Wednesday, January 10, 2007

telinga

" Suara enta kalau di padukan dengan suara ana, boleh meletup rasanya. Kita ajak akhi Khairul, akhi Zamsuri dan akhi Rosdan. Kita buat kumpulan. Kita dakwah cara ni syeh! Orang sekarang suka, jadi kita kena ikut syeh. Enta setuju?"

Antara misteri kehidupan yang sangat menjadi misteri kepada saya adalah apabila sekumpulan lelaki tiba-tiba secara terancang berpakat untuk menubuhkan kumpulan nyanyi.

Bukan kugiran tetapi kumpulan nyanyi tanpa bermain musik. Musik lain orang main. Mereka nyanyi sahaja. Atau kumpulan acapella.Yang berkugiran rasanya boleh di maafkan kerana mereka menyerang menggunakkan senjata (gitar dan sebagainya). Ini yang bersenjatakan rupa dan berat kearah pondan dan suara yang bolehlah.

Saya hairan bagaimana lelaki boleh terfikir untuk bernyanyi secara berkumpulan.

Cuba lihat kumpulan-kumpulan lelaki yang jika bermisai atau janggut, wajip di hiris nipis-nipis bagai di lukis. Jika bernyanyi wajip menggegarkan bawah dagu untuk mendengungkan suara.

Lagu nyanyian mereka pula kebanyakkannya kisah yang jika disebut senafas berbunyi begini: cintalukalararinduhampirbunuhdirikeranaditinggalkekasihyangmenurut
katamerekaamatcantik.

Sambil bernyanyi mereka menari. Sekarang, cuba bayangkan lelaki-lelaki yang teramat kacak itu berlatih menari. "Salah tu Joe,kaki kanan belit kat kaki kiri lepas tu tangan kiri pegang dagu, tangan kanan pegang kote, baru ngam." Tak ke geli mendengarnya.

Saya boleh faham jika perempuan meminati mereka kerana seperti di ketahui umum, para perempuan sukakan kecantikkan dan sukakan angan-angan.Dan ini semua diberikan oleh penyanyi berkumpulan lelaki. Kacak dan bernyanyi sambil memegang kote. Dan perempuan yang bernyanyi secara seorang atau kumpulan juga tidak menghairankan kerana memang itulah tujuan mereka di lahirkan.

Yang malangnya, ada lelaki yang meminati kumpulan semi-cantik sebegitu!

Kemudian satu lagi misteri kehidupan yang saya tidak faham adalah apabila lelaki itu tidak kacak dan gemuk tetapi mahu menjadi penyanyi, maka rap lah pilihannya.

Penyanyi rap boleh di maafkan lagi rasanya jika berdua, tetapi jika sekampung di kumpul untuk bernyanyi di pentas, rasanya itu musibah paling besar dalam kehidupan manusiawi.

Tapi ada juga lelaki-lelaki yang bernyanyi dalam kumpulan ini akhirnya insaf. Mereka keluar dan bernyanyi sendiri.

Dan Melayu suka R&B. Derhaka sungguh! Kita berdarah balada. Terimalah. Jangan di paksa-paksa sesuatu yang bukan dari susur-galur timur kita.

Kemudian kumpulan nasyid.

Saya rasa, semua yang giat bernasyid ini tinggi pengetahuan agamanya. Jadi mana datangnya cita-cita untuk bernyanyi secara rakus ini? Nasyid salah atau tidak jangan tanya saya. Apa yang mahu saya tanya adalah "takde kerja lain ke ustad?"

21 comments:

Pa'chik said...

dulu-dulu ada sekumpulan budak lelaki melayu menyanyi pakai boxer saja. Itu lagi buruk pemandangannya.

Anonymous said...

salam aj, lama sungguh saya tidak ke sini. 'video 'anak Arab' berdiri di tepi heater kenapa kelabu sangat'.

saya masih di sini.

uipts
rutland water

Anonymous said...

satu perkataan, provokatif!!!

jiGOMorrison said...

Ya Sheikh Jones! Kalau ente tak mahu nyanyi nasyid, ente mahu nyanyi lagu apa?

Anonymous said...

budak lelaki cun yang bernyanyi sambil pegang kote? ha ha ha ha...!

Anonymous said...

* tunggu aj tulis pasal dangdut. timur, bukan barat kan... he he he

Sayuti said...

ustaz pencen kot?

abdullahjones said...

uipts. kemana saja hilang kamu.
rutland water, wah. saya suka tasik itu.

sinaganaga said...

Melayu mana yang suka R&B tu?

Ku Keng said...

Saya sendang membaca tentang Nazam.

Ku Keng said...

maaf, tersilap.."sedang"

Anonymous said...

salah satu muzik yg disukai... jazz. x salah kan AJ?

dugongsenyum said...

hidup rock kangkang!

hehehe

Anonymous said...

AJ,

ustd sekarang dah boring zikir nak nyanyi la pulakkk..zikir tak famos dan takde masyuk...

Ada ka kata nak dakwah! tipu tu..

Anonymous said...

seorang kawan kpd kawan berkata: "kalau nyanyian tu blh jadi wadah dakwah yang berkesan, dah lama nabi jadi penyanyi!"

Anonymous said...

AJ, satu lagu R&B untuk awak, Justin Timberlake - What goes around comes around :D

Bunga Rampai said...

Salam Pak AJ, ustad-ustad tu pun manusia biasa juga...

tuan tanah said...

Misterinya...

Anonymous said...

en jones, tak berminat nak balik melaya utk masuk bertanding di Batu Talam, jadik calon bebas.
Mana tau dapat undi protes dari pengundi kat situ. Menang dan jadik adun utk beberapa bulan.

blackpurple @ jowopinter said...

Gelinya telinga kalau dengar lagu nasyid di'rap'kan...!!!

zizie ali said...

masih minat ballad 'morning has broken'. bukan sebab cat steven masuk islam tapi sebab iramanya indah, liriknya puitis dan vokalnya lunak.