Monday, January 07, 2008

kubang buaya

ring.ring.

- assalamualaikoum.

+ wa alai kumus salam Mok.

- Mok sihat. Mu?

+ err..alhamdulillah sihat.

- ni, Mok nok suruh mu tolong beli minyak makan dengan Din (pemborong tepong, gula, minyak masak dan penyeludup beras tegar) 2 kotak.

+ baru semalam dia kata dia tak ada stok. banyak orang sorok dan sebab panic buying.

- mu kabo ke dia Mok kata jangan jadi bodo. lam soon, guthrie, felda gi jual luar negara. untung banyok. jual dalam negeri bulih berapa sen je. penik baing kkorok kering dia.

+ ooo.

- assalamualaikoum.

+ wa alai kumus salam.



issh, Mok saya pon tahu.

13 comments:

sinaganaga said...

Mok kita serupa.

Anonymous said...

Mok, lupakan cekodok bilis.

Anonymous said...

Berapa tan orang Thailand seludup minyak masak?Maybe org Thai suka mandi minyak kot.
Kes penyeludupan mcm tu mustahil boleh buat Malaysia gawat.
Aku rasa baik Kementerian gi chek dlm stor..

#komen org ramai dlm buletin utama smlm :Tak guna menteri duk bercakap dlm kabinet je.Turun padang la.Tak guna jadi menteri klu tak dpt buat keje.

Anonymous said...

Aku rasa macam kes Presiden Indon yang ganyang Malaysia untuk melarikan diri dari masalah sendiri jah.

Maksud aku bila dah timbul cerita minyak, cerita orang naik minyak kat Hotel Katrina Batu Pahat pun tenggelam. Korang pikirlah, kalu tak tenggelam-tenggelam, harus Hotel tu terjongket! korang nak ka menginap di hotel yang ada CCTV!

Kami sudahpun berpesan-pesan sesama kami agar pakai kain bahasahan kalau mandi di hotel...omak takutnya akuuuuuu....

Mardhiah

zizie ali said...

penik baing kkorok kering!

Anonymous said...

mok kamu bertanding pilihanraya kawasan mana? saya mahu undi beliau.

1 said...

osman tikus, kong xi fa chai. selamat tahun tikus.

Bunga Rampai said...

Main-main sorok pulak sekarang. Patutlah operasi CCTV menjadi-jadi di mana-mana. Termasuk sekolah.

Salam Pak AJ. Moga baik-baik saja sepanjang tahun ini :-)

Pegawai Khalwat said...

Mujur minyak petrol tak leh nak sorok.

Anonymous said...

A, balik kampung tak nak bagi tahu ker? Ingat nak ajak lepak kat Restoren Mubarak ker, kat Warung Mok Na Tanjung Lumpur ker.

Sorila Lah. Mungkin awak sebok. Maaf kalau tersalah ayat.

Pa'chik said...

orang siam tak de pulak terputus bekalan beras wlau dah puluhan tahun beras dia kena seludup ke melaya.. hatta bernas pun buat kerja tu jugak.. ekekek...

Anonymous said...

mok mu hebak hebak!

anti toksin said...

meh semayang kat hidayah.