Tuesday, May 01, 2007

kita

"Kita tengok wayang" kata Mok. Ini sesuatu yang baru. Mok bukan kaki wayang. Dan seingat saya, itulah kali pertama dan terakhir dia ke panggung (setakat ini). Agak saya mungkin semasa mudanya dia pernah menonton wayang di panggung, agak saya.

Beberapa minggu sebelum itu, telah pecah khabar yang saban hari panggung REX penuh dengan manusia. Ada yang sampai bertumbuk berebutkan tikit. Dan pihak hospital menyediakan sebuah ambulan khas yang sedia menunggu dekat panggung. Yang membawa khabar ini adalah Enon Tan, wakil Bollywood di kampung kami. Jika salah tanggapan, kita sangka yang Enon Tan ini ada kongsi dalam mana-mana saham pembikin wayang hindustani.


Kami biasanya mendapat tahu filim apa yang ditayangkan di panggung melalui sebuah kereta yang berpembesar suara di bumbungnya yang akan datang mengumumkan apa-apa filim yang baru di panggung.Sambil menjeritkan judul filim sambil membaling kepingan kertas iklan.

Kami yang kanak-kanak akan berebut-rebut mengambil kertas iklan dan berlari balik memberitahu ibubapa masing-masing.Biasanya Mok tidak akan memberi apa pun tindakbalas bila saya suakan kertas iklan wayang.

Mungkin kerana ingin tahu apa yang dihebohkan orang atau mungkin kerana waktu itu saya sudah sedikit remaja, maka Mok mengambil keputusan untuk ke bandar menonton wayang.

Saya berdebar-debar menunggu Mok bersiap kerana saya bimbang Mok akan bersolek seperti mana Enon Tan ke pawagam. Merah sana-sini, sanggul palsu dan kebaya ketat yang terbelah tinggi.

Mujurlah Mok keluar dari bilik dengan baju kurung dan hanya berbedak Yardley nipis tanpa gincu dan pembayang mata. Cuma celaknya sedikit tebal dari biasa. Saya protes, Mok cuma tersenyum.

bersambung...

9 comments:

Sayuti said...

encik abdullahjones nak tonton filim apa tu?

mba2u said...

nostalgia ...

zizie ali said...

eloklah jones. kita sejukkan keadaan dengan bernostalgia.
di tempat aku, panggung rex dah jadi kedai kain. panggung cathay juga.

Anonymous said...

emak saya dan saya juga, tidak pernah tonton filem Hindustan di panggung wayang. :)

Bedak Yardley! Kalau tak silap saya, ada lagi satu bedak yg popular juga, jenama cina, berbentuk bulat berwarna putih mcm compact powder dan tebal, dlm bekas bulat, tutupnya dibuat dari cardboard berwarna hijau dan lagi satu bedak merah jambu berbentuk empat-segi. Masih ada lagi dijual di pasaran.

ayobkelubi said...

kalau kat KL dulu.area chow kit. panggung federal. skang jadik pusat perabot rasanya...

dugongsenyum said...

Layan Bobby! hahaha

Anonymous said...

main shayar to nahi - bersyair aku tak tahu

MDM FARAH FAIZURA said...

jangan pandang belakang (nota: ada orang beromen kat belakang)

tuan tanah said...

Masa zaman muda2 mak abah saya bercinta dulu abah saya pernah bawak mak pergi tengok cerita Hindi. Mak bantai tidur dalam wayang (Dia tak layan Hindi, sampai la ni)

... Malangnya, anak dia ni kadang2 terikut2 juga melayan Hindi. Kadang2 Tamil juga. :)