Horeey! yahoooooo! bravo! bravo! yes! vel! vel!*
Baru-baru ini saya memandu (dengan amat perlahan) dari Batu Caves ke Sungai Besar. Disepanjang perjalanan, saya dapati terdapat banyak kuil-kuil yang di dirikan. Dari yang paling gah di Batu Caves hingga ke beberapa kuil kecil di merata ladang sawit.
Maka dari situ saya dapati inilah punya sebenar tidak majunya kaum india di Malaya. Mereka terlalu sibuk beribadat dan menghias kuil.
Seperti yang di ketahui umum, semua binaan untuk mencantikkan kuil adalah menggunakan tenaga import. Para pengukir di bawa datang terus dari India sana.Di sini sahaja telah merugikan kepada kaum india di malaya yang mahir mengukir. Khidmatnya di pinggirkan.
Di tambah pula dengan obsesi kaum india terhadap patung-patung dan ritual agama yang mana menguasai segala aspek kehidupan mereka. Sehingga para sami menduduki peringkat yang tinggi dalam hairaki masyarakat mereka.
Untuk maju, manusia perlu pinggirkan agama atau dalam kes orang melayu malaya, cipta satu agama baru. Kita masih boleh mengamalkan agama lama, tetapi pembaharuan yang drastik adalah perlu sesuai dengan tuntutan kehidupan masakini.
Kaun cina malaya adalah satu contoh menarik untuk di jadikan suri teladan. Walaupun tidak ramai antara mereka yang tidak mempercayai tuhan, kebanyakkan mereka menganggap agama adalah lorong untuk menuju kekayaan. Apa sahaja dalam agama yang menganggu jalan besar kepada kekayaan, kita toleransikan. Jika kerana saban hari memberi limau mandarin kepada tokong menyekat kekayaan, maka cuba-cubalah berikan limau inggeris atau jika perlu berikan limau arab.
Perlunya perubahan atau kata manisnya, pembaharuan dalam faham dan tatacara amal agama mengikut arus perdana demi untuk membangunkan bangsa dan negara adalah sama perlunya manusia kepada materil. Tidak ada manusia yang bisa hidup tanpa materil dalam era yang menuntut kepada penjauhan agama dalam merebut materil.**
Agama adalah penghalang kepada majunya apa juga bangsa manusia di bumi mana sekalipon. Buka semua buku sejarah dan kamu akan setuju.Dan perjuangan bangsa juga adalah mudarat paling besar atas sesebuah negara.
Kaum india malaya punya dua pilihan, tinggalkan agama dan maju atau teruslah dalam mundur jika tetap berkeras dengan cara hidup sekarang. ATAU, berusahalalah untuk menukar bangsa dan masuk amnu.
Ambillah contoh dari masyarakat melayu dan cina malaya yang terlalu deras maju sehingga tidak ada langsung bangsa melayu dan cina yang kebulur di malaya tercinta ini.
** bahagian ini sengaja di belit-belitkan untuk mengambarkan betapa kompleksnya penerangan yang cuba di berikan.
* sorak-sorai di atas adalah mengambarkan betapa gembiranya saya apabila kerajaan memutuskan untuk membebaskan dari pertuduhan cubaan membunuh anggota keselamatan oleh kumpulan pembela kaum india malaya. Al-maklumlah, mereka tidak bertindak ganas dengan membakar bendera malaya.
Selamat Hari Raya Korban semua.
Wednesday, December 19, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
emm.....agama dan kehidupan tidak boleh dipisahkan dalam hidup mereka. Bak kata P. Ramlee,andai lagu dan irama dipisahkan? Mungkin itu sudah menjadi sebahagian dari hidup mereka. Sekurang2nya mereka bukan pagan, Ada pegangan.Nak menuju ke nirvana.
Eid Mubarak Bro.
Hello,
I wish you a good end of 2007 and a good year of 2008.
Sdr Abdullah. Hebat cara saudara menyatirakan isu ini.
Marsli N.O
Satira rupanya. Penulisan En Jones buat saya tersedu sebentar. Adakah saudara golongan yang percayakan tuhan tetapi tidak pada organized religion?
Selamat Hari Raya Haji dan Tahun Baru 2008.
saya baca entri ini kuat-kuat secara sleng sami value. orang sebelah saya teriak:"hoi gila ke.."
saya jawab: "saya tadak gila. orang gila ialah orang yang bila tengok orang bakar bendera dia cuma ambik gambar. tadak gari itu orang"
Kira-kira 147 jam lagi akan menjelang 2008. Selamat Tahun Baru buat Abdullah Jones. May you always find happiness and contentment...As usual, your entries are a delight to all the senses!! Keep up the good work.
Orang Hindu yang sibuk mendirikan & menghias kuil & patung adalah 'murtad' dalam ajaran Hindu yang 'sebenar' (merujuk dalam kitab Aurvedda).
Agama (semua 'agama') tidak menghalang kemajuan. Malah agama (paling mutlak - Islam) yang telah menyelesaikan kekalutan dalam kemajuan tamadun.
hahaha satira. sinikal nakal AJ. :)
Aku gunting rambut kat kedai India.
Makan pagi kat kedai mamak.
Basuh kewreta kat carwash India.
Biznes mereka maju juga beb.
Uncle AJ, walaupun kuil dorang cantik tapi tak pulak dorang nak baring-baring atau tidur kat lantai kuil tu kan kan..
Ho ho.... macam biasa...
Hang memang sarkastik bro!
Happy 2008, Jones!
..and..
...the song remains the same.
Post a Comment