Thursday, March 29, 2007

sejuk

Pondok talipon dan bas dua tingkat berwarna merah seakan senomin dengan England. Namun di Ireland, pondok talipon (lama) dan peti mengirim suratnya pula berwarna hijau. Maka Jika kamu ke Kuantan suatu masa dahulu, di sebelah kiri (jika kamu memandang terus ke bekas tapak pasar lama) kamu akan dapati ada dua buah pondok talipon berwarna hijau di bawah sepohon pokok pauh ringan. Di situ jugalah asalnya tapak pejabat Pos. Tempat dimana terdirinya menara jam masjid baru negeri. Kuantan dan Ireland terpisah tiada.

Cold Storage pula terletak betul-betul hadapan pejabat Pos lama tersebut yakni bangunan yang kini menjadi Pejabat Tabung Haji, bukan tempat dimana bangunan baru yang belom mendapat CF seperti yang dikatakan oleh tawkeh kad kawin itu.

Kedai ubat cina di sebelah Pejabat Tabung Haji tersebut pula adalah antara kedai yang masih kekal pemiliknya dari masa mula dibuka. Jika kamu di Kuantan, cuba berdiri di hadapan Pejabat Telekom dan perhatikan kedai tersebut, nescaya kamu setuju dengan saya yang kedai tersebut memiliki ciri-ciri senibina yang sama dengan mana-mana kedai lama di mana-mana negeri di Malaya. (haha. Perhatian: itu adalah lawak jenaka.)

Deretan bangunan kedai di sebelah kedai ubat cina tadi pula adalah milik Majlis Agama Islam Pahang. Dan tidak ada satu pun ruang niaga di situ yang disewakan kepada orang Islam.Di tingkat atas mungkin ada, tetapi tidak di tingkat bawah kecuali satu ruang yang dijadikan tempat mencuci darah. Mungkin inilah caranya Majlis Agama Islam Pahang berdakwah.Sama dengan cara kebanyakan majlis-majlis agama Islam lain mencegah khalwat yakni dengan meng-video-kan aib orang.

Malas pulak menulis. nanti saya sambung. Jika kamu di Kuantan dan memiliki kamera digital. Ambil gambar tempat-tempat yang di sebutkan dan letakan di blog kamu. Saya akan kaitkan blog kamu di sini selama mana tulisan mengenai Kuantan ini dipaparkan.

Gembira sungguh menulis mengenai Kuantan kerana sekurang-kurangnya jika kereta saya rosak di sana, piyapong mungkin boleh membaikinya dengan kasih sayang atau mungkin jika nanti anak saya (haha) mahu menikah, si angah akan memberikan harga istimewa buat kad jemputan berbau yang dipesan.

Sekarang ini saya cuma perlu menulis mengenai beberapa daerah di Malaya untuk memudahkan kehidupan jika sekiranya saya ke sana.

Sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan Kuantan. Janganlah kita terlibat dengan makan suap dan janganlah kita menjadi pegawai pencegah maksiat yang membawa kamera video.

10 comments:

mba2u said...

Tuan AJ;

Mengapoa tak ada orang di kuantan hari ini?. Semua orang pi cari bunga Sakura ke?. Saya sorang jer mari sini ;-)

Najwa Aiman said...

kat kuantan ada bom-bom gak ke?

tuan tanah said...

Saya dah sampai Ireland.
Tapi Kuantan belum jejak pun lagi.

Ironi betul.

Obefiend Weiland said...

kuantan dah jejak tapi ireland belum walau ramai teman di royal college of surgeon dulu. mungkin kota LahnDahn lebih world dari Dublin! HAHA

saya sudah menonton video aib tersebut.. ada di youtube.mungkin dah kena delete. yang saya tak paham kenapa bila si wanita mengambils elimut dan menutup badannnya ditarik pula selimut itu oleh abang ISLAM kita.kakak bertudung tu pula diam tak buat apa

tapi nak kesian ke? ntah..ketawa adalah! PWND

alabolebelah said...

cis tak laku jugak ...

~inilah saya~ said...

Waduh....bagaimana sih, bawa camere video. Bukai aib saudara muslim sepatutnya dilindungi...

Rebecca Ilham said...

Saya mimpi sampai ke Kuantan malam tadi.
Huwaa!! Nak balik Malaya!!

Pa'chik said...

sebenarnya orang yang meletakkan video aib itu di youtube yang lebih mengaibkan perempuan tu. Entah berapa ramai yang memuatnaik video tu di youtube. sedangkan ia adalah video lama, cuma bila ada yang bising, baru ada orang carik. Sebelum ni, berapa ramai yang tahu.

Ku Keng said...

Salam Bro.,

Berbalik kepada surau di Tanah Putih. Di perumahan haram dekat surau, kenal tak Mohd. Yatim penarik beca. Siang hari bekerja di pejabat JHDN Kuantan?

Anonymous said...

AJ,

Jangan sebut pasal tempat tunggu bas yg banyak jual keropok lekor celup sendiri itu.

saya tak perasan warna hijau dublin itu sama dengan hijau kuantan, tapi zaman masjid kubah bulat itu, ramai yang kene 'pau' mintak duit oleh budak air putih yang jalan terhoyong hayang lepas kene 'dua dapur'.

uipts