Tuesday, March 20, 2007

demi

Jika kamu ke bandar Kuantan, dari Kuala Lumpur misalnya,dengan kereta sendiri misalnya, selepas sahaja jambatan Tanah Putih Ferry, sebelah kiri kamu ada sebuah surau lama yang dibaharukan. Dulunya surau ini amat uzur dan hanya menjadi tempat mandi-manda para pemandu lori.Jemaahnya juga agak kurang.

Surau ini asalnya diperbuat dari papan dan kayu. Hari ini ianya ditukar dengan bata dan simen. Imamnya, Pak Sheikh adalah orang tarikat yang gigih bertabligh.Setelah ditukar menjadi surau baru, ianya menjadi sedikit meriah dengan jemaah.

Di hadapannya pula, yakni bekas tapak kilang getah Lee Rubber, berdiri sebuah pasaraya gergasi yang teramat maju. Penuh dengan manusia setiap masa.

Memandu terus tanpa singgah, kamu akan sampai ke pusat bandar. Bangunan tinggi pertama yang akan kamu temui adalah bangunan Teruntum. Simbol kegagalan pentakbiran bangsa Melayu. Di belakangnya pula adalah sebuah pusat membeli-beli yang kedua terbesar di bandar kecil itu. Simbol menopoli kaum Cina.

Selepas sahaja bangunan Teruntum, kamu akan disambut oleh deretan bangunan lama. Inilah kawasan asal bandar Kuantan. Antara kedai lama yang masih kekal adalah Mohamed Store, kedai barangan sukan dan juga kedai buku Hamid Brothers. Orang Kuantan memanggilnya sebagai Hamid bross. Inilah kedai kesukaan bekas Menteri Besar yang sekarang ini menjadi Sultan . Semasa menjadi Menteri Besar dulu, setiap bulan Sultan ini akan pergi sendiri ke kedai Hamid bross untuk membeli perbagai jenis buku. Dia memang gemar membaca. Jika kamu teliti semua buku yang dibelinya, kamu akan dapati 99.9% adalah majalah filim yang diimpot dari benua Hind. Dia peminat bintang filim Hindustan. Selebihnya adalah segala macam jenis majalah hiburan keluaran tempatan.Mencari kawan untuk isterinya barangkali.

Filim kita wajah kita. Menteri kita kaki (bintang) filim.

Kedai kain yang paling terkenal di Kuantan adalah kedai K.A Mohd. Shariff. Jika ada kawan (perempuan) kamu yang berasal dari Kuantan, potong jarilah jika di almarinya tidak terdapat pakaian yang kainnya dibeli di kedai tersebut.Ianya terletak di sebelah belakang bangunan kedai Hamid bross.

Di hadapanya adalah suatu kawasan yang dikenali sebagai Medan pelancung. Kedai yang paling terkenal di situ adalah kedai batik Ramli Malik. Pembatik yang mencipta nama sebagai pelukis bertaraf antarabangsa yang mana kemudiannya mati lemas ketika memancing. Anak perempuannya dikatakan menjadi pelakon. Malang bagi kamu, saya tidak tahu apa namanya atau cerita itu benar atau tidak.

Sebuah lagi kedai yang terkenal adalah Kedai Jahit Kak Timah.Kamu boleh menempah kain yang kamu beli di kedai K.A Mohd Shariff di situ dan ianya akan disiapkan pada masa yang bukan kamu minta.

Kedai songkok Haji Gundal kini tidak lagi gah seperti dahulu. Mungkin kerana ahli Amnu lebih selesa membeli songkok di pasaraya Mydin, pasaraya yang paling pandai menterjemahkan peribahasa 'seperti ikan sardin dalam tin.' Atau mungkin juga Amnu kini kekurangan ahli. Haha. Maafkan keceluparan saya. Saya hanya bergurau. Mana mungkin Amnu kekurangan ahli. Mana dengan saban menjelang pilihanraya berbondong-bondong ahli partai politik lain merayu-rayu minta menjadi ahli Amnu hatta ahli partai komponennya juga ramai yang memohon.Lihat saja betapa ramainya ahli partai Kongres India Malaya yang kini menjadi ahli Amnu.

