Wednesday, September 12, 2007

malu

Ada dua kemungkinan mengapa kerajaan payah mengeluarkan permit ceramah politik untuk partai selain kerajaan di Malaya.

Pertamanya adalah mungkin kerana pemerintah sedang menuju kearah pemerintah diktator dan keduanya mungkin kerana pemerintah menganggap sekalian rakyat Malaya adalah bodoh.Tiada upaya memikir untuk memilih apa partaikah yang patut memerintah negara makmur ini. Jadi mereka (pemerintah) berusaha mengembala kita agar masuk ke kandang yang mereka (pemerintah) rasakan sangat betul.

Saya sangat suka sebab yang kedua dan sangat yakin itulah sebab yang benar.

Pembangkang adalah musuh, muktamat. Negara dan segala isinya adalah milik peribadi mutlak pemerintah, muktamad.

Jika kamu dari partai selain pemerintah, secara otomatis kamu menjadi ingkar dan jika masih berusaha untuk bangun, layaklah kamu di tembak seperti babi. Ops! Babi pun adakalanya lebih beruntung dari kamu. (sabit yang di sengajakan)

Ini ada satu cerita dongen antah-berantah yang berlaku di negara atas angin. Sepertimana cerita dongen yang lain, ianya adalah cerita yang tidak mungkin berlaku di alam nyata atau sekurang-kurangnya di negara Malaya tercinta ini.

Di Jerman atau Australia, saya malas membelek mencari balik faktanya,Apabila sesuatu projek mahu di laksanakan, membina jambatan panjang misalnya, kerajaan akan memanggil semua pihak yang terlibat dalam politik untuk sama-sama ikut serta dalam mesyuarat.

Ini adalaj kerana, kerajaan bimbang jika sekiranya sedang projek ini masih berjalan dan belum siap, mereka tewas dan tampok pemerintah akan bertukar, (seperti saya katakan tadi, ini dongeng, tidak mungkin akan berlaku di Malaya) maka, partai yang menggantikan kerajaan akan tahu untuk menyambung kerja-kerja pembinaan tersebut. Tanpa perlu membasuh taik sesiapa.

Pelajar-pelajar tajaan kerajaan juga tidak perlu bimbang tentang tumbangnya mana-mana kerajaan kerana siapa pun yang memerintah, kebajikkan rakyat pasti di jamin. Bukannya bila kerajaan bulan bintang di terengganu tewas maka kerajaan cap kapal(layar atau berinjin atau kedua-duanya sekali) akan membiarkan pelajar-pelajar tajaan bulan bintang mampus kesejukkan di Wales sana.

Ini cerita dongeng, faham? Yang di atas semua contoh. Bukan fitnah dan khabar angin. Faham? Tak payah pi jaja merata.

Takut kalah pilihanraya tidak akan berlaku sekiranya apa yang kita perjuangkan adalah negara dan rakyat. Siapa pun yang menang, sepatutnya negara dan rakyatlah menjadi tumpuan, utama dan terakhir. Makanya, takut tewas pilihanraya berkemungkinan ada perkara yang mahu di selindung.

Alangkah moleknya jika seluruh rakyat Malaya cerdik politik. Meletakkan negara dan hak sebagai rakyat lebih hadapan dari kepentingan peribadi. Agaknya pada masa itu tidak akan berlaku perbuatan jahat membakar bendera sendiri. Bakar bendera orang lain kerana sangat marah mungkin di maafkan, tetapi membakar bendera negara, milik saya yang tidak menyokong apa-apa partai adalah perbuatan yang sangat melukakan.

20 comments:

Bunga Rampai said...

Menulis kembali, alhamdulillah. Salam Ramadhan Pak AJ :)

Anonymous said...

rakyat malaysia sepatutnya rasa bertuah kerana mempunyai kerajaan yang "separuh baik" dan "separuh demokrasi" di Malaysia. orang malaysia bukan ramai yang pandai. percaya lah. pembangkang bukan musuh kerajaan. elaun ketua pembangkang dengar kata beribu-ribu RM banyaknya. sebab tue haji hadi kemaruk nak sangat menjadi ketua pembangkang. jerman dan astralia lain. cara pilihanraya yang mereka laksanakan jugak lain.kalau buat kat malaysia cara tue, mungkin nak buat balai raya pun makan masa. orang malaysia kuat BAPAKNYA suka membantah, nak buat KLCC orang bantah, nak buat putrajya orang bantah, nak buat HIGHWAY orang bantal, nak buat jambatan orang bantah, boleh dikatakan semua nak bantah. tak percaya? jadi laa kerajaan..syok woo...

www.tempoyang.com

sinaganaga said...

