukis... hebat, hebat. bertuah saya dpt kenal virtually dengan paklah yang ini.
tapi link saya mana? ahaks
mmg tak boleh blah betul keRIAKkan dan keTAKBURan cik lah jones ni.hahahahaha...
toke pts kata dia macam nordin ahmad, kata kata dia macam broery, mu pulak kata dia macam tom selleck, makain dukdgdukdaglah dia
cantik lukisan tuan hamba.
saya juga rajin melukis.
tapi potret biasa.
hanya orang yang mahu mukanya di jadikan potret shj.
upah?
sekadar ucapan terima kasih.
halamak, terima kasih ribu-ribu! tapi, bukan saya orangnya yang mengajak - saya yg diajak oleh kurator - terkejut juga, pada awalnya. :)
takper, nanti saya panjang2kan nama tuan.. :)
tom selek rupanya...
orang tak sudi, apakan daya.
Lawak AJ lawak ilmilah, hahaha
Say terawang-awang apabila menyaksikan yang blog saya tiba-tiba 'terpancut' di dalam klikteruspergisana milik AJ ni!
Rasa diriku amat dihargai. I love you! kehkehkehkehkeh!
wa caya lu la bro...
Post a Comment