Borang permohonan menjadi ahli Amnu sahaja jika dijadikan pokok akan memenuhi hutan simpan Amazon.Kerana itu juga Pahang kini kekurangan balak. Semuanya ditebang untuk dijadikan kertas dan dicetak menjadi borang permohonan ahli Amnu.

Jika kamu berdiri membelakangkan kedai kain yang disebut di atas, toleh sebelah kiri dan mula berjalan. Kamu akan menempuh Restoran R&R yang terkenal dengan lempeng kelapanya. Jawapan pengusaha restoran Melayu kepada roti canai restoran mamak. Dan restoran ini sangat berjaya dengan lempeng kelapanya.

Berjalan ke hadapan lagi, selepas kedai haiwan peliharaan dan jika jam tangan kamu menunjukan pukul 3 petang atau lebih, kamu akan sampai ke kedai yang pernah saya ceritakan dahulu yakni Tjantik Bistro. Jika kamu sanggup berbelanja lebih sedikit, deria kamu akan dijamu di kedai ini. Walaupun kelihatan seperti sebuah rumah arak, ianya adalah halal 100%. Tuan punyanya juga Muslim 100%.

Kita balik ke Hamid bross. Di hadapanya ada sebuah pancutan air yang berbentuk sebiji kerang yang terbelah. Seperti tersenyum. Seperti penduduk Kuantan juga, gemar tersenyum seperti kerang (busuk).Nama tidak resminya adalah Taman Kerang, nama resminya saya tidak tahu. Cubalah bertanya kepada pihak Majlis Perbandaran Kuantan yang memiliki bandar tersebut dan dikongsi bersama anak beranak dan saudara mara mereka. Maksud saya, bandar itu dimiliki oleh pihak majlis perbandaran dan keluarga mereka.

Sebelah paginya, Taman Kerang menjadi hos kepada sekian banyak penjual ubat-ubat tradisional atau dalam perkataan yang lebih lembut dan tepat, tempat menjual dan membeli ubat-ubat yang akan menambah kekuatan seks semua manusia dan jika diamalkan, bisa membuatkan dunia menjadi terlalu aman.

Bola golf dan sudu tidak dijual di situ.

bersambung.

25 comments:

Anonymous said...

Sah!!

Hasrul Halid said...

lama sungguh aku tak ke kuantan! dulu aku 'mengaji' kat bandar yang jaraknya ±40km dari kuantan!

Pekh, banyak kenangan kat situ. Di situ ada satu 'orang gila' ngajor aku erti hidup!

JBM8141 said...

dua ayat yg buat aku gelak sorang2 dalam opis yg kosong pagi nih...

"...ianya akan disiapkan pada masa yang bukan kamu minta"

"Bola golf dan sudu tidak dijual di sini."

hahaha

Pa'chik said...

aiseh, punya la panjang pak jones tulis, nak cerita pasal bola golf dan sudu rupanya. hahaha...

Anonymous said...

Haha, baru sekarang aku tahu kenapa aku amat suka penulisan orang tua ini!

Anonymous said...

di satu sudut tepi sungai ada kelab yang menyajikan arak, nama kelab itu Lips. Kawan aku bernama sidin, kelasi paling bawah suka berkunjung di sana dan mabuk semahunya. Pemandu teksi akan meinta rm 100 untuk ke pelabuhan bila malam sudah bertukar pagi.

Pegawai Khalwat said...

Kuantan? Tahun lepas saja dua kali ke sana, berjemaah di masjid yang besar tu, dan tersilap masuk jalan one way.

ayobkelubi said...

AJ, nak tanya satu soalan, masa tu stadium belakang bus stand tu dah ada ker tidak? sekian

ayobkelubi said...

AJ, nak tanya satu soalan, masa tu stadium belakang bus stand tu dah ada ker tidak? sekian

uDA said...

haha!

terasa 'bermakna' duduk di bandar kuantan ini.

penuh siratan makna yang menggeletek jiwa. bagus! saya suka. saya suka. ngaaa :D

sinaganaga said...

Apa jadi dengan kilang AJI-NO-MOTO yang letaknya beberapa batu sebelum tiba di jambatan tu? Masih adakah lagi?

Soalan lain, apa nama panggung wayang selepas melepasi jambatan tu - yang di depannya menjadi pod kereta sapu?

Anonymous said...

hikhik.. rindu nya nk blk kuantan!! nape tak cite pasal betapa hebatnya pantai teluk cempedak? ape2 pun, kuantan tetap dihati...

zizie ali said...

sampai sungai ular ada highway baru yg boleh terus ke gebeng, permatang badak dan terus ke jalan gambang. jadi, aku tak masuklah bandar kuantan. itu cerita minggu lepas. perjalanan aku dari kt ke segamat.
cilakak lu jones. kau bikin aku sendu. bandar kuantan banyak menyimpan nostagia zaman remajaku.

Angah said...

Pindah ke Kuantan tahun 2001. Pindah semula ke KL tahun 2005. 4 tahun yang menarik melihat pembangunan di sana.

Pembangunan surau dan Giant tu pun sempat aku saksikan. Ya.. rumah aku di medan warisan itu lah.

Anonymous said...

Cikgu, sedang berkempen Visit Kuantan 2007 ek? Saya sebenarnya telah buat rancangan lawat Kuantan, Dis lalu. Oleh kerana musim hujan dan banjir, terpaksa dibatalkan walaupun telah membuat hotel reservation. Insya-Allah, kalau saya lawat Kuantan nanti, saya akan cari tempat2 yang telah Cikgu sebutkan itu. :)

Ku Keng said...

Saya sering nginap di Samudera Hotel. Makan pula di warong-warong belakang kedai Hj. Gundal.

blackpurple @ jowopinter said...

Wah... Tahun Melawat Puantan nih....

Baru dua kali 'tersesat' ke Kuantan :)

alabolebelah said...

Kuantan ni kat Pahang kan? ala saya ni ilmu alam tak cekap, kalau pahang tu apa pasal bandar dia Pekan? kecik sangat

tuan tanah said...

Infomatif sungguh.

Lepas ini saya nak main lari dari rumah ke Kuantan pulaklah.

Anonymous said...

oh kuantan. rindunya. sungguh.

-HH-

Nuts@Kacc said...

hanya singah dia kuantan bila pulang/pergi dr/ke paya bungor..camping di berkelah atau jerangkang..hehe...

salam perkenalan

Unknown said...

macam baca map bandar kuantan. lepas ni pi cek letter box. ada org kirim borang ahli amnu utk AJ. ha ha

Obefiend Weiland said...

pernah tingal di kuantan 3tahun. sekolah di sekolah kebangsaan gading dan tinggal di alor akar. saya tak kenal hamid bros atau apa saja nama kedai yang kamu ketengahkan mr jones

tapi teruntum memang saya tahu. dulu ade bowling sekranag tiada lagi. dengar cerita teruntum sudah mampos. mungkin juga kerana teringat 17 tahun dulu pernah terperangkap dalam lif disitu. lif tak diselenggara. crap

dan jones...amnu jika buat borang keahlian tidak akan hilang hutan amazon.anda silap. yang akan hilang ialah bomoh bomoh kerana mereka semua harus dibunuh. jika tidak ahli hantu amnu semua kena tangkap

HEHEHE

Sayuti said...

semalam saya baru sampai ke kuantan dari kl. sekarang di cherating. petang ni berjalan2 di kuantan, mungkin. esok balik kl.

nanti saya tengok2 kuantan betul2.

Unknown said...

Lama dh tinggalkan Kuantan tp kenangan terhadap org yg tersayang. Aku x bleh dok lme kat situ..teringat arwah ayah hantar dan ambik aku, dari mula aku belajar menjahit sehinggalah bekerja. Setiap laluan di situ, aku tidak dapat menahan lelehan airmata kerana beliaulah seorang abah yang sanggup menunggu anaknya balik walaupun awal janji anaknya balik bersamanya. Dia x benarkan anaknya naik bas...itulah pengorbanan seorang ayah....tp sampai skrg aku sentiasa merinduinya...Abah....milah doakan abah ditempatkan di
kalangan orang2 yang beriman. Al Fatihah.