Woo!

Anonymous said...

wahai tempoyang.com..usahlah kamu melibatkan negara ini dengan entry kali ini..ini hanyalah kerana ianya ttg negeri dongeng..usahlah kamu risau atau cuba mengukuhkan pendapat kamu..

Saya seperti AJ..tidak berpartai2..berparti pula sesekala sahaja..

Anonymous said...

kenapa perlu dibakar bendera sendiri..?kdg2 manusia terlampau mengikut perasaan Pak AJ..

Anonymous said...

wow! welcome back!

Anonymous said...

Bendera adalah panji diri sesebuah negara. Ia juga adalah panji kepada sesuatu bangsa. Maruah dan kehormatan bangsa dan negara itu terletak kepada bendera. Bendera menjadi lambang kepada bangsa dan negara.

Bagaimana pun menghormatinya bukan sampai kepada peringat hukum wajib seperti mana hukum agama, seperti rukun Islam dan rukun Iman. Maknanya kalau tidak menghormati bendera tidak sampai akidah seseorang itu syirik atau kufur. Hukumnya berbeza dengan aksi ataupun perilaku umat Islam yang masuk ke dalam rumah berhala dan menghormati Tokong Buddha.

Bendera hanya sehelai kain yang dicat dengan lambang sesebuah negara itu. Bahan kain itu adakalanya mahal dan ada kalanya lebih murah daripada sehelai stokin budak sekolah Tadika. Namun nilai dan maruahnya sangat mahal.

Petikan dari tulisan Sayuti omar

zizie ali said...

woo!

Anonymous said...

baiklah :)

tempoyang.com

MHidzir aka Embun said...

yay menulis kembali..

mari berparti seperti orang muda encik abdullahjones

ayobkelubi said...

selamat kembali!

Anonymous said...

salam kerinduan Pak Aj.
oh, dan salam Ramadan juga.
terima kasih kerana kembali menulis.

Anonymous said...

ahh politik!

dugongsenyum said...

Yeay!

Anonymous said...

Oh!

wanie_agk said...

salam. jadi kamulah aj yg popular itu. Dan ok, saya suka sangat tulisan ini.salam lg sekali.

Pegawai Khalwat said...

Selamat kembali bapak AJ.

Jangan pula menghilang lagi lepas ni. Otak kami dah terlalu tepu dengan sogokan berita satu arah.

Anonymous said...

Saya rasa anda hanya melihat dari sebelah sisi sahaja. I'm not going to vote for the opposition saya tak nampak apa keupayaan korang selain dari bergelek atas pentas, mengejek, mencaci, mencerca yang kamu rasa tak syumul.

Anda tak rasa lagi kena label, anda tak akan faham. Anda akan senang hati menolak dakwaan saya dengan mengatakan partai kami tak akan buat macam tu melainkan "ah ini orang UMNO juga yang menyamar sebagai orang pembangkang"

One more thing, you actually don't have any idea apa rupa sebenarnya yang memegang tampuk kerajaan kita. Yang kamu nampak ialah pupet yang menurut telunjuk tuannya. Wajah sebenar disebalik itu awak tak pernah lihat as I guess orang serupa macam awak lebih suka cuba menghidupkan sumbu-sumbu mimpi uthopia.

Sempena Ramadhan Al Mubarak ini saya cabar awak mai sini either bergelumang dengan mat-minah clubbing atau mat-minah rempit, barang 4,5 tahun sebelum nak berangan jadi hero penegak daulah Islamiyah...ntah melalui apa eh? Melalui joget-joget gelek-gelek, maki-hamum, ejek-ejek, buka aib orang, bakar-bakar.

kakkumei said...

saya suka ayat ini..ini ayat favourite saya jika ada orang memeberitahu saya rumour tentang seseorang/sesuatu yang mencurigakan:

"kita mestilah husnuszhon"(tataulah ejaan dalam ruminya betul atau tidak), yang bermaksud, kita mestilah bersangka baik.

pemimpin yang baik akan mempunyai rakyat yang baik, pemimpin yang buruk?? sedarlah menjadi pemimpin itu bermakna sebelah kaki di syurga dan sebelah kaki di neraka.

jadi kita ni di bawah pemimpin baik atau buruk?

admin said...

abdullahjones kembali...yay.dah lama menanti berita dari blog